ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rantai itu sekali lagi Airissa menyentuhnya. Loketnya benar-benar
unik dan menarik perhatiannya. Bentuk pari-pari. Beribu persoalan hadir di
benaknya. Semuanya tinggal tanda tanya. Rantai itu diberikan sebagai hadiah
hari jadi. Tiada nama. Cumalah sekeping kad yang tertulis kata-kata penuh
makna.
“Airissa, kau yang pertama yang membuatku bahagia, kau yang
terakhir inginku bersama… kau yang ku cinta…” Debaran di hatinya makin rancak. Pembacaanya
terhenti tatkala officematenya masuk
ke dalam setelah ketukan pintu kedengaran.
“Beb, tak nak balik lagi ke?” Ardilla tersenyum depan pintu.
Lagaknya seperti ada sesuatu.
“Kau kenapa? Jangan buat pasal weh… aku letih dah ni… nak
balik mandi lepas tu tidur…” Rantai dimasukkan dalam kotak semula. Tangannya lincah
mengemas beg kerja. Ardilla hanya memandang lalu tersenyum penuh makna.
“Okey, jom balik saing. Aku tumpangkan kau. Takkan kau nak
naik LRT lagi kan? Kau kan birthday girl…” Ardilla mengenyitkan mata.
“Kau kenapa? Peliklah aku tengok. Tak payah, aku dah biasa
naik LRT…” Airissa menolaknya. Segera dia menutup pintu bilik pejabat dan
menuruni anak tangga. Langkahnya tak terlalu lambat tak terlalu cepat. Petikan
gitar jelas kedengaran. Airissa berpaling ke arah Ardilla.
“Kau dengar?” Ardilla tersenyum dan mengangguk.
“Kau yang pertama… membuatku bahagia…” Hampir pitam Airissa
memandang lelaki pujaannya sedang menyanyi di depan pintu utama bangunan. Sungguh
dia tak sangka, artis sanggup turun padang demi menyanyikan lagu untuknya. Tangan
Ardilla digenggam erat. Dia benar-benar takut rebah. Dia benar-benar terpaku
dengan persembahan itu. Yang pastinya, dialah watak utama dalam adegan itu.
“Airissaaaaaaaaaaaaa!!!!” Jeritan itu benar-benar
membingitkan telinganya. Airissa terjaga.
“Ya, kenapa?” Terpisat-pisat dia menggosok mata. Dalam benaknya
lantas berfikir semula kejadian malam itu. Semuanya bagai mimpi.
“Dila, Jamiel mana? Dia dah balik ke?” Ardilla mengerutkan
dahi.
“Kau ni angau sangat dengan Jamiel ke weh? Mana ada artis
nak datang ofis kita ni. Itulah kau, orang kerja kau mengulor. Tidur kat pantry…
Dah bangun cuci muka…” Airissa mengeluh. Dia mimpi? Usai membasuh muka dia
kembali ke mejanya. Berselerak. Kepalanya menggeleng lemah.
“Eh rantai ni?” Airissa memandang pelik. Rantai yang sama
dalam mimpinya. Perlahan dia menepuk pipi sendiri.
“Ardilla sini… sini kau…” Ardilla mengerling.
“Apa dia?”
“Jamiel betul-betul datang. Ini rantai. Dia kasi kat aku..
dia nyanyi live untuk aku… Ah romantiknya!!!” Airissa tersenyum sendiri.
“Kau jangan nak buat gila. Ni hadiah aku kasi. Nampak loket
ni, bentuk pari-pari kan?” Airissa mengangguk lesu. Kecewa.
“Aku kan pemilik paripariputih.com. Haruslah aku kasi hadiah
ni simbolik tanda persahabatan kita… Rissa, Rissa… Kau memang dah angaukan si
Jamiel tu… Ish-ish…” Airissa memandang rantai itu semula. Dia kecewa. Rupanya
semua itu hanya mimpi. Hari jadi tahun ini juga seakan hambar dia rasa. Tiada teman
lelaki. Tiada Jamiel di sisi. Namun, dia tetap akan ada pari-pari yang sentiasa
menemani. Rantai itu simbolik Ardilla yang setia menjadi sahabatnya. Rantai itu
juga akan dia pakai, tanda menghargai kasihnya sahabat. Walaupun dia masih
sendiri, dia tahu pari-pari akan sentiasa dekat di hatinya dan menemaninya.
Selain itu, Allah kan ada? Airissa tersenyum sendiri.
“Terima kasih Dilla… Sarang ae!!!” Jeritnya kuat. Ardilla sudahpun
menggelengkan kepalanya. Pening dengan keletah sahabatnya sendiri. Namun, dia
tahu Airissa memaksudkannya.
“Semoga bahagia wahai sahabat, aku akan doakan jodoh kau…
Percayalah!” Perlahan dia menuturkan kata-kata itu. Dia meneruskan kerja yang
tertangguh. Tanggungjawab lain perlu juga diutamakan. Dibiarkan saja Airissa
yang sedang berbunga-bunga bahagia. Dia hanya mahu Airissa bahagia. Rantai itu,
dia harap akan sentiasa menemani sahabatnya walaupun dia tak lagi ada dalam
dunia. Itu harapannya.
Pitam! |
#Tenkiu Puan Zaimah aka pari pari putih aka Mama sebab kasi aku hadiah hari jadi paling awal =) Sangat-sangat sukakannya.
#Selamat hari jadi jugak kepada kembar setarikh lahir Bie... Rindu nak tidur sebilik dengan kau T.T
#Selamat hari lahir juga untuk MissShila senget yang sangat senget. Kita kembar yeah! Kita je menanti 15 FEB dan bukan 14 FEB ehh?
#Selamat hari jadi jugak kepada kembar setarikh lahir Bie... Rindu nak tidur sebilik dengan kau T.T
#Selamat hari lahir juga untuk MissShila senget yang sangat senget. Kita kembar yeah! Kita je menanti 15 FEB dan bukan 14 FEB ehh?
15 comments:
Selamat hari jadi. =)
Mentabah aku baca novel ko dari atas sampai bawah ==, kemahen lagi watak tuan paripari.com tu kan.. hahahah u r welcome simpan rantai tu sbg tanda persahabatan kita weh... walaupun ko dah ada cucu nnti... ^_^ kalau aku lelaki dah lama aku belikan ko cinicn jer hahaha tapi yg tu mohon mr right ko yg beli dan sarungkan ke jari ko nanti insyalah amin amin.. semoga masin mulut aku ni kan... pepepun happy birthday iffah aku daokan yg terbaik utk ko semoga ko sentiasa happy dgn kasih sayang family dan kawan2 hugs huga... fren till jannah ^_^
ayat kat bawah tu bermakna.. :)
Selamat Hari Lahir Kak Pipa (^_^)
Semoga harimu sentiasa disulami keceriaan walaupun perlu menongkah arus dunia yang berliku ini.
Peace yaw! Sayang akak..wee <3
aku pulak yang tacing...sob3x...iffah, selamat hari lahir. w/pun aku baru je kenal ko tapi aku rasa cam dah bertahun2 lamanya... dah2, ko jgn nak kata aku poyo sbb kata2 aku ni ikhlas...
SELAMAT HARI LAHIR IFFAH
gelak aku bab 'sarang ea' tu ekekekekek...
dah angaukan jamiel pulok ekekekeke
selamat hari lahir Iffah... moga cepat kawin dengan jamiel... eh..?
tengok putih bulat kat muka yu tu rasa nak conteng aje...eh!
selamat hari lahir ipah
semoga sentiasa dimurahkan rezeki yer
ko bagitau je la yang ko nak adiah besday ko kan?kan?kahkahkah
kan tok kan???
melihatkan gambar pun aku dah gelak.. apa lg teringat dgn kesengalan kat luar...mentabah je ipah ni.. slamat hari lahir dik...
dah agak before sampai ending ke bawak sape org tuh..
mesti si ppp..
selamat hari lahir sayang..
selamat hari jadi,
selamat hari jadi,
selamat hari jadi iffahhh..
slamat hari raya.ehhh..
selamat hari jadi iffah=)
moga sihat hendaknya.
makan kek jgn tercekek :P
besday ko gak hari ni? nape dekat fb takde notification?? @.@ ape pun selamat hari jadi.. kire cerpen ni nak bagitau ko dapat hadiah rantai r dari ppp tu.. wah.. best2.. lame dah aku tak dapat hadiah besday.. untung lah!
Tetbaik la cerpen ni. hana macam ada ja dalam cerpen tu. aduh.. nanti kalau buat cerpen letak nama hana ek. hana nak feeling gak..hahaha
dah agak dah cite rantai tue mesti wujud rantai tue hihihi
Post a Comment