CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Mengorat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Kau gila ke apa?” Hampir tersembur minuman yang dia sedang sedut. Dipandang wajah gadis di hadapannya. Aneh! Mukanya tenang sekali. Tak seperti dirinya yang sedang mengatakan perkara serius.
“Rileks okey. Nah tisu…” Amanda menghulurkan tisu. Wana pastinya terkejut. Dia senyum.
“Okey sekarang kau cerita dengan aku, kenapa kau nak mengorat dia? Bukan kau kata kau benci dia ke? Dia tak pernah hargai kaulah, apalah…” Bising mulut Wana membebel tentang lelaki itu. Lelaki yang langsung tak dapat diteka apa yang ada dalam isi hatinya.
“Ya, aku penat main tarik tali. Sekarang aku nak follow with the flow…” Senyuman terukir. Kali ini lebih lebar dan penuh makna.
“Tapi kau reti ke nak mengorat dia?” Tiba-tiba Amanda menepuk kuat kedua tangannya. Terperanjat Wana dibuatnya.
“Itulah masalah terbesar aku sekarang. Aku tak tahu nak mengorat orang sebenarnya…” Tergaru-garu tangannya di kepala sendiri. Wana ketawa lepas. Pengunjung lain memerhatikan kedua gelagat gadis itu. Namun tak pula mereka pedulikan.
“Kau tolong aku… please?” Wana terdiam. Segera dia berbisik di telinga Amanda. Dan sekali lagi ketawa mereka pecah. Hilai tawa mereka jelas kedengaran. Yang pasti mereka berlagak tiada orang di sekeliling. Rupanya, Wana juga tidak tahu mengorat. Akhirnya, perbualan mereka mati di situ. Niat Amanda ingin mengorat juga gagal. Tetapi, dia tahu, mengorat tak perlukan ayat manis, cukup jadi dirinya sendiri. Dia tahu dia mampu.

#Okey, tak ada kerja. Tetiba tertaip kisah kontot. Harap korang tak muak dengan penulisan aku lalalala =P

13 comments:

reenapple said...

Aku ingtkan kau nak masukkan tips3 yg aku kasi kau tu. Kah kah kah kah

Unknown said...

hehe...kisah kontot pun best apa, layann.. :D jgn main tarik tali sgt, nnt tali putus apa pun xdapat..hehe

mas saari said...

best!!
dulu akak ngorat husband akak...hehehee

hana hadi said...

tulis surat lah. haha

Diari Si Froggie said...

walaupun kisah nie kontot ianya penuh suspen.. agagaga.. gua suka lah ayat tang nak mengorat tak perlukan ayat manis, cukup jadi diri sendiri. Setuju weh setuju :P

نورعيم said...

nk ngorat akak la gini. muahahaha

Yana Sakura said...

saya suke awak tp xreti nak ngorat awak ehh..hahaha :p

senget je..ape pun ta boleh..berdoa je spya kita dpt yg terbaek..kalo dh jdoh xkemana.. =)

Unknown said...

hehhehe.. ko memang gile..
nak mengurat lak skrg..
ehh kbai :)

Kira Sakura said...

nak ngorat lelaki yang dah jadi suami akak tau la kihkihkih :p

Nong Andy said...

meh aku ajar cara-cara mengorat hehe...

MalizaMah said...

TABIK SPRING DGN IFFAH YG BEGITU SEMANGAT MENULIS.

Admin said...

Mengisi masa lapang sambil menunggu panggilan SPP memang bahagia :P

kay_are said...

macam tu je?? exsited aku bace kot2 ade isu cane leh gaduh ngan watak laki tu.. tapi last2 name laki tu pun tak tau.. @.@

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers