CORETAN TERBARU NADH

Review SATU JAM SAJA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku lupa yang aku dah janji kat korang yang aku nak ulas tentang cerita yang aku tengok hari tu. Kesimpulan yang dapat aku buat ialah cerita itu sedih. Ada pengajaran tapi macam dah selalu sangat orang buat jalan cerita macam itu. Yalah aku kan peminat novel jadi dah biasa dengan cerita begini.

Okey, aku cerita sinopsis jelah. Perempuan tu ada dua kawan lelaki. Dia tak minat dua-dua. Tapi ditakdirkan satu malam dia dan seorang lelaki bernama Hans mencari seorang lagi kawan lelakinya tak ingat namanya. Hehe Waktu tu hujan dan mereka berduaan dalam kereta. Hans buka baju sebab sejuk. Baju basah agaknya. Tak perasan sangat. Korang tahulah kan apa jadi seterusnya kalau dah berdua begitu.

Akhirnya perempuan tu mengandung. Si Hans tak boleh terima hakikat. Dia pun melarikan diri untuk memberi ketenangan kepada dirinya. Perempuan itu kecewa dengan sikap lepas tangan Hans tu. Dia berceritalah kat kawan baik yang perempuan. Lelaki yang lagi satu tak ingat namanya. Aku bagi nama dia Adilah. Senang sikit. Adi pun sanggup peristerikan perempuan itu.

Mereka pun berkahwinlah. Hans bengang. Dia yakin anak tu anak dia. Berhari-hari si Adi jaga makan pakai perempuan itu. Perempuan tu tak pernah benarkan Adi sentuh dia. Sampailah Hans jumpa Adi. Merayu-rayu suruh Adi beritahu kat perempuan tu yang Hans nak bertanggungjawab. Tapi Adi takut isterinya marah. Dia berkias-kias sampai isterinya dapat teka yang Hans ada jumpa Adi.

Hans ada jumpa perempuan tu tapi perempuan tak nak Hans bertanggungjawab. Dia dah mula terima si Adi. Kandungan dia bermasalah. Tapi dia diamkan sampai hari nak bersalin. Anaknya tak dapat diselamatkan. Tapi Adi tak beritahu kat perempuan tu pun. Rupanya isteri dia dah nazak. Adi duduk kat tepi temankan sampai isterinya mati. Hans kecewa dan dia juga ada kat bilik hospital tu. Tamat. Sedih kan?
Post by,
Miss Ran 


No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers