ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tangisan bayi tidak henti dari
tadi. Dia mengeluh. Bosan dengan anak kecil yang asyik teriak. Hatinya kosong. Rasa
sayang telah jauh meninggalkannya. Ya, anak itu anaknya. Namun, entah mengapa
rasa sayang juga pergi saat suami yang konon tempat bergantung harap
meninggalkannya. Ingin saja dia membunuh anak itu. Bingitnya mengganggu. Lantas
dia menuju ke katil anaknya untuk mendiamkannya buat selamanya.
“Puan nak buat apa tu?” Bibik
terlebih dahulu mengambil bayi comel itu. Zahra tergamam. Dia kembali
merasionalkan hati dan mindanya.
“Bik, bawak dia ke dalam. Bagi susu
ke apa ke, saya rimas tau tak?!” Lantas tangga dipanjat dengan laju. Dia ingin
melupakan kisah sedih yang melanda. Hatinya tak tenang. Kesunyian itu sungguh
terasa. Perasaan berbaur. Hati perlu ketenangan yang pastinya.
Xxxxx
Angin menderu sungguh
menenangkan. Ombak mula mengatur tarian. Begitu indah ciptaan Tuhan. Seperti lakaran
yang terlakar di kanvas putih. Sang pelukis sungguh hebat. Dapat menyampaikan
realiti hanya dalam sehelai kertas.
“Alangkah bagusnya kalau aku
seorang pelukis,” Keluhnya sendiri.
“Kenapa?” Lantas Zahra berpaling.
Terkejut dengan
suara yang amat dikenalinya. Ya, cinta pertamanya. Namun, tak semua cinta
pertama indah. Lelaki itu secara terus terang menolak cintanya. Cinta yang tak
pernah kesampaian. Sejak di zaman kolej lagi. Yang lebih menyakitkan hati,
lelaki itu sedikitpun tidak sudi mengenali empunya diri. Hingga kini identiti
Miss Dea menjadi rahsia. Sengaja dia menggunakan nama Dea kerana masa itu
sedang hangat lagu Once yang berjudul Dealova.
“Sibuk je. Kau apahal tetiba
menyampuk?”
“Saja. Saya tengok saudari jauh
termenung. Nak juga tahu apa yang difikirkan,”
“Jangan nak jaga tepi kain orang
sangatlah. Kita tak kenal pun,” Zahra protes. Dia mara ke gigi air.
“Zahra Nadia. Kita rakan sekolej
dulu. Tak ingat? Hairan kenapa saya sentiasa ingat walaupun bertahun kita
berpisah,” Zahra terdiam. Adakah lelaki bernama Izhan Haikal tahu tentang
rahsia Miss Dea. Jantung makin rancak. Terasa panas menyerbu muka. Namun dia
masih berlagak selamba.
“Oh jadi kau kenal aku ye. Tak sangka
aku popular,” Ketawanya. Tapi sungguh ketawanya kedengaran plastik belaka. Lelaki
tu tersenyum kecil.
“Zahra atau maybe saya patut
panggil Dea? Saya kenal sangat dengan awak. Tapi…”
“Tapi apa? Kau jangan nak
cuba-cuba kaitkan dengan kisah silam. Semua tu dah berlalu Encik Izhan Haikal. Aku
dah lupakan kisah dulu,”
“Tipu!” Separa menjerit.
“Ikut kaulah nak percaya ke tak. By
the way, kenapa kau ada kat sini? Kau mengintip aku eh?” Geram. Dia mula takut.
“Taklah. Ingat saya ni gila
bayang nak ikut awak ke mana saja. Lagipun, awak kan milik orang,” Zahra kaget.
Semuanya dalam gengggaman Izhan. Dia mula curiga akan sesuatu.
“Apa lagi yang kau tahu pasal
aku? Jangan-jangan kau spy aku. Kau siasat latar belakang aku. Kau nak buat apa
hah?”
“Rileks Dea. Jangan menjerit
seperti orang tak ada iman. Malu orang tengok. Sebenarnya, suami awak ada jumpa
saya. Dia tinggalkan surat untuk awak. Saya tahu awak tertekan sebab dia
meninggalkan awak macam tu je. Tapi lepas awak baca mungkin awak akan faham,”
“Aku tak perlukan apa-apa. Lelaki
bodoh tu tak reti menghargai isteri sendiri. Anak ditinggalkan macam tu je. Dengan
nafkah tak bagi. Apa dia ingat aku ni balaci dia? Tukang lahirkan anak lepas tu buang macam sampah? Benarlah kata pepatah habis madu sepah dibuang,” Zahra beremosi
sekali. Izhan turut bersimpati. Tapi dia mempunyai amanah berat yang harus
dipikul.
“Dea, awak jangan salahkan dia
je. Awak kena baca surat dulu. Dia amanahkan saya suruh saya beri pada awak. Dia
pun dah sain borang penceraian. Awak boleh tuntut harta sepencarian selama dua
tahun perkahwinan awak. Lagi satu hak penjagaan Zahra Qalisya sepenuhnya milik
awak. Lainlah awak tak nak jaga dia,” Izhan menerangkan serba sedikit.
Tugasnya
sebagai peguam memang menuntut kesabaran yang tinggi. Lebih-lebih lagi kes
berkait dengan wanita seperti Zahra.
“Kau jangan banyak cakap. Aku tak
nak jaga Isya tu. Biarlah bapak dia jaga. Reti buat anak je. Aku menyesal
kahwin dengan jantan tak guna. Pengecut. Nak bercerai pun tak berani nak
bagitau. Kau cakap dengan aku jantan tu layak ke jadi suami aku?”
Izhan menggeleng.
Emosi Zahra tak stabil. Dia bersimpati dalam masa yang sama ada amanah besar
yang dia perlu selesaikan.
“Dea, sebab tu saya suruh awak
baca surat tinggalan suami awak. Mungkin awak akan faham kenapa dia buat
begini? Awak cerita seolah tiada sekelumitpun rasa sayang kepadanya? Bukankah kamu
berdua bercinta, menyemai benih kebahagiaan. Buktinya bayi comel yang tembam
tu. Saya suka baby macam Isya tu,” Senyum.
“Kalau awak nak sangat, ambillah
Isya tu. Saya tak ada jiwa nak jadi orang gaji. Nak kerja lagi. Jaga anak. Rimas
dengar dia menangis je,”
“Tak baik macam tu. Bukan ke anak
tu rezeki? Isya tu darah daging awak. Anak kandung awak. Awak takkan langsung
tak sayang? Sampainya hati awak…” Kecewa menyelubungi.
“Aku dah tak ada hati nak
menghadap dia. Kau apa tahu? Jiwa aku tak tenang. Laki aku bukan pilihan
sendiri. Isya adalah kesilapan terbesar aku. Aku menyesal!”
Jeritannya merentap
tangkai hati lelaki. Kejamnya si ibu berkata demikian. Izhan meraup wajah
berkali-kali. Dia tak sangka Zahra Nadia berubah begitu sekali.
“Awak, tenangkanlah hati dan
perasaan tu dulu. Penuhkan dada dengan keimanan. Bersihkan hati awak yang lama
berkeladak. Awak isikan jiwa kosong dengan ayat suci al-Quran. Bila dah tenang,
datanglah jumpa saya. Saya ada untuk awak. Buat masa ni, saya akan menjaga
Zahra Qalisya. Nanti saya mintak kebenaran bertulis dari Zaim Mustakim, suami
awak. Assalamualaikum,”
Dia diam tak bergerak. Hatinya pilu
tiba-tiba. Jiwanya benar-benar sentap mendengar kata-kata Izhan. Ya, sungguh
benar setiap patah yang disebut. Jiwanya kosong. Segalanya berubah saat dia
terpaksa menikahi lelaki yang tak dicintainya. Salah dia juga kerana tak
mencuba mencintai lelaki itu. Mana mungkin dia jatuh cinta lagi sedangkan hati
masih pada cinta pertama?
Xxxxx
Buat isteriku Zahra
Nadia, abang terlebih dahulu ingin meminta maaf. Banyak perkara terjadi
membuatkan kita tersepit dalam realiti dan fantasi. Abang tahu abang gagal jadi
suami yang baik. Abang tahu abang bersalah dalam hal ni. Abang tak memahami
hati isteri sendiri.
Puas abang mencuba
menerobos pintu hati Zahra. Tapi gagal. Cinta Zahra memang teguh kan? Walaupun
dia tak tahu. Mesti awak terkejut kenapa abang boleh tahu. Semuanya gara-gara
Asyikin terlepas cakap satu tika dulu. Kalau tak sampai bila-bila kita tersepit
dalam perkahwinan tak rela.
Dengan ini abang
menceraikan Zahra dengan talak satu. Berbahagialah Zahra. Dengan Izhan Haikal. Abang
sengaja menyuruh dia menjadi peguam penceraian kita. Abang nak awak baik semula
dengan dia. Berterus terang tentang perasaan yang terbuku sekian lama. Pasal Isya,
kalau awak tak sudi jaga, abang akan menjaganya. Walaupun kehadirannya tak
dialukan dalam hidup kita berdua tapi percayalah ini rezeki Allah tentukan.
Abang percaya, awak
dan Izhan akan jaga Isya dengan baik. Abang mengundur diri demi kebahagiaan
awak. Kejarlah cinta Izhan. Tiada istilah terlambat jika Zahra ingin berusaha
dapatkannya. Akhir kata dari abang, abang bersyukur sebab pernah beristerikan
Zahra. Assalamualaikum.
Surat direnyuk. Dia tergamam. Sungguh
mulia hati seorang suami. Dia tahu dia bersalah. Cinta tak boleh dipaksa. Namun,
dia sendiri yang menghalang Zaim dari menyemai walau sedikitpun. Dia sendiri
yang mengeraskan hati. Membenci suami sendiri. Anak sendiri tak dipeduli. Akhirnya,
dia menangis sendiri.
Xxxxx
“Eh, kenapa menangis ni?” Zahra
tersenyum dalam sendu.
“Abang…”
“Ya sayang kenapa? Tadi Isya
panggil awak. Tak dengar ke?” Suaminya duduk bersebelahan.
“Ada ke? Saya tak perasan pun. Kenapa
abang naik ni? Jomlah kita turun. Kesian Isya sorang-sorang,” Zahra segera
bangun. Tangannya ditarik perlahan. Terduduk semula.
“Hai sayang abang ni. Kenapa menangis?
Abang tanya tak jawab,”
“Ala masuk habuk je tadi,”
“Tettt, alasan lapuk yang memang
sangat klise. Next,” Sengih Zaim.
“Alaaaa abang ni. Terima jelah. Saya
okey je. Kesian anak kita tu,” Zahra cuba mengelak.
Mata Zaim terpandang surat
itu. Surat itu berkali-kali membuatkan isterinya menangis. Dia pula berasa bersalah teramat. Ingin dibuang tak sampai hati, kang ada yang merajuk seminggu pula. Dia dilema. Akhirnya, mengalah.
“Berapa kali dah abang kata? Buang
surat tu. Aish degil lah isteri abang sorang ni,”
“Memanglah isteri abang sorang. Jagalah
kalau tetiba jadi dua pulak,” Zaim tergelak besar. Lucu ayat yang terpacul dari
bibir isterinya. Zaim dan Zahra bersatu semula. Surat itu telah membuka hati
Zahra seluas-luasnya untuk menerima cinta bekas suaminya.
Izhan tersenyum bahagia. Walaupun
amanah untuk menjaga Isya dan Zahra tak tercapai. Dia tetap bahagia kerana satu
masjid tak berjaya roboh. Begitulah takdir cinta yang Allah telah aturkan. Siapa
sangka cinta kita ada di sebelah, depan, belakang kita saja? Cinta ada di
mana-mana dan terpulanglah takdir menentukan siapakah cinta kita.
Nota Iffah: Hari ni tak ada sweet
macam gula. Cuma aku nak ketengahkan tentang takdir cinta. Lagu tu aku tak
pernah dengar pun. Main taip je. Disebabkan ini tugasan dari Jiran terhebat dan
Pengomen tegar yang beri. Aku langsaikan jugak. Kalau ada yang kurang tegurlah
ye.
16 comments:
kerana sesurat cinta mula bertaut. wowww~~ hebakkk.. jiran ai memang hebakkkk~~ :D LIKE> :)
Wah.. sentap! memang tersentap!
Zahra tak nak anak tu buat aku sentap. tercalar hati keibuan aku.hehe! welldone!
byk patah ayat yg buat aku kagum macam :
"Ombak mula mengatur tarian. Begitu indah ciptaan Tuhan. Seperti lakaran yang terlakar di kanvas putih. Sang pelukis sungguh hebat. Dapat menyampaikan realiti hanya dalam sehelai kertas."
Dan lagi ada komedi yg buat aku tersenyum lebar di hujung cerita- happy ending n pengajarannya sampai.
*Iffah... aku suka! :)
tu la kan..manusia hanya merancang...Allah yang menentukan semua nya...Allah adalah sebaik baik perancang.. :)
p/s : baca cerpen ni sambil dengar lagu takdir cinta yang rossa nyanyi serius boleh cair :)
awesome!yang ni best wey!!:D
teruskan mencurah idea!
wahh!!like3~~!!!
menarik jln cerita ko ni...
apesal tajuk sme dgn cik/puan Nong??????????????????????konspirasi apakah ini?
as usual..
my kak ngah owes d best! ;)
kak ngahhh
doakan utk opah rini taw ;))
;) sweetttt .. akak ada satu cerita tpi xsmpat nk menulis, ermmm .. iffah tulis la akak baca bleh? heheheeee~
cinta mmg ada di mana sahaja .. :)
agak dah.. mesti isteri nye cair balik kt suami die tuu.. huhuhu
sweeetttt sgt :D
Wah panjangnya entri
fuh,sentap akak baca...
kira talak da jatuhkan...hihi
kalau die trime izhan tu,akak gigit zahra.haha..
mcm mana blh ade anak kalau x suka.waaaaaaa...sayangilah suami anda yg menyayangi anda.hehe
good job kak ngah
akak x bersiap lg ni.haha
kbai
hishh.. ai ingtkan dengan cinta lama.. hurm.. menarik..^^
cinta ada dekat je dengan kita.
kan???
cuma masanya belum tiba untuk kita jumpanya. lalalala~
Maksudnya jodoh zaim dan zahra tu panjang la. Alhamdulillah. Takdir cinta memang macam tu. Kalau dah jodoh, nak bercerai pun boleh tak jadi..
Tahniah iffah untuk hasil cerpen ni. Great job, dear ;)
Macam I'm not single, versi advanced sikit
wowwww best!!!!
tp kan mcm mana isya blh wujud? masa bila tue? teng teng teng :p
Post a Comment