ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu aku nampak kau senyum gembira. Walau jauh, tapi aku tahu kau bahagia. Selalu aku nampak kau ketawa sambil buat gaya annoying Mata ke atas tangan letak di dada. Aku ajar lain. Kau praktiskan lain. Tapi kau kata ada aku kisah? Aku ketawa je. Kau hebat, pandai buat orang ketawa.
Tapi semalam kau murung. Kau kata kau banyak kerja. Tapi kau tetap ada untuk aku. Kau buat duck face sambil besarkan mata. Sebab kau kata kau tension. Jadi perlu rehat. Aku layankan je. Semalam kau banyak diam. Aku malas nak tegur takut kau rasa tak kena. Kau makin sepi.
Semalam juga kau diasak dengan macam-macam karenah. Aku juga stress. Kau ditekan lalu tertekan. Kau hamburkan rasa penuh hemat. Tapi kau sendiri terluka. Kau kembali sunyi. Kau diam. Tak seperti selalu. Selalu kau jadi matchmaker dalam group. Kau buat semua ketawa dengan hadirnya kau di sana. Tapi kau tetap fikir akan orang yang benci terhadap kau. Kau kata kau senyum padahal aku tahu dalam hati kau bernanah lukanya.
Kau senyum dalam duka. Kau ketawa dalam sengsara. Kau hiburkan hati orang tatkala hati kau terhiris dalam. Kau umpama pari-pari yang menyenangkan semua hati. Cuma kau saja yang berusaha membahagiakan hinggakan kau lupa diri kau perlu bahagia sama. Aku harap kehadiran aku dan yang lain bisa melupuskan rasa sakit kau yang terdalam. Aku tak harap kau terharu dengan kehadiran surat ini tapi aku harap sangat supaya kau tahu aku dan semua yang kenal kau, sayang kau, ambil berat pasal kau. Sahabat kau masih di sini, setia untuk kau!
We love you, PPP!!! Ayuh pulihkan semangat blogger yang umurnya nak masuk 42 tahun rabu depan ni. Visit her athttp://www.paripariputih.com/
15 comments:
PPP tu sebenarnya ada masalah ye awak? dia keseorangan ke sebenarnya?
kadang orang yang ceria dan baik akan buat orang lain rasa kehilangan dia kalau dia senyap dan murung...
kenapa dia jadi gitu?
Salam jumaat..
yeszzaaa SMILE..
WHY?
bcoz u can =D
aku rase sebelum nak hepi kan orang lain.. kadang2 kne pikir untuk hepikan diri sendiri dulu gak kan.. ape guna orang lain hepi tapi last2 sendiri terluka.. hmm
Awak selalu jujur kan...?
akakkk
lebih bahagia kita tenguk org sekeliling kita bahagia.sedangkan kita...?
assalamualaikum kak iffah ^_^
ingatkan surat terbuka untuk aku..haha
semoga tabah. =D
mohon tabah.. =)
unik pula rasanya aku baca cara kau lahirkan 'sayang' kau kat dia ni Cik pelangi eh? hehehe... maaf.. Cik De tersasul kekekekeek...
aku lagi suka paritparitputing ehh??
moga ada kekuatan buat dia..
mungkin dgn melihat senyuman dan gelak tawa sahabat yg lain boleh buat dia bahagia walaupun hakikatnya luka yang dia rasa sangat dalam dan pedih. itu yg akak pernah rasa dan lalui ;)
Post a Comment