CORETAN TERBARU NADH

Bak kata ANWAR HADI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Anwar hadi pulak terbabit sama dalam entry aku. Hehe Bukan apa. Aku teringat kata-kata dia je. Korang pernah pergi trip tak? Selalu korang pergi mana? Aku kadang-kadang nak je melancong ke luar negara. Tapi duit tak ada. Kita ni terikat dengan perjanjian. Jadi tak boleh suka-suka nak buat ikut hal kita. 

Sebagai contoh kan, katakan aku nak buat trip ke langkawi dengan murid-murid aku. Jelas aku terikat dengan guru besar dan sebagainya. Aku akui niat hanya nak melancong. Tapi kalau dah buat kertas kerja kenalah gebang sikit. Tipu sana sini. Masalahnya duit kita kumpul dana untuk lawatan sambil belajar, tapi aku nak gunakan untuk aku melancong sambil bawa anak-anak murid. Haram tak korang rasa? Duit orang ramai sumbang bukan untuk kita berjoli.

Bila dah namanya lawatan sambil belajar, sambil melawat kita kenalah ambil ilmu kat negeri orang. Takkan nak datang, melancong lepas tu balik? Logik ke? Nak-nak cikgu-cikgu lain ikut. Penolong KOKO ikut. Kan semua tu dah jadi rasmi. Kita guna nama sekolah nak keluar melawat Langkawi. Kalau sendirian berhad ikut suka hatilah kan. Aku risau.

Dosa makin bertambah. Tu aku akui. Tapi kita takkan nak biarkan dia bertambah je? Apa salahnya kita terima pandangan orang lain. Cuba berbincang. Jangan jadikan lawatan yang menggunakan duit orang ramai sebagai lawatan tak berilmiah. Kita kan dah bijak pandai semua. Takkan aku nak biar aku menyalahgunakan wang yang disumbang. Tu kira apa? Rasuah? Bukan. Mungkin menggelapkan wang orang ramai demi kepentingan. 

Aku share bukan nak sindir sesiapa. Aku nak ingatkan diri sendiri. Bak kata ANWAR HADI, gunalah wang yang diberi sewajarnya di jalan yang betul. Asal minta duit buku punya liat nak bayar. Tapi kalau makan Mcd? Apa ada hal? Belum kira topup, broadband, pakaian kita. Uh banyak tu. Tak sanggup aku nak kira wang aku habis pergi mana. Sungguh boros! 

Aku harap sangat dapat melancong tapi sambil belajar. Biar otak aku ni berkembang. Duduk melaka lama sangat. Tepu pulak. Haha Serius aku pesan entry ini bukan ditujukan kepada sesiapa. Aku hanya meluahkan rasa hati. Terasa? Maaf banyak-banyak. Tak sengaja.


Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers