CORETAN TERBARU NADH

Iklan: Apa itu Kain Sarung?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mari beli kain sarung, 1 sepuluh ringgit, 2 dua puluh ringgit. Mari beli-mari beli. Jualan murah penghabisan stok lintas langsung dari gedung membuat kain sarung. Mari-mari!
Pelbagai gaya, mutu dan keunggulan bila memakai kain sarung atau pelekat
Bukan hanya untuk berkhatan semata-mata. Dengar sini, kain pelekat juga boleh memikat hati mak mertua. Bila nampak wajah anda tampan berkain pelekat, memang mak mertua cair. "Ah bakal menantu aku ni, pakai apapun kacak sekali," Tapi jangan risau, dia hanya suka sebagai menantu. Bukan sebagai hantu.

Kain batik idaman si gadis satu malaya
Kain batik juga bisa mengaburi mata mak mertua yang macam singa. Nampak ayu si pemakai kain batik. Jalan dan lenggoknya sopan terasa. Walaupun perempuan itu tidaklah sopan mana, tapi memang terpikat mata yang memandang. Sungguh kemelayuan di situ, walau cuma berkain batik. Budaya dijunjung, pikat hati mak mertua pun dapat. Pakej!

Inilah kisah kain sarung kami!
Pesanan: Iklan ini tidak melibatkan sebarang bayaran model. Model-model yang diimport dengan sukarela menjadikan diri bahan ujikaji Projek Kain Sarung 2013.

Senarai model: Umar, Mija, Iffah, Dikbi, Ain dan Digital Mama.

Untuk pengetahuan tambahan boleh klik link ini.

Entry ini hanya gurauan semata-mata, tiada kena mengena yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sesiapa yang rasa menyampah melihat model-model yang sama, sila klik pangkah. Sekian memaklumkan lintas langsung IKLAN KAIN SARUNG TAK BERBAYAR=)

15 comments:

Unknown said...

err, kain sarung dgn kain pelikat ni benda yg sama ker? ttiba konfius..

Unknown said...

Waalaikumussalam

Digital Mama pun boleh femes ekekeke. Aku nak tergelak tengok gaya umar, mija. Sengal. Hahaha.

Unknown said...

hahahahah.....lawak laa entry ni...kalau sis jual ni mesti laku, pastu guna laa jejaka2 hot tu kan..hhehehe :D

Unknown said...

wallawehhh...
aku tingat time aku pakai kain pelikat..
nape tak suruh si umar nyayi lagu kain pelikat..
ko lak rap kain batik..
eh....
hehheheh

Dikbee said...

Aku tak berkain batik or berkain pelikat.... Aku hanya customer yg teruja nak beli ajer...hihi

Anonymous said...

Jap jap nak klik pangkah ok.sekian.Daa.haha.

Unknown said...

aku bila tgk jer derang berdua tu tak pikir lain dah aku terkenang si labu labi lam citer p.romlee ekekekeke

anak ayah said...

baca entri sambil nyanyi lagu kain pelikat anuar zain.haha

Amirul Nadzri said...

kak aku nak order kain sarung doploh.. boleh campur tak kain batik ngan kain pelikat? 10 batik, 10 pelikat. termasuk sekali ngan model yang nama dik bi tu.. bape sume? huhu..

mas saari said...

akak kalau kat rumah suka pakai kain batik.. selesa lah rasa..

kay_are said...

kain? aku pakai bile rase nak pakai je.. bese time demam je kot.. time sihat, kain pelekat memang tolak tepi!

Kira Sakura said...

akak baru 2 3 menjak nie reti pakai kain batik kihkihkih

Encik H said...

aku baca entry BR1M tadi, aku baca jugak entry ni..tapi aku xtau nak komen apa..hahaha

next entry pulak..

Yana Sakura said...

Kain sarung oh kain sarung..

Kak,nak 10 kain sarung boleh eh? Hahha..nak sekali ngn model2 tu.. :p

#Moral of the story kat cini : belajar la pakai kain batik n kain pelikat supaya mak mentua sayang.. wink2.. :)
sengal lak ayt ats neh..

Nong Andy said...

sengal... tu jer yg dapat aku komen LOL

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers