CORETAN TERBARU NADH

Tiada manusia tiada masalah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf Kay are, aku curi ayat kau. Sebenarnya aku tertarik dengan ayat dia ni. Ya, sangat bagus jadikan entri versi aku pulak. Masing-masing punya masalah sendiri. Tipulah kalau aku kata aku tak ada masalah. Seperti komen aku kat entri Kay are. Aku pun ada masalah. Sampai kawan aku marah sangat.

"Ipah, kau ni kenapa tak ada masalah cari masalah? Sibuk fikir masalah orang kenapa?" LOL

Terngiang-ngiang suara dia. Rindu kau! Siapa dia? Rahsia =P

Bila aku tak ada masalah, aku akan fikir masalah orang. Majoritinya masalah kawan-kawan aku. Aku memang jenis pentingkan kawan. Adakala lebih dari family sendiri. Mungkin sebab masa aku banyak habiskan dengan kawan-kawan. Diorang macam keluarga. Jadi, diorang ada masalah aku akan risau lebih.

Kadang bila tak dapat tolong aku jadi stress. Lepas tu aku pening kepala. Memang masa tu tercari-cari panadol. Aku memang banyak fikir. Orang sedih aku pun sedih. Orang marah aku pun terasa nak marah. Aku macam cubit pipi kiri pipi kanan terasa. 

Jadi, semua orang ada masalah diorang sendiri. Jangan ingat nampak diorang happy go lucky, diorang tak ada masalah macam kita. Cuba belajar bersyukur dengan kelebihan kita dan perbaiki kekurangan kita. Daripada sibuk dengki dengan diorang. Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan. Kan?

20 comments:

Puyak said...

ye pah. terima kasih sudi dgr masalah aku. sampai kau skali pikir jalan. iskk. terharu aku nokkk.

dan ye. kau sangat baik tahu. :">

Unknown said...

la la la la la.... aku mmng suka sgt cari masalah dgn ko akak pelangi ekekekek... mohon ko memahami... klw aku x bagi ko masalah, aku rasa aku memang bermasalah eh >..<

Sunah Sakura said...

sedangkan Rasulullah s.a.w pun ada masalah...tapi baginda selalu mintak panduan dari Tuhan macam mana nak selesaikan...

Nong Andy said...

ketagih dengan blog.. blogwalking.. pun masalah bagi aku juga..

lagi-lagi bila berukband aku bermasalah.. lagi masalah buat aku hehehehe

Unknown said...

semua ada masalah, kucing,anjing,beruang,anai2 semua ada masalah...hehe.btw setuju dgn sis iffah cakap, tiada masalah yg xboleh diselesaikan kan kan...Ingat Allah selalu ada bersama hamba2Nya.. :)

a said...

a good listener.. nnti leh lah share ngn ipah masalah ain.hek2

Unknown said...

mmmm....untungla. takda masalah tp nak cari masalah :|

Unknown said...

hahaha...sy nampak dah komen akk tadi...hoho...kak sy pun suka jugak nyebok masalah orang...err,,tp bila kena masalah sy..sy sendiri tak tahu...hoho

Unknown said...

akak sekarang pun ada masalah..masalah besar bagi akak..kecik pada orang lain..heeh

misz aisya said...

yup, semua org ade mslh. mslh lain2 dan brbeza. kite kne kuat n bijak tuk selesaikan mslh tu. kalau asyik mengeluh je, smpai bile2 xkan setel. :)

reenapple said...

setuju weh.. aku nak komen panjang tapi aku malas. haha.

aamalinaazman said...

opah ade maaaanyaaakkk masalah
meh selesaikan bersama opah
kikiki =.=

AmyZana said...

Eden ni masalah sendiri pun tak TER selesai, inikan pula hendak memikirkan masalah orang lain...

NIA SI DRUMSTICK said...

yupp..semua ada masalah..
tp kene bijakle nk handle..jgn lari dr masalah...

StarPrincess said...

As salam...ye betul....dengan masalah, mematangkan diri kita...ader jugak org y suka carik masalah....hehehe ^_^

Jom, tenangkan diri dengan
Doa Pagi & Petang - Zikir BISMIKALLAH



Kalau free, singgah ke blog sy (budak baru belajar ^_^)
thnxxx...

Dayang Deno said...

betoi2... setuju sgt2 dgn ifa^^

Unknown said...

xpe..kawan mcm ko nih sukar dicari..n patut dihargai..

ye dak?

Kira Sakura said...

memang pun ipah tue takde masalah dia cari masalah orang lain. bukan lah tak boleh dengar masalah orang lain tapi tak payah la pening sampai kena ambik panadol!!!!

kay_are said...

ko pun dah jadi macam akak ko kat atas tu suka benar amek idea aku.. =P tapi betul, kadang2 yang nampak hepi tu lagi banyak masalah sebenarnye kalau kita selidik betul2.. tapi satu keje pulak nak selidik kan.. err..

Encik H said...

org kata, kalau kita tolong org lain yg ada masalah, indirectly kita sebenarnya tolong diri sendiri..

tengok org senang tu buatkan kita sendiri rasa senang..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers