CORETAN TERBARU NADH

Semoga murah rezeki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam biasa aku sebagai suri rumah tangga. Rutin aku memasak, menjaga dua budak ketot, hantar adik aku tuisyen, beli barang dapur, basuh baju, basuh pinggan, jemur baju.*semua kalau rajin dan bergantung pada hari tersebut*. Yang wajib, online =)

Bukan itu aku nak cerita, itu saja mukadimah kerja aku selama jadi penganggur. Siapa kata jadi suri rumah tak penat? Tetiba aku rasa nak cari kerja part time. Errr... Okey sambung cerita, hari tu aku ada beli ayam dua ekor. Sebab aku angkut dua ketot, jadi aku kena cepat beli dan balik.

Tak tahu salah aku ke pekerja kedai yang terlebih mesra ke aku terambil ayam orang lain. Sedangkan aku beli dua. Bila dah basuh semua, baru perasan ada tiga pedal. Maknanya? Ada tiga ekor ayam. Penat sangat sampai tak perasan pun ayam banyak ke sikit. Jadi aku yang baik datanglah keesokan harinya nak bagi duit. Nak pulangkan ayam memang tak dapatlah kan?

Apa abang tu kata?

Aku: Berapa semua?
Abang: RM24.00
Aku: Sebenarnya semalam saya ada beli ayam. tapi terlebih sekor. Nak kira macam mana ye?
Abang: Hah? Beli 3 ekor?
Aku: Bukan. Saya beli 2 ekor. Tapi bila balik baru sedar lebih satu. Macam mana nak kira ye? Ayam tu tak besar sangat saiznya...
Abang: .........
Aku: .........
Abang: Tak apalah. Halalkan je...
Aku: Ni saya bagi RM 10 jelah.
Abang: Tak pe, tak payah =)

Speechless! Bagus gila orang macam ni. Ikut hati memang aku nak bayar je. Tak kisahlah berapapun. Memang ramai yang tengah beratur dengar je perbualan kami. Bagus orang kedai tu. Mohon Allah limpahkan rezeki untuk mereka. Jarang jumpa orang macam ni kan? Selalu 20 sen pun berkira. Oh ya, kedai runcit tu dekat Saujana Impian, Kajang. Siapa yang duduk area situ tahulah kedai yang mana.

#Aku malas beremosi kat blog lagi. Aku tahu ada yang baca dan risaukan aku, itu yang aku tak nak =)

8 comments:

reenapple said...

kau pun semoga murah rezeki..

Unknown said...

rezeki.. alhamdulillah ;)

MalizaMah said...

yup. moga dimurah rezekinya.. dan dipermudahkan segala urusan.

Anonymous said...

Murah rezeki dia amin..letih mengemas tu biasa la..Dezee pun buat juga..at least kita faham susah mak mcmn..

maszull said...

assalamualaikum iffah...alhamdullilah murah rezeki diakan...;)

kay_are said...

macam tu r peniaga yang bagus kan.. semoga murah r rezeki brader tu.. amin.. =)

Kira Sakura said...

moga dimurahkan rezeki dia dan rezei adik akak nie. bukan senang jugak nk jmpe org yg jujur.

ramai yg bila diuji dalam kes iffah nie dia lebih berpegang yang itu rezeki dia dan buat takde perasaan nk pulang kan duit

Nong Andy said...

abang tu pun terkejut juga..

"jujurnya nak gi bayar ayam yang dah bawa balik rumah" gitulah gamaknya kat dalam hati dia :)


teruskan sikap kejujuran ko ni... yg kat atas tu nampak!!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers