CORETAN TERBARU NADH

Jalan-jalan ke Sungai Besar, Selangor

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku pergi Melaka jumaat lepas. Konon nak ambil sijil berhenti belajar. Tapi no kad pengenalan tidak tertera kat sijil tu. Kena betulkan balik. Sebab benda tu lesen untuk nak cakap aku dah ada ijazah pendidikan selain tunggu konvo akan datang. Lepas makan dengan Bestie kat Ayam Penyet AP, aku pun terus balik Kajang sebab ibunda dan keluarga menunggu untuk ke Sg. Besar, Selangor.
Chalet Bayu Beach Resort, Sg Haji Dorani 
Sampai jugak selama 4 jam perjalanan sebab KL jem teruk! Selamat si Ibu yang drive. Haha mentabah jugak sebab kami ikut jalan lama. Lalu Kuala Selangor, Ijok semua. Penat!
Tempat shooting MV Anak Kampung- Jimmy Palikat
Esoknya kami pergi ke Homestay Sg. Haji Dorani, saja nak melawat pelajar SMK Jalan Bukit buat aktiviti kemasyarakatan. Teringat masa belajar dulu, pernah jugak kena bermalam rumah mak angkat masing-masing. Rindu. Eh!
Lunch: Nasi Ambeng terbaik!!!
Nasi Ambeng ini berlaukkan ayam kicap dua bahagian besar, sambal goreng jawa, mee goreng (ini pelik), kelapa sambal ke apa entah namanya. Lepas makan kenyang. Adalah upacara penutupan. Ucapan puan pengetua, cikgu yang terlibat. Yang tak tahan dia cakap "Terima kasih kepada anak puan pengetua sebab temankan mak mereka sepanjang perjalanan gantikan ayah..." LOL Anak-anak pun terlibat? =='
Cendol Bakar Kuala Selangor
Perjalanan balik aku yang drive. Sangat memerlukan kesabaran membawa makcik kepoh kat sebelah. Risau sangat aku bawak. Kejap nak singgah minum cendol durian. Kejap nak singgah Pantai Remis beli seafood dengan ikan segar. Kejap nak minum cendol bakar, kejap nak makan cendol tapai. Jadinya, ikutkan saja. Nom nom nom sedap! Cendol yang aku pilih haruslah paling mahal, Cendol Pulut Durian. Sedap! Cendol Tapai untuk makcik pun sedap. Cendol VIP dan Cendol VVIP pon sedap jugaklah. Memang ramai. Siap ada drive thru!

Okey entry jumaat dengan sabtu aku gabungkan sekali. Mohon korang terliur tengok cendol itu. Haha~~~

18 comments:

Unknown said...

Nasi ambang ko tu sedap tapi nampak mcm pelik weh... hahahah mohon teringin gak nak merasa cendol bakar agak ada rasa hangit ke?? ==

a said...

manyak best jenjalan.. hehehe.. mentabah makan cendol ..:)

Unknown said...

ooooo...ingatkan p melawat bakal suami...oooo ptutla

Admin said...

best. teringin nak merasa jugak :)

Unknown said...

peliknya nasi tu. tapi nampak mcm sedap ja ayam tu . haha

Unknown said...

Tak sabarnya nak balik Sabak bernam esok.

Dikbee said...

wah...jalan2 cari makan rupanya...mmg best makanan jawa.. paling suka sambal jawa

Dikbee said...

wah, jalan2 cari makan rupanya... ingatkan rombongan meminang tadi..

Uji Hussein said...

Cendol bakar?Macam sedap bunyinya.

TiranaAduka said...

salam
Hu huhu g sg hj.dorani tu..
Napa tak singgah pekena abc kt pdg sg bsar.hehe

NIA SI DRUMSTICK said...

Umm..sodapnye..mkn ms pns2 ni..

MalizaMah said...

1. jalan memang sesak giler...
2. bestnyer jalan2.. suasana tu semua sungguh seronok.
3. cendol....

Anonymous said...

wuah..
anak pengetua makan cendol bakar..eh...

macam sedap je..
jum pegi ..ehhh lagik.. :)

Kak iman said...

oh my...sg haji dorani meupakn tempat bersejarah bgi iman

Yana Sakura said...

byknyer cendol..mcm2 jenis ea..

nasi ambeng tu cm pelik jew..habis ke mkn sowg? ase kna kongsi 2-3 owg neh..hehe

Ini dinamakan SHORT HOLIDAY..tu p melawat ayah akk ea..eh! :D

#nice view..shuke nengok..kim slm kat photographer eh..kihkihkih :p

Unknown said...

hmm klu dok arau cane nak amek surat tamat pengajian tu? ke leh amek kat shah alam je? huhuh

kay_are said...

dekat mane lak sg besar ni? aku tengok view die cantik kemain.. nape aku tak pernah tau pun tempat ni?

Kira Sakura said...

akak pun makan ayam penyet AP jugak :p

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers