ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik sini untuk cerita sebelumnya
Klik sini untuk cerita sebelumnya
Keadaan rumah sunyi. Kunci rumah masih ada padaku. Mujur saja
aku tak tinggalkan. Perlahan aku buka. Rumah kemas. Aku curiga kerana aku sudah menyepahkan sebelum keluar tadi.
“Jangan-jangan ada penceroboh?”
“Tak. Bukan penceroboh,” Suara di belakang buat aku terkejut.
“Abang buat apa kat sini?” Aku cuak. Kekuatan aku makin
memudar melihat suami sendiri di depan mata. Seakan lunyai segala perasaan
dendam melihat wajahnya.
“Aik kenapa Za tanya? Ni kan rumah abang. Mestilah abang kat
sini. Za pergi mana tadi? Dengan beg segala?”
“Pura-pura tanya pulak,” Aku jadi bengang tiba-tiba. ‘Takkan
dia tak baca nota kecil tadi?’Hati tertanya.
“Abang macam nampak Za kat pasaraya tadi. Betul ke?” Izmir
memandang aku tajam.
Hati berbolak balik. Aku jadi lemah. Aku rasa ingin ke
pelukannya dan menghamburkan rasa yang bergelodak di hati. Namun, ada suara
membantutkan rasa rindu.
“Siapa tu bang?”
“Isteri abang. Meh nak kenalkan. Za, ni adik angkat abang. Abang
membesar dengan dia sampai dia umur 5 tahun,” Aku memandang sebentar. Hati bagai
dicarik-carik. Perempuan muda inilah yang aku nampak tadi. Dialah yang
membuatkan aku merana dari pagi. Namun, isyarat suamiku untuk bersalaman aku
terpaksa patuh. Lalu aku menyalami tangan dia.
“Kalau Za nak tahu, abang paling rapat dengan dia. Sampaikan
orang ingat kitorang suami isteri. Kan Mia kan?
“Aah Kak Za. Kami memang kamceng. Balik sekolah abang bawak
mandi sungai. Lawak je abang tak reti berenang. Terpaksa panggil orang tolong
sebab abang Mir lemas,” Keduanya ketawa. Hati aku mendidih serta merta. Perempuan
ini hanyalah adik angkat. Tapi rapat sangat. Aku diasak cemburu.
“Tak apalah, korang boraklah dulu. Akak nak naik mandi. Penat
kerja dari pagi tadi,” Sinis suaraku. Aku menaiki tangga tanpa menghiraukan
jelingan Izmir. Aku tahu dia marah dengan sikapku yang sebegitu.
Xxxxx
Ketukan pintu bertalu-talu membuatkan aku rimas. Kamar kami
terganggu seketika. Lantas aku bangun membuka pintu. Seperti yang dijangka
Izmir datang. Mukanya tegang. Aku tahu perbualan kami belum tamat. Aku buat
muka selamba. Terus lompat ke katil semula.
“Kenapa ni?”
“Abang jangan tanya benda yang abang dah tahu boleh tak?”
Aku membentak.
“Apa yang abang dah tahu? Pagi tadi kat pasaraya. Itu Za
kan? Kenapa abang panggil tak menyahut? Abang balik tengok rumah bersepah. Kenapa?
Za marah kat abang ke?” Aku diam.
“Jawab Za!” Izmir betul-betul dihadapan aku. Aku gerun pula.
Nafas ditarik sedalamnya.
“Ya, memang Za ada. Nampak kemesraan adik dan abang kononnya
tu,” Sinis aku menjawab.
“Apa masalahnya? Itu adik abang. Bukan orang lain. Don’t
tell me Za jealous dengan Mia?” Sengihan Izmir membuatkan aku lebih geram.
“Apa? Tak kuasa nak cemburu. Abang nak peluk ke cium dia pun
silakan. Za lagi suka,” Aku melawan.
“Jangan cabar abang Za,” Kata-kata dia langsung tak aku
endahkan. Terus lelaki itu keluar. Aku diam. Benarkah mereka ada hubungan
istimewa? Aku curiga. Lantas aku perlahan mengintai ke bawah.
“Abang, awal turun. Tadi kata nak mandi?”
“Tak jadi. Kak Za tu menyanyi dalam bilik air. Alamatnya esok
baru sudah,” Keduanya ketawa. Aku geram.
‘Berani kutuk isteri sendiri?’ monolog hati.
“Abang isteri abang cemburu ke kita berdua rapat macam ni?”
Suara Mia manja. Aku makin geram.
“Biarkan dia cemburu. Dia tu cold hearted. Mana nak rasa
apa. Dahlah jom kita makan dulu. Tunggu dia boleh kebulur abang,” Mia ketawa
lembut. Aku dengar mereka berborak lagi. Lagi dan lagi. Api cemburu makin
menjadi-jadi. Lantas aku turun juga.
“Eh kak. Dah mandi? Meh makan sama. Nak Mia sendukkan nasi?”
Aku nampak Izmir sikitpun tak kisah.
“Tak apa. Akak boleh buat sendiri. Mia tu tempat duduk akak,”
Sengaja aku tegur. Mia segera bangun namun Izmir menghalang. Pergelangan tangan
Mia digenggam erat. Mata aku tak salah lihat. Sewenangnya mereka membuat drama.
Namun, aku gagahi jua.
“Tapi akak punya tempat. Mia boleh makan sebelah sini,” Mia
bersuara lembut. Aku menjadi semakin menyampah.
“Dahlah Mia. Makan jelah. Perut akak masuk angin pulak kalau
asyik berebut kerusi,”
Semua kembali senyap. Aku makan ala kadar. Sengaja membiarkan
pinggan tak basuh. Kejam tak kejam. Aku tak suka berkongsi suami. Aku nak Izmir
pilih antara dua malam ni juga.
Xxxxx
Kanak-kanak berlari mengejar antara satu sama lain. Aku tersenyum
melihat keletah mereka. Sayang sekali itu bukan anak aku. Ya, mana mungkin aku
ada anak. Peristiwa lama mengimbau diri aku kepada segala kepahitan dulu.
“Eh termenung kenapa ni?” Izmir menegur. Tangan aku dipegang
erat. Dia seakan memahami. Aku bersyukur mempunyai suami sepertinya.
“Tak ada apa bang. Seronok tengok budak-budak ni main,”
“Janganlah sedih sayang. Kita usaha lagi okey?”
“Kalaulah malam tu Za tak bergaduh dengan abang. Semua ni
takkan jadi. Maafkan Za, bang. Za tak tahupun yang Mia tu anak kepada mak
susuan abang,”
Mata aku mula berkaca. Keegoan akhirnya memakan diri sendiri.
Aku memaksa Izmir memilih antara aku dan Mia. Izmir tercabar dengan kelantangan
suara aku. Dia memilih Mia untuk menyakiti hatiku. Aku keluar dari rumah
tergesa-gesa. Akhirnya aku kemalangan. Kesan kemalangan yang masih ada. Kesannya
sungguh parah hingga membuatkan aku menyesal tak sudah.
“Hei, kenapa nangis ni? Semua dah ditakdirkan sayang. Kalau tak
sebab kemalangan tu kita akan bercerai. Sayang nak ke? Pasal anak tu rezeki
pasti akan ada kalau kita rajin berusaha dan bertawakal kepada Allah,” Aku menangis.
Suamiku dipeluk erat. Erat seakan tak mahu dilepaskan. Cinta
memerlukan pengorbanan. Aku tak sanggup mengorbankan ego aku akhirnya
mengorbankan satu nyawa berharga. Ya, anak aku mati. Aku keguguran saat
kemalangan. Aku tahu anak itu pasti tak mahu ibu seperti aku dan kerana itulah
dia memilih untuk ke alam lain. Aku redha.
“Abang akan tetap sayang Za sampai bila-bila. Abang tak
pernah salahkan Za sebab anak kita tu. Walaupun kita kahwin bukan atas dasar
cinta, tapi kita berjaya pupuk dan semai rasa cinta tanpa kita sedar. Abang cintakan
isteri abang satu-satunya. Jangan cemburu lagi sayang. Abang tak sanggup
kehilangan buat kali kedua,”
Aku menangis bahagia. Pelukan takkan pernah terlerai umpama
kisah cinta kami berdua yang takkan berakhir. Aku akan jaga hubungan ini
sebaiknya. Aku janji.
TAMAT!!!
Nota Iffah: Aku berjaya tamatkan cerita ni. Tak ada sad ending sebab tak reti. Apa-apapun aku minta maaf sebab memang tak boleh nak penuhi permintaan dan kepuasan hati semua orang. Aku buat sekadar yang mampu je.
Ps: Slot akhir untuk siri dia. Lepas ni dah tak ada kisah dia. Tak payah berteka teki lagi. Kesian korang dah bosan kan? Korang ucap selamat tinggal okey?
26 comments:
huwaaaaaaaaaaaa
sy harap sy dapat "lelaki: ini :)
beshhhh!
aww..dh abis dh dia?sape2?kekeke
p.s: lamenye tak menaip komeng2 die Buta+pekak+bisu=CINTA
uhuhuhu..
rindu2 =)
huhu..kenapa kp aik angkat tak ckp adik susuan..klu tak semua takkan berlaku.tp..mana blh ckp 'kalau'.semuanya ada hikmah disebaliknya.
wahhh yu..
baru nak feeling. alik2 da ending..huhu..
nape nak ucap selamat tinggal lak?? dia nak ilang kemana.. hehehe
Izmir dan Mia kira muhrimlah kan sebab ibu sesusuan :)tak boleh kawin hehe.. best la memula tu aku pon terjiwa- geram dgn gelagat Mia n izmir :)
suka sebab 'Za' tunjukkan rasa cemburunya. part itu aku paling suka! watak mesti ada jahat sikit baru real- kan namanya manusia hehehe..
Iffah, kau dah buktikan aku silap. jln cerita ni tak ku jangka. namanya pun cerpen jadi kisahnya pendek.. kalaulah ia cerpang.. mesti best sebab boleh baca dgn lebih detail masa pertengkaran Izmir dan 'aku'. mesti geram masa Izmir pilih Mia. Mesti menusuk perasaan bila 'aku' dpt tahu janinnya telah tiada..
* oh.. panjang lagi. Ampun..
Haha..jln cite bez..kreatif..prmainan bhs okay,snang difahami..tp pitching lari..kalo boleh intonasi tu pbaiki lagi..lontarkan suara..part tinggi tu kena kontrol ckit..sumbang..okay sy harap minggu dpn awk ada kt sini lg..eh eh tersalah komen lak..
Lariiiiiiiiii....
ahahah..komen ezad amir lawak..lah...
kemana si dia menghilang..
eh..
Hahaha..lucu org atas ni (ija)
amboi.... bestnya. akak baca mula jap...
ps: bahagia aja rasa berkahwin lepas nikah
ooooh. komen akak ada tak ni? akak nak gi baca 1 jap... best.
err..errr.. kelu bace. nasib i dah stat follow cite u.kihkih
* baru perasan r ada 'dia' :)
Hihihi. Ini kn kekuatan yu. Ending yg suwwittttt. ;)
jangan cemburu tak tentu pasal. itu yang aku belajar dari cerita ni.
selamat tinggal dia!!
ending dia tak seperti diharapkan.. huuuu..
takpe.. at least Za dengan Izmir.. hehe
BEST! Hehe... Eza suka sangat ending dia. Hope dorang akan dapat anak nanti.. waa, terkesan kat hati.
sebak saya bacerita ni, sis..;'(
walaupun cerita ni bukan sad ending tapi sedih.
adakah kegoan ini sememangnya akan memakan diri? -_-'
lawak betul komen ezad tu...ehhe
#kekadang manusia ni ego tinggi,tak nak mengalah..bila dah terkena baru tahu erti menyesal..ehehee
#kan bagus kalau buat satu novel..kreatif ni^^
arghhh...adik angkat tak angkat!kalau da rpat semacam,aku yang hero malaya ni pon jeles!*emo*
bila za cemburu itu membuktikan yang izmir ada dlm hati die... sweeeetttt akak suka... :D
weh weh best2, kita ade buat cerpen gak tp kat blog lain huahuahua...asyik buat sad ending je, jap nak buat happy ending plak, tak biasa....huhuhuhu
yg ni lbh ok dan jlas.... i ske
bosan jugak dengan dia... #eh
salah salah...komen cerpen sepatutnya...hurmmm..best best... *air mata macam nak tak nak bergenang, then masuk balik*
waaaaa best2!!! sukeeee okeh! :D
err nape ngan si dia??erkk! kbai
nice iffah.. erk.. aku guna id warna kaseh ker? MB
igtkn mia tu awek dia..adik pun, geram gak kalo dah manja2 ngan laki sndri haha..izmir tu jenis ego jugak..dah tau za jeles, lg diapikan org tu
Hi, its nice article concerning media print, we all
be aware of media is a enormous source of facts.
My web blog ... softman1a.ru
My site :: Jquery.Kr
cemburu & perempuan tak kn dapat disahkan ~ mmmmm
Post a Comment