ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Abang, bila abang nak masuk meminang? Abah dah bising-bising,” pertanyaan itu dibiar sepi.
Niq terkedu. Bukan dia tak nak meminang Sunah kekasih hatinya. Tapi hutang keliling pinggang membuatkan dia mengambil langkah mendiamkan diri.
Sunah geram. Dia melemparkan pandangan ke arah pantai. Sedih hatinya. Dia tak tahu bagaimana lagi yang dia perlu lakukan untuk memujuk Niq untuk hantar rombongan meminang. Umurnya kian meningkat. Abahnya Faizal sudah beri kata dua. Antara Niq atau seorang lelaki bernama Izamir. Sunah pun tak berminat dengan orang yang diperkatakan oleh abah dan maknya, Khumaera.
“Abang! Dengar tak sunah cakap apa? Abang jangan main-main lagi!” bentak Sunah. Dia terseksa memikirkan hal abah dan buah hatinya. Dia tahu Niq tak pernah menyukai abahnya. Tapi dia tetap turutkan rasa cinta melebihi kasih sayang keluarga.
“Abang tak pekak Sunah! Awak boleh diam tak?!” balas Niq. Suasana makin tegang. Niq bengang. Dia meluat bila Sunah bercerita tentang Faizal. Dia begitu yakin yang Faizal memang tak pernah sukakannya.
“Abang! Sunah benci abang!” Sunah berlari meninggalkan Niq sendirian di Pantai Remis. Sedih tak tertanggung. Tangisan mula bermaharaja. Niq kesal.
Xxxxx
“Sunah, kamu dah buat keputusan belum?” Abah memandang tepat padanya. Sunah kecut. Maknya hanya meneruskan kerjanya yang masih belum siap di meja makan.
“Sunah! Dengar tak? Kamu nak ke mana tu?” Abah menyinga. Sunah yang tadinya mahu naik ke bilik terhenti langkahnya.
“Duduk!” Abah garang. Sunah menurut sahaja.
“Kau cakap apa dengan budak selekeh tu?” Kata abah sombong.
“Sunah tak kata apa-apa lagi bah,”
“Apa? Kau ni menyusahkan aku betul!” Abah mencerun matanya.
Sunah menikus. Dia takut. Abahnya memang garang. Sunah senyap mengerling ke arah adiknya di tangga. Adiknya, Puteri terkejut.
“Abah, janganlah marah kakak. Adik takut.” Si Adik bersuara.
“Adik masuk bilik. Jangan campur urusan orang dewasa!” tegas suara abah. Puteri terus lari kerana takut.
“Sunah, kamu kena jumpa si Zamir malam ni juga. Kejap lagi dia datang jemput. Ingat jangan malukan abah!” Seperti batu menghempap badan. Sakitnya sangat terasa. Dengan payah Sunah bangun meninggalkan ruang tamu. Dan air mata mengalir.
Xxxxx
“Okey koranglah harapan aku. Aku tak nak semua ni hancur. Ingat!” kata si pemanggil. Suaranya garau.
“Okey der. Kami tahu kerja kami. Lagipun kau kan kawan kami.,” jawab Ujang si ketua. Yang lain semua tersengih memikirkan projek malam ini.
“Ujang, ingat buat elok-elok. Jangan sesiapa pun tercedera!” tegas kata si pemanggil.
Ujang tersenyum lebar. Sudah lama dia bersara dari buat kerja besar-besaran ni. Tugasnya senang. Dia dah lama tak dapat projek. Bila ada dia terus kebas. Lagi-lagi kawan minta tolong.
“Naz, Usop, Ady, Iqbal jom kita bincang plan malam ni. Member kita kesusahan. Kita kenalah tolong,” Ujang gelak besar.
“Apa plan jang?” Tanya Naz.
“Sabarlah dulu der,” sampuk Iqbal.
“Begini…” Ujang bercerita bagai nak rak. Yang lain dengar sambil ternganga. Besar projek malam ni. Masing-masing tak sabar.
Xxxxx
“Assalamualaikum, makcik pakcik,” sopan Izamir memberi salam. Namun hanya si Puteri yang ada. Puteri terus berlari memanggil kakaknya Sunah. Sunah dari tadi berkurung.
“Oh dah sampai budaknya. Maera tengok siapa datang ni,” jerit Abah Sunah.
“Sunah mana pakcik?” Izamir sudah tersenyum-senyum. Gatal rupanya. Faizal sibuk bercerita dengan Izamir, bakal menantu pilihannya. Maera di dapur membuat air untuk tetamu. Puteri turun terkedek-kedek.
“Jemput minum, mir.” Ramah Maera menyapa. Dia suka dengan Izamir namun dia tak boleh memilih bagi pihak anaknya.
Xxxxx
“Mak abah, Sunah pergi dulu,” Sunah salam keduanya. Puteri hanya tersengih-sengih. Sunah cubit pipi tembam Puteri tanda geram.
“Adoi!” Puteri jerit.
Izamir hanya tersenyum. Dalam hati ada taman. Dia bukakan pintu untuk Sunah. Sunah hanya mencebik. Benci melihat lelaki berpura baik depan keluarganya. Dia tahu Izamir memang minat dia sejak terserempak di Mall. Tapi Izamir yang dulu tak sekacak sekarang. Masing-masing hanya senyap dalam perjalanan. Tanpa mereka sedari ada yang tak kena pada pertemuan mereka kali ini.
Xxxxx
Niq mengepal-ngepal tangannya melihat adegan tadi. Benci dengan si Zamir skema. Dulu skema sekarang bekerjaya. Kereta persona. Niq? Kelisa adalah.
“Jagalah Zamir! Langkah mayat aku dulu nak rampas awek gua pulak!!!” Dia hentak stereng kereta geram.
Xxxxx
“Apa ni?” Sunah menjerit. Izamir kaku melihat Sunah dibawa lari. Dia kecut kerana ada lima orang bertopeng. Seni mempertahankan diri memang langsung tak ada bakat.
“Sunah jangan takut. Kami selamatkan kau!” Kata Ujang. Makin lama makin kuyu mata Sunah. Dan akhirnya Sunah pengsan.
Xxxxx
“Kita kena buat report polis!” Kata Faizal.
“Jangan pakcik. Nanti Sunah diapa-apakan,” Kata Izamir sunguh-sungguh. Dia menyesal kerana kecut tadi.
“Habis? Anak aku macam mana? Tak boleh harap!” Jerit Faizal.
Xxxxx
“A..aa bang. Sunah kat mana?” Tanya Sunah pelik.
“Sunah kat rumahlah. Kat mana lagi?” Niq hairan dengan buah hatinya. Dari tadi meracau. Dikerling jam di dinding. Pukul 1.
“Eh siapa culik Sunah tadi bang?” Tanya Sunah lagi.
“Culik apanya? Sunah ni. Abang dari tadi ada tidur kat sebelah ni. Tulah tidur tak ambil wuduk dulu,” Bebel Niq. Dia menggeleng. Isterinya selalu bermimpi.
“Yeke? Ingat betul tadi bang. Macam hero selamat heroinlah,” Kata Sunah.
Niq tergelak besar. Pengaruh televisyenlah ni.
THE END!
PS: Abang ben nanti saya taruk link namanya. Dah lewat nak pergi kelas. Okeh! Dah taruk. Gembira dengan komen-komen anda.
Barisan pelakon:
NIQ
SUNAH
FAIZAL (FF)
KHUMAERA MISS LIBRARIAN
UJANG
NAZ
USOP
IQBAL HAKIMI
PUTERI KATEK
SUNAH
FAIZAL (FF)
KHUMAERA MISS LIBRARIAN
UJANG
NAZ
USOP
IQBAL HAKIMI
PUTERI KATEK
Post by,
Miss Ran
18 comments:
hahhah,best3
Nice! Mimpi rupanya hehe
good luck..
Entri Terbaru:Khasiat BUDU Terbongkar
Ujang lagi...kembang-kempis lah dak sekor tu...ehiks~
Best citer ni..
Pak Ben.. kesian.. :)
New entry: Kerja oh Kerja
New entry: TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!
hahaha~ miss Ran, jalan cerita ini terbaik! :D
muahahaha... cian kat sunah
adakah aku yg dikatan "niq"?
ohhh...tidak....no!!!..
wakkakakkakaa...
@bun hek3 mekasih2
@qemaishak wah mekasih2...
@moon ujang watak sampingan je
@padlie apa yang kesian? br nk bace entry anda
@sunah haha terpikir spontan cik sunah..mahapla ye terkurg sne sini
@qaseh ala sunah nak sgt jd pelakon..bg jadi heroin lg
@niq pure2 tak tahu lak..bangge kan jd hero?
cayalah..iqbal ada jugak tu...hehe..thanks miss ran =)
best,,
sian sunah, buntu skejap..ahaha
hoho panjang gila...tahniah atas usaha..
hahahaha~ mimpi upenye... =P
Mesti penat Sunah berlakon ke hulu ke hilir kan..he he he
@iqbal anda berbakat jd plakon jahat
@mutiara agakla..cerita malas nk smbung..tu jd mmpi je
@lulu den berangan..tu terpanjang
@kak maera pinjam pelakon hehe
@sunah pemes..tu ramai nk amik jd plakon
hahaha.. tertipu... mimpi rupanya..
tak berniat nak menipu anda..idea tersekat
penuh debaran..huhu~
hehe debar pe jela
Post a Comment