CORETAN TERBARU NADH

Orang dulu dengan sekarang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

OPS lelaki tak sesuai baca entry ni. Pergi main guli kat sana k. Kaum perempuan. Kita open minded sikit. Tak suka boleh klik pangkah kat hujung tepi ni. Tak ada hal lah!

Encik Nakal buat aku terfikir. Jadi terus buat entry. Aku nak mengimbas kembali zaman silam. Eh masa dulu-dululah. Masa 90an dulu. Cerita macam aku tua sangat je. Tak adalah. Si Nakal cerita pasal pad aka tuala wanita tadi. Jadi aku teringat masa dulu dengan sekarang. Memang berbeza.

Apa yang beza? Ni aku nak cerita. Perbezaan yang pertama, dulu ada jenama SANITA, sekarang macam jenama ada. Siap ada yang herba lagi.

Dulu orang yang menjual akan balut dengan paper. Tak kisahlah paper lama ke apa. Janji tak nampak plastik or kotak pad tu. Sekarang, bantai letak dalm plastik. Jernih pulak tu. Lagi-lagi cashier lelaki. Tak malu dah. Aku pun mengaku. Aku kurang malu. Kadang-kadang aku tolong bayarkan dulu sebab member malu nak bayar. Kini manusia berubah.

Dulu pembungkusan pad dalam kotak, sekarang sudah tukar plastik. Canggih sikit. Hehe

Dulu orang lama bungkus elok-elok benda dah dipakai. Yang sekarang aku tengok banyak tinggal rata-rata. Dah basuh ke tak basuh bersepah je aku tengok. Kadang malu kaum sendiri, bangsa dan agama sama dengan aku tapi tak jaga kebersihan. Mujur tandas tu share perempuan je. Kalau unisex? Lelaki pergi mandrem baru tahu.

Dulu orang pakai tisu, kain untuk lapik. Dulu mana ada semua ni. Sekarang, kapaslah, gellah. Macam-macam dah. Tapi tak bersyukur jugak. Demand pulak. Ayat koman, siapa ada pad? Nak. Tapi aku nak gel je. Amboi. Demand betul. Orang nak bagi ambil jelah. Terdesak kan?

Kesimpula, semua dah tak sama dulu dan sekarang. Aku tak nafikan ada yang rasa malu menebal. Aku bukan nak kondem wanita. Kaum aku tu. Takkan nak cari pasal. Cuma nak korang buka mata. Fikir sama-sama. Nilah realitinya. Sekian. Selamat Malam!

Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers