CORETAN TERBARU NADH

Semua pakat nak lepas tangan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak faham sikap segelintir ibu bapa. Dah nak dekat sebulan aku perhatikan. Anak-anak terbiar di kawasan sekolah. Murid prasekolah dilepaskan jam 12. Masalahnya mak ayah tak nak jemput awal. Dengan alasan tunggu anak lain yang tahap 1 dan 2.

Waktu habis kelas anak lain kadang sampai pukul 2. Dua jam budak-budak berlari keliling sekolah. Ganggu pengajaran dan pembelajaran abang-abang dan kakak-kakak. Bila si penjaga datang nak jemput, sejam mencari anaknya. Tak jumpa. Entah mana dia menyorok.

Lama dibiarkan budak kecil berkeliaran. Pernah ada persoalkan kenapa tak kurung je bebudak ni kat premis prasekolah. Jawapan cikgu, tanggungjawab guru sampai 12 sahaja. Kalau semua nak jadikan prasekolah tempat asuhan kanak-kanak. Lama dah kitorang jadi pengasuh pulak.

Bukan apa, bila dah selesa macam ni. Semua pakat lepas tangan. Sekolah selamat kononnya. Tapi kalau dah anak dia ke hulu hilir. Panjat sana sini. Lari ke mana-mana. Kalau terlanggar kereta ke, siapa nak jawab? Kena culik lagi. Cikgu-cikgu bukan penjaga 24 jam. Kalau dah terhantuk baru nak tergadah orang jenis macam ni.

Ada anak jagalah baik-baik. Orang lain punyalah usaha nak anak. Kau ada anak biarkan je. Mentanglah prasekolah tak payah bayar. Makan tanggung. Kau selesa je. Inilah orang yang terlalu mengharap belas orang lain. Semua nak harap orang. Sendiri punya anak orang lain yang tolong risaukan keselamatannya. Geram!

21 comments:

Eera Shera said...

x risau ke kat anak tu. mcm abah, awal2 lg dah tggu kt depan pagar

najwa nano said...

najwa experience benda ni since prasekolah lagi sebab parents sibuk giler.parents cikgu,jadi balik pukul 2 3.sampaila najwa besar tetap kena tunggu lama2.tapi kan ada satu hikmah yang najwa dapat dari semua yang berlaku ni,najwa jadi orang yang penyabar.sentiasa sabar.

Unknown said...

awak ni cikgu eh

Dayang Deno said...

tu la pasal.. kalau anak tu hilang ke apa ke.. baru duk nak menangih... ibu bapak skrg nie utama keje je lebih... anak dah lupe dah... deno yg dah besar nie pun abah amik awal balik kelas... :)

saya cello191 said...

cikgu dh naik angin dh..hehe..

mak bapak pk cikgu keja die jaga anak diorang kot..^^

Unknown said...

kan hilang nanti buek susoh je

Nong Andy said...

alamak iffah dah hanggin! :)

memang tak patut!! nanti kalau ada apa2 jadi kat anak? kan byk kes culik sekarang. Sedang anak dlm rumah pun boleh kena culik, apa lagi kalau takat berkeliaran dlm kawasan sekolah. kecik pula tu..

mcm mana nak bagi kesedaran kat mereka ye iffah? rasa mcm nak ckp face to face jer kat ibu bapa yg buat mcm tu kan anak2 derang.

Unknown said...

mungkin diorng x nk trlibat dalam jam.. sikap pentingkn diri sendiri..

Naniey TJ said...

mak ayh sekrg hrpkan guard plk jd diorg pnye nanny

Ce'gu JAERA said...

ya betul tu.. sama macam kes d sekolah saya.. anak prasekolah yang pulang awal tak d jemput awal oleh family mereka..

sudahnya pernah sekali ibu bapa dtg mengamuk menyalahkan guru kerana tidak menjaga anak2 mereka sehingga mereka dtg menjemput.. kesian pla

.........cP~ said...

Boleh jadi peluang perniagaan ni. Adakan nursery untuk jaga anak-anak prasekolah sementara tunggu mak ayah ambik sama dengan abang-abang.

Sekarang ni, sibuk sentiasa jadi alasan.

Unknown said...

bila anak memberontak ke hape tuding jari dekat org lain...

Elly Jade said...

skola akk smp kul 1 sbb kul 1 tu ppm rehat.so tpaksa lepaskn dorg...tu la,mmg ramai mak ayah x sedar bnda ni.sume harapkn cikgu dan skola.hmmm

Mieza said...

Assalamualaikum Iffah,

Begitulah... ibu bapa nak kena diingatkan selalu, we may take things/the teachers (in this case) for granted sometimes...Semoga Iffah sabar ye dan mendoakan Allah sentiasa merahmati semua insan yang bergelar pendidik:)

Cik Pulau said...

tapi kekadang tu parents ada hal yg xdapat dielakkan..so dia lambat sikit jemput anak..
tu kalau yg ada hal la.. kalau yg lepas tangan tu ai taktau la...

Kira Sakura said...

bila terlupa cuba ingt balik anak tue kan amanah Allah..

sanggup ke ingkar amanah Allah? hurm semoga parents budak2 nie lebih allert

Hafizin Jamil said...

dia nak suh anak dia berdikari la tu..biar pandai jaga diri

[sutera kasih] said...

itula kan..skrg ni mostly lepas tgn kt cikgu 100% huhu

reenapple said...

hurm... sesetengah ibu bapa memang bersikap macam tu...
tengoklah sekarang, bila anak kena pukul sikit, dah report polis... ish...

tugas guru mencabar juga.. semoga tabah.. =)

*aku tak tahu kebenda aku komen, otak blur hari ini,.=.=

Mishter Izwän said...

sudah terhantuk baru terngadah,
nyesal dahulu pendapatan
nyesal kemudian tidak berguna . .

kalau da terjadi yg tidak dingini kat anak2 mereka. baru lah nk nyesal

hanaahmad said...

lepas tangan. mungkin dia fikir, sekolah selamat segalanya. moga saya tidak begitu jika berpeluang nanti.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers