CORETAN TERBARU NADH

Temporary feeling

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hati kita memang sukar dijangka. Kadang suka kadang menyampah. Yang peliknya kita boleh punya rasa berbeza sekelip mata.Cakap benci dalam diam suka. Cakap suka sebenarnya dalam hati sudah mengutuk sakan. Pelik bukan?

Perasaan sementara selalu ada. Bukan aku je pernah rasa. Kawan aku pun. Ya, perasaan yang sekejap. Cuma tiba-tiba kita rasa suka sangat dengan seseorang, ambil tahu pasal dia, risau pasal dia, rasa nak berbual selalu dengan dia. Macam-macam perasaan dalam satu masa. Padahal kita dah ada yang punya.

Pelik? Curangkah kita? Tak. Bukan, ia cuma perasaan sementara. Kita jatuh suka dengan cara dia tak bermakna kita cintakan dia. Mungkin satu dua hari kita akan cari dia, telefon dia, chat dengan dia. Kita tunjukkan minat kita kat dia, dan bila dia tak memberi respon yang baik. Secara tak sedar rasa suka itu hilang. Ya kejap cuma. Sebagai rasa persinggahan. 

Tapi kalau kita layan perasaan itu. Kita terlalu mengejar rasa suka itu, lama-lama ia bukan perasaan sementara lagi. Sebab kita berusaha dapatkannya. Macam kita minat kucing, tapi tak membela lama-lama minat tu hilang. Kalau kita bela kucing itu, makin lama jatuh sayang dan cinta pada kucing itu. Jadi, kalau dah ada yang punya, tak perlulah layan perasaan ini. Biarkan rasa itu cuma persinggahan. Biarkan ia...

20 comments:

Unknown said...

jeng2x ak taktau nk komen apa =.='

ak rasa mcm pernah alami situasi yg ko gambarkan ni tp ak lupa bila. dejavu? ttiba. okbai slmt tahun baru utk ko. smoga err suksess slalu :)

misz aisya said...

yup, setuju.

wlaupon kita dah ade someone special, tp kdg2 kita akan suka kat org laen. tp kalau dilayan perasaan tu, mmg akan jd cinta pulak. kan?

p/s;happy new year. semoga cpt posting! :)

Anonymous said...

aku tau ianya hadir sementara tuk menguji tahap manakah aku ni setia..mgkin??

ku akui ianya perassan sementara.
oh..lega :)

ko pastikan bebetul jugak yeeee...
jangan menipu perassan ko pula..

Encik H said...

susah jugak nak komen pasal temporary feeling ni..aku memang la pernah rasa, tapi still xtau nak komen macam mana..so aku sokong kopipes jer la..hehehe

aku HaniAsyira said...

selalu je rasa macam tu.. itu nama nya suka-suki dgn org kan.

cintailmu89 said...

Temporary feeling ni sama ke dengan hai yang tak tetap?
Suka berubah-ubah rasa ni bahaya jugak kadang2..

reenapple said...

selalu alami feeling tu.. dan akhirnya aku dah buangkan.. haha. Tenang aku. Harap yang sebenar-benarnya muncul bila aku dah bersedia.

ewanthology said...

sekali belum ada ikatan yang sah, kita sentiasa dibolehkan mencuba keserasian pilihan2 yang ada di depan mata :-)

hnahdy said...

nak ucap selamat tahun baru :)

Unknown said...

hati cepat berubah ikut keadaan semasa

Potia Casadelarossa said...

sebagai manusia kita tak dapat lari dari berperasaan sebegini... lumrah lah.. sedangkan air pon ada pasang surutnya walaupon bukan dari kehendaknya... klu tak dek kerana bulan maka tak terjadi semua tu.. bulan pon tanya pada diri sendiri... bukan niat aku nak perlakukan sedemikian..dan lumrah aku mengelilingi bumi.. klu tak kerana bumi tak mungkin aku disini... bumi pasti tudingkan jari kepada matahari...matahari hanya tersenyum... lalu berkata INILAH KUASA YANG MAHA ESA... siapalah kita nak menidakkannya... (tetiba ayat aku mcm best...)

boni kacak said...

setuju dengan awak... dan, lagi satu... ramai yang berlaku curang disebabkan terlalu ikutkan perasaan suka sementara ni lah...

Nurul Ainaa Che Anuar said...

selalu rasa cam ni. tp sebenarnya bukan betul pun. dia kejap je =)

MalizaMah said...

perasaan persinggahan jgn dilayan. boleh merosakkan diri dan perhubungan.

-meeSUPERGIRL- said...

baik prasaan sementara tu lah dr brpanjangan yg akan membawa kepada kekecewaan kelak.

Anonymous said...

"Assalamualaikum Kak Iffah.Selamat Tahun baru Masihi 2013 =)"

Mainan perasaan semata-mata.Yang tak penting tinggalkan je.

Kira Sakura said...

klu rasa itu pada tempat yg sepatutnya tak salah berdoa dan berusaha seterusnya bertawakal :D

kay_are said...

memang perasaan macam tu normal je kalau ade kan.. aku pun pernah gak, jadi suka dengan orang tu, lepas tu suka dekat orang ni pulak.. tapi macam ko cakap, bende tu just sementara je.. bile tibe mase.. suka tu hilang sendiri.. hmm

نورعيم said...

alaaa nak terasa la dgn entry ni. tp tula yg temporary nya. kejap je, pastu terus xde dah.

Dayang Deno said...

selamat tahun baru ifa... maaf terlewat.... huhu *eh2,apa kena dgn entry... hihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers