ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kosong. Bilik itu dibiarkan kosong. Hanya dua katil
bujang bercantum. Yang tiada berbaju. Gamaknya seperti rumah kosong saat mereka
baru berpindah di bilik ini. Lama bilik itu dihuni oleh dua jasad. Dua hati dan dua
akal. Akhirnya kini kembali sunyi. Yang ada hanyalah habuk dan debu hama
bersarang sana sini.
Air mata menitis perlahan. Raihan memandang sahabatnya
sayu.
“Apasal muka kau tu?” Delaila mengerutkan wajah.
“Aku sedih beb!” Raihan hanya ketawa. Masakan hati
keringnya bisa rasa sedih saat hujung mereka berpisah. Kalau dia menangis
sekalipun, pastilah ditutup dengan sebiji bantal.
“Tak payah nak sedih sangat. Kau pun bukan pergi mati
pun…” Delaila mencebik.
“Kau ni aku mati betul-betul baru tahu…” Rajuk hatinya.
Bukan dia tak tahu perangai Raihan. Tapi itulah yang dia tak boleh elakkan.
“Kau jangan cakap macam tu boleh tak? Kalau betul-betul
jadi macam mana?” Amarah menyelubunginya. Entah mengapa dia tak suka dengan
kalimah keramat yang sahabat ujarkan. Baginya mati itu benar-benar membuatkan
dirinya tersentak. Benar mati itu pasti tapi dia masih belum sanggup nak
kehilangan buat kali kedua. Benar-benar meninggalkan kesan mendalam saat
kekasih hatinya maut dalam kemalangan ngeri.
“Rai…sorry…” Delaila mula serba salah. Punggungnya
diletakkan benar-benar sebelah dengan teman menangis dan ketawa. Namun tiada balasan dari Raihan. Diam seribu bahasa. Sepi memenuhi segenap ruang kelam.
"Rai please... aku tahu yang mulut aku ni langsung tak ada penapis. Laju je keluar weh..." Nada sebak kedengaran. Raihan menoleh ke arah sahabatnya.
"Rai please... aku tahu yang mulut aku ni langsung tak ada penapis. Laju je keluar weh..." Nada sebak kedengaran. Raihan menoleh ke arah sahabatnya.
“Delaila… kau tak salah. Aku je beremosi tadi. Maafkan
aku. Aku tahu aku orang yang gagal…” Delaila segera memeluk erat tubuh
sahabatnya.
“Syhhh… kau jangan nak kata kau gagal. Aku selalu bangga
dengan kau. Aku selalu kagum dengan kau. Kau bukan orang yang gagal!” Raihan
tertawa. Lantas rangkulan dileraikan.
“Aku gagal Lai… Aku gagal kawal emosi… Aku terlalu
ikutkan rasa… Padahal ini hari terakhir kita bersua. Entah bila kita nak
berpeluk sebegini bukan? Maafkan aku. aku masih…”
“Baik kau diam. Kau ni makin banyak mulut kan?” Delaila
ketawa. Air mata diseka laju. Raihan cuma memerhatikan lagaknya.
“Raihan yang aku kenal seorang yang tabah. Raihan yang
satu ketika dulu terbabit dalam kemalangan ngeri. Yang melibatkan kematian
seorang lelaki yang benar-benar dia kasihi. Lelaki yang disangka jodoh yang
terbaik buat dirinya. Raihan yang berjalan berkilo meter demi mendapatkan
bantuan. Raihan inilah yang masih hidup, dengan sisa kenangan Qalif walaupun
peristiwa itu seperti bayang-bayang yang menghantui. Aku kenal Raihan Iman yang
cekal orangnya. Walaupun parut sana sini, kau tak perlu malu dengan diri kau.
Kau sentiasa yakin dengan satu kekuatan entah dari mana kau dapatkan.
Sehinggakan aku tak henti kagum dengan kau… aku kagum…” Dan serentak itu mereka
berpelukan semula. Seakan tak mahu lepaskan. Kadang kala persahabatan tak
perlukan apa-apa pengorbanan. Cukuplah dengan hanya sebuah pengertian.
#Sebenarnya dah lama aku karang untuk roommate aku masa hari akhir kami jumpa. Ini untuk kau Bie.. Miss you, tunang jangan lupa inform okey...
11 comments:
kagumm..
ayat makin berpuitis dan melankolia hehe
untung dpt roomate mcm awk :P
jawapan aku yes... erm abaikan takde kena mengena dgn n3 ko kat atas... :P
hurm... kadang kala saya terfikir samada kisah ni ada kena mengena dengan awak atau tak.sebab nampak ikhlas dari hati awak. seolah2 awak yang alaminya sendiri
bertuahnyer kawan tuuu. huuuu
akak sedih baca. sebab akak paham macam mana ertinya bersahabat
friendship forever.
beruntung kawan ko ade kawan macam ko..
patut dapat anugerah nih..
muahhh..
ehhhhh
memang sedih bile orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita kan? tapi yang penting hidup kena diteruskan.. menarik cite ni =)
kau buat aku rasa nak menulis juga weh...
tapi aku dah tak larat nak tanggung hutang hehehehe...
Post a Comment