ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit
untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan...kamu...
Sayangku jangan persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu...
Lagu itu terngiang-ngiang di awangan. Entah mengapa seperti
berhantu. Haziqah mengeluh. Risau hingga saat ini dia masih belum mempunyai
calon. Umurnya kini mencecah 24 tahun. Dahulu dia sendiri berkobar mengatakan
yang dia ingin menamatkan zaman bujangnya pada usia 24 tahun. Tapi sehingga
kini Mr Rightnya belum juga dia temui.
xxxxx
"Jauh menung kak?" Qie menegur. Aqiel memang jauh
panggang dari api perangainya dengan kakak seorang. Lembut kadang kalah
perempuan. Tapi taklah bermakna dia sotong.
“Tak adalah. Jiwa masih kat sini,”
“Eleh ayat nak bombastik. Ni ada call tadi. Officemate akak suruh
masuk kerja esok. Ada bos baru masuk katanya,” Haziqah mengeluh.
“Awat?” Musykil Qie melihat perubahan sikap kakaknya.
“Akak kenal malas nak datang. Bos tu sangat-sangat akak kenal. Aish
kenapalah dunia ni kecik sangat hah Qie?”
“Amboi. Ni mesti skandal kan? Cepat bagitau siapa? Adakah…” Aqiel
sengih-sengih. Haziqah sudah menjegilkan matanya. Dia tahu sangat adik dia
tahu. Tahu tentang kisah silamnya itu. Mustahil dia punya semangat memandang
lelaki yang pernah menggetar jiwa satu tika dulu.
“Macam mana Qie? Akak kena buat apa?” Aqiel hanya mengangkat bahu
dan berlalu pergi.
“Tak guna punya adik!” Jeritnya perlahan.
Xxxxx
Suasana di pejabat kecoh. Maklum sajalah bos baru masuk. Lelaki muda
pulak tu. Yang dara menggedik. Yang janda berhias bagai nak rak. Masalahnya yang
berstatus isteripun tak kurang hebatnya. Haziqah mencebik. Dia seorang yang
berpakaian kasual. Malas nak beria. Dia tahu lelaki itu sengaja memilih kerja
sebumbung dengannya. Kata-kata lelaki itu suatu ketika dulu telah dia kotakan.
‘Bajet aku nak terharu’ Haziqah bermonolog.
“Assalamualaikum,”
Bala sudah datang. Haziqah menyengih. Dia malas melayan. Segera dia
mengangkat dulang berisi gelas kosong ke pantri. Cukuplah kisah lama ditutup
dalam buku. Dia tak mahu jadi bahan gosip.
“Hai takkan lama tak jumpa respon dingin macam ni? Haziqah Nur
binti Saiful?” Idlan Farhan menanti di pintu.
“Apa lagi kau nak? Sibuk jelah. Kau kenapa nak kerja sama tempat
dengan aku?”
“Wah sebab tu kau mengelak dari aku. Kau tak suka aku jadi bos kau
ye?”
“Aah memang tak suka. Buat pengetahuan kau, kat KL ni melambak
pejabat yang memerlukan pemimpin macam kau. Sibuk je,” Haziqah mara ke depan. Namun,
terhalang.
“Memang banyak. Dengan kelayakan aku ni memang berebut orang
nakkan aku. Tawar macam-macam. Siap nak bagi pakej isteri lagi. Tapi aku datang
sini sebab kau,” Berdegup laju jantung Haziqah mendengarnya. ‘Sebab aku?’
Haziqah memandang Idlan meminta penjelasan.
“Sebab janji aku dulu. Kau ingat tak?” Haziqah diam. Dia ingat
sangat. Sebab janji itulah dia menyimpan perasaan bertahun lamanya. Tanpa Idlan
Farhan mengetahuinya.
“Kau takkan tak ingat kot. Aku ingat lagi aku kata kalau aku dah
bekerja nanti aku nak kerja di tempat sama dengan kau Iqa. Kat bumbung yang
sama. Aku nak sentiasa dekat dengan kau dan masa tu akan aku nikah dengan…”
Kata-katanya dipintas laju.
“Cukup! Itukan kisah dulu. Masa tak maing-masing tak matang. Tak sangka
kau serius. Aku tak sukalah kau kerja kat sini. Yang dulu, dulu punya
ceritalah,” Haziqah menutup rasa. Debar makin memuncak. Peluh dingin menghiasa
wajah. Segera dipalingkan wajah gementar. Bimbang dia ketahuan.
“Kau benci dengan aku ke Iqa? Aku buat semua ni sebab aku nak
kotakan kata-kata aku dulu,” Nada kecewa. Haziqah menggigit bibir diam tak
terkata.
“Bos buat apa kat sini? Jom potong kek,” Kak Wan sudah datang. Haziqah
terasa lega yang amat.
Xxxxx
Hati ini bukan milikku lagi. seribu tahun pun akan ku nantikan
kamu…
Haziqah dilema. Cinta usia remaja seolah tak boleh dipercayai. Namun,
niat mengakhiri zaman bujang pada umur 24 jelas perlu dilaksanakan. Dia tersepit
antara matlamat dan cinta.
“Patutke aku kahwin je dengan Lan dan matlamat aku pun tercapai?”
Haziqah berkira-kira. Janji Idlan membuatkan dia terus bertahan
hingga hari ini. Dia tak berniat mencari lelaki lain walaupun matlamatnya sudah
menghampiri. Dia keliru dengan perasaan sendiri. sama ada dia benar cintakan
Idlan atau itu hanya janji semata. Dia buntu. Wajarkah dia kahwin tanpa pasti
siapa di hatinya? Yang pasti janji yang dulu benar-benar mengikatnya hingga
kini. Janji Idlan menikah dengannya. Hanya dengan Haziqah seorang!
Xxxxx
Suasana office kecoh. Idlan bawa seorang gadis kampung. Haziqah
yang baru sampai pun terkejut. Tak sangka Idlan ada kekasih hati.
“Iqa, kau kan kawan lama bos. Takkan tak tahu apapun pasal
bos? Adik dia ke awek dia ke?” Kak Za menyucuk. Haziqah menggeleng. Dia malas
ambil port sebenarnya. Hatinya bagai disambar api marah. Takut terbakar lagi
jika mendekatkan dengan limpahan minyak. Dia diam terus ke bilik air.
“Aku dengar Iqa dengan bos ada apa-apa dulu. Tu Iqa diam je
bila bos bawak masuk perempuan lain. Cemburulah tu,”
“Aah comel sangat budak tu. Melayu habislah. Iqa tu bukan
tak cantik tapi baju kalah lelaki. Malas nak pakai vogue macam kita. Bibir mana
nak bertopeng. Macam hantu je tiap hari. Kalau aku jadi bos aku pun lari beb,”
“Eh kau orang ni mengata orang hantu pulak. Iqa tu cantik
semula jadi. Tak payah nak make up pun tetap cantik,” Kak Wan datang backup.
Haziqah yang makin membara di dalam tandas segera sejuk. Umpama api bertukar
aiskrim. Sejuk je. Mujur dia tak salah pilih kawan.
‘Sayang Kak Wan!’ bisik hatinya.
Xxxxx
Haziqah menyusun file di rak Idlan. Sengaja dia masuk ke
bilik bosnya itu. Hatiya membuak ingin tahu. Tapi ego menghalang. Akhirnya, dia
ada di situ menyusun file tak henti-henti. Batang hidung lelaki tu tak juga
kelihatan. Alih-alih dia yang kepenatan setelah mengemas seluruh pejabat. Mata pun
layu. Otak inginkan rehat. Tubuh sudah tak mampu bekerjasama dan dia terlelap.
Xxxxx
“Tak apa. Biarkan air di situ. Oh ya, jangan ganggu dia,”
Haziqah terpisat mendengar suara yang tak asing lagi.
“Eh kau kenapa ada kat sini?” Matanya digosok berkali-kali.
“Sebab kita dah kahwin sayang,”
“Tipulah. Kau ni. Mana kau pergi penat aku tunggu tau,”
“Sayang tunggu abang kenapa? Rindu eh?”
“Apa kau ni? Apa berabang dengan aku? Gelilah,” Haziqah
memandang sekeliling. Rumah. Bukan pejabat. Tapi kenapa?
“Kenapa aku ada kat rumah ni? Ni rumah siapa? Eh kau bawak
aku balik rumah kau kenapa?” Haziqah masih blur.
“Sayang, ini rumah kita. Ni bilik kita. Ni suami awak. Kita dah
kahwin lima tahun dah. Sekarang umur awak 29 tahun. Awak accident, lepas tu
awak lost memory jangka pendek. Jadi awak ingat sebelum kita kahwin je. Tak apa,
tiap kali sayang lupa abang ingatkan. Okey sayang jom makan pagi. Sambil tu
abang tunjuk gambar kahwin kita ye?”
Penuh sabar Idlan menerangkan satu
persatu. Bukan sekali bukan dua atau tiga. Bahkan setiap kali isterinya terjaga
dari tidur. Ingatannya lemah. Gegaran di kepala satu ketika dulu benar-benar
memberi impak kepada kedua pasangan tersebut.
"Habis siapa perempuan kampung tu? Kawan kau ke?" Idlan tersenyum mengenangkan kisah dulu. Haziqah cemburu rupanya. Disebabkan peristiwa adik sepupunya datang dia segera melamar Haziqah. Mujur dipermudahkan majlisnya. Idlan Farhan tersenyum. Haziqah di sebelahnya masih blur.
“Sayang walau beribu kali pun sayang tak ingat suami sayang,
percayalah sudah terukir di bintang tak mungkin hilang cinta abang padamu wahai
Haziqah Nur. Cepat sembuh ye sayang!” Idlan memegang erat tangan Haziqah.
Dikucup lembut. Hatinya tak berhenti berharap. Moga cinta mereka akan kekal
hingga ke syurga walau begini pengakhirannya.
Tamat~~~
Nota Iffah: Sekadar mengubat kerinduan untuk mengarang.
24 comments:
wah wah wah.. dia kait skali bab tadi kat pesbuk tu. ehhe. jiran ai sgt creative. ai adore yu. :D
sangat la swweet cita ni eheheh .:D
hehe terniang2 lagu yuna :)
waaa... sweet gila... waaaa... speechless.. heheheh
banyaknye idea buat cerita :)
hye hye :)
cinta matlamatnya siapa? manusia? jika manusia kita dapat manusia, jika Allah kita dapat kedua-duanya. Cukup dengan percaya berserah pada Allah yang berkuasa akan jodoh, sudah meletakkan matlamat cinta pada Allah..
nice story! :)
alolorh suwitnye!!!
sweet..suami penyanyang..wahh..
wah sweet gila... walaupun klisenya adalah hilang ingatan. tetapi mantap, sebab jalan ceritanya penuh warna warni yg semulajadi... aduhhhhhhhhhh.... tak mengarangpun hebat juga....
pemes betul lagu yuna yg ni..oh kawin jugak rupanya..kesian idlan tiap masa kena bg wife dia igt balik but suwit la ;)
Amboi..kemain sweet...tp aq terperasan something dri cerpen2 ko yg pnh aq bce..
Nak sama tp berbeza..
O.o''
pemende ya?hihi..msti ada 3 org.heroin mesti jeles dgn pompuan satu lg.last2 pompuan satu lg mesti ada ikatan psaudaraan dgn si hero..
Ekeekekek..lariiiiiiiii
demm!sweet woii!!!
alahaiiiii.....^^
abis,kalau lupa asik nak kena ingatkan semula ni..ehehhee tapi best,cayalah..
slmt mlm..
hilang ingatan upe nye..
teringt cter ape tu kt tv3.. urmm
lupe lak tajuk cter tu..haish!
best.tspi tetiber je dai kt office masuk dalam rumah.nape x citer scene pasal accident tuh
x sedap langsung.x pandai buat cerita erk.baek x pyh la.belaja dl buat karangan.
eh.. kejamnya ayat si Anon tu!!
citer ni buat aku teringat citer omputih '50th date' kalau x silap aku. nangis gila aku tgk citer tu
* nanti aku smbung 'Dan sebenarnya' jadi tenaga dulu hehehe..
ERR...SAPE ANON NI? =.=
YU, NI KAN HILANG INGATAN TU IDEA I UNTUK ADP!!! MANA BOLEHHHH LETAK SINI..AHAHAHHA
kalau macam tu isteri tiap pagi lupe suami.. susah gak hidup tu.. nasib baik si iqa tu leh time.. kalau tak haru.. ape pun cerpen yang menarik! cume time bile accident, cane leh accident yang tak bape detaill.. misteri kat situ
sweetnye...tp btol kta ezad, mcm ada nk sama dgn cerpen sblm ni...
good... ada byk imprivemnt... i suka... ayt u skrg da bgs...detail... mgkin xlme lg u pon blh bt novel cm i.... tls ckt2.. lme2 blh jd 1 buku..all the bst k....
auwwww suwitnye... sabar betol hubby die layan, demi org tersayang kan?
abaikan je anon tue...
saya suka sangat-sangat.
-dia-
Post a Comment