CORETAN TERBARU NADH

Macam mana nak guna BR1M dan BB1M

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti yang korang tahu BR1M itu BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA. Ada yang dapat RM500 dan ada yang dapat RM250.

Cara nak guna?
1.Tulis nama penuh penerima baucer dan no kad pengenalan. Diulangi nama penerima, seperti tertera pada surat BR1M tu. 
2. Tebus baucer di bank yang terpilih iaitu MAYBANK, PUBLIC BANK, BANK SIMPANAN NASIONAL dan CIMB BANK. =)

BB1M pula ialah BAUCER BUKU 1 MALAYSIA. Baucer ini khas untuk para pelajar. Boleh rujuk di sini.

Cara nak guna?
1. Tulis nama penuh penerima baucer dan no kad pengenalan. 
2. Beli buku di kedai-kedai buku yang terpilih seperti Popular. Boleh rujuk internet senarai kedai yang menerima baucer buku.
3. Tunjukkan baucer bersama kad pengenalan anda di kaunter. Genapkan pembelian agar anda tak rugi berbelanja.

Ikut pengalaman aku, aku beli jajan, majalah kat kedai buku untuk cukupkan beberapa ringgit yang berbaki. Jadi taklah membazir sebab cashier takkan pulangkan baki amaun baucer. Gunalah sebijaknya.

#Entry ini khas kepada yang bertanya tadi. Aku dah macam penulis yang mesra SEO pulak. Orang dah tanya, kesian pula. Ilmu kalau disimpan, takkan ke mana. Eloklah berkongsi, pahala dapat. Itu yang utama.
#Baucer boleh diambil melalui wakil, bawak kad pengenalan penerima. *bergantung pada budi bicara orang tu jugak. Tapi rasanya boleh wahai Anon =)

16 comments:

Anonymous said...

Kenq amik sendiri ke baucer tu.blh srh org x?

Dayang Deno said...

bagus ifa:)

Amaliena Ros said...

guud iffa guud..:)

Kira Sakura said...

terima kasih cikgu Iffah kerana menerangkan :D

Sunah Sakura said...

adik i dapat, tapi jauh giler nak amek kot...huhu..dia kena pi pejabat residen nak mintak tukar tempat amek..tapi pejabat lak duk cakap, nanti nanti...bulan depan...haishh

Unknown said...

nak sikit!

Unknown said...

aku rasa mcm dah komen semalam ~ tak pe aku ulang balik apa yg aku komen JIMAT-JIMAT sikit guna duit tu LATOFAH... lol

Tie HT said...

eloklah dikongsi :)

hana hadi said...

entah dapat ke x hana ni

mas saari said...

berguna utk yg tak tahu..

Unknown said...

anon dah tanya tuh haaaa...tulah adik aku bg baucar dia rm50 takanlah aku nk angkut dia skali wuuuu

maszull said...

assalamualaikum iffah....seronoknya bila nak dpt guna tu...:)

Unknown said...

kalau nak tukar baucer bb1m gan duit blh ke kak iffah?hhewhewhew :P
btw bila nak belanja domino neh?hehehhe

kay_are said...

aku langsung tak dapat merase sume tu.. zaman blaja dulu tak merase, sekarang pun tak merase... so tumpang adik je r.. =P

Anonymous said...

Hai iffah,

Pergi bank nak cashkan baucer tu cmn? Kena Bawak Buku bank ke?

Mida said...

cikgu klau sy nk tolg tebus baucar utk adik sy boleh ke..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers