ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku sendirian di sini mencari ketenangan |
Petang itu aku berjalan di persisiran pantai seorang diri.
Kenapa? Mungkin aku bosan. Bosan dengan semua masalah yang menyerabutkan kepala
aku. Jadi haruslah aku mencari ketenangan. Tadi aku main keluar tanpa beritahu
mak. Mungkin mereka sedang cari aku. Ah pedulikan.
Semua benda mereka tentukan. Kadang-kadang aku rasa macam
anak kecil. I'm 23 years old now. Tapi mereka takkan pernah faham isi hati aku.
Aku bukan suka memberontak. Kalau aku berani seperti kakakku sudah tentu aku
akan bahagia sekarang. Aku tak puas hati kenapa family orang lain tak peduli
sangat bahkan yang tak peduli langsung pun ada. Aku rimas. Dikongkong. Disoal
macam polis pencen tak ada kerja. Entah!
Aku ingin sekali
mahu ikut jejak kakak aku yang dah
bahagia dengan pilihan hatinya. Namun aku tak kuat. Malah siapa yang mahu
membawa aku lari dari realiti yang menyedihkan? Belum juga ku temui lelaki
seperti itu. Kusut!
“Abang Faizal.” Tanpa sedari nama itu terkeluar dari bibir
nipisku. Dialah yang membahagiakan kakak aku ketika ini. Sudah lama tak
bertemu mereka. Last call, dah berbulan-bulan lamanya. Khabar kakak aku, Maria sedang
mengandung. Aku terlalu sibuk dengan tugasan di universiti hingga terlupa yang
aku ada kakak.
Mungkin dia telah jauh dibuang keluarga. Ya, siapa nak
anaknya kahwin lari. Mak ayah aku dah terus halau dan tak mengaku anak. Kakak
aku yang sangat berani. Tinggalkan harta, keluarga kerana cinta. Ringtone
lagu L.O.V.E milikku berbunyi.
‘Ah pasti mak yang telefon,’
Angin menderu menampar-nampar mukaku. Seolah menyuruh aku
mengangkat telefonku yang sedang terjerit-jerit. Aku bingit. Dan aku putuskan
untuk membiarkan saja. Aku ingin menikmati saja lagu itu. Lagu lama namun
rohnya seakan baru. Roh sentiasa segar. Membuatkan fikiranku melayang-layang
mencari di balik makna lagu itu sendiri.
Xxxxx
Muka si ayah ketat. Mereka
sedang menunggu kepulangan aku. Aku mengambil tempat dan memandang semua. Ayah
mendengus. Emak pula menikus saja. Aku tahu salah aku. Namun, aku perlu ruang
sendiri. Untuk merasakan bebas seketika dari kongkongan dalam sangkar emas.
Kadang kala aku terasa seperti burung yang terperangkap cuma di dalam sangkar.
Ingin saja aku katakan kepada mereka aku ingin bebas. Namun, kudratku tiada.
“Seronok keluar? Jantan
mana pulak angkut kau?” Berdesing telingaku dengan tohmahan itu. Ayah terlalu
berfikiran negatif. Semua gara-gara kakakku yang melarikan diri. Yang jadi
mangsanya aku. Namun aku tak pernah salahkan kakak kerana aku sentiasa
bersyukur kerana salah seorang dari kami berjaya lari dari cengkaman biarpun
aku yang tertinggal di sini. Sangkar kononnya emas, namun menyakitkan dalam
segala segi. Perih. Letih duduk di rumah sendiri.
“Aku tanya jawablah!”
Tangan ayah sudah dihayunkan. Pap! Terasa sakitnya. Pedih pipiku seketika.
Darah pekat mengalir di hujung bibir. Senyuman sinis aku hadiahkan. Itu kasih
seorang ayah?
“Kau senyum? Kau ni
memang tak guna!” Tamparan kali kedua mengenai wajahku lagi. Air mata pantas ku
seka. Ibu cuma membatu di situ. Aku puas dengan sikap ayahku. Inilah ayah aku
yang tak pernah faham apa ertinya kasih sayang. Yang dia tahu taburkan duit dan
kami kena menurut perintah. Kalau tidak papa kedana. Ugutannya sentiasa
menghantui aku. Hingga kini aku tetap takut untuk keluar dari cengkaman. Tiada
keberanian langsung untuk keluar.
“Kau memang anak tak
guna. Kau nak jadi macam perempuan sial tu ke?” Ayah menengking.
“Ya, kalau boleh yah.
Kalau boleh Mal nak jadi macam Kak Maria,” Aku luahkan juga. Ayah menyinga
kembali. Entah apa yang ayah katakan aku lupa. Yang aku tahu sakit perit
diterajang bapa sendiri. Itu normal. Yang lebih menyedihkan mak hanya mampu
melihat dengan tangisan. Aku benci itu!
Xxxxx
Kisah lalu memang
menyakitkan untuk diingati. Walau ia berlalu meninggalkan aku. Kesannya tetap
ada. Aku dipaksa kahwin. Pilihan keluarga. Ya, memang mereka tak mahu lagi
menjaga aku. Kata ayah, aku ibarat sundal. Lebih baik dia lepaskan aku. Biar
suami aku ajar aku jadi perempuan. Bukan betina. Itu katanya. Takdir Allah
bukanlah sebaik mereka rancang. Aku juga tak berniat menjadi anak derhaka. Jika
itu pilihannya, aku terpaksa demi bebas dari seksaan fizikal dan mental sejak
kecil lagi.
“Hai menung apa lagi
tu?” Suami aku menyapa dari belakang. Di tangannya penuh beg. Kami mahu bercuti.
Erti kata lainnya pergi berbulan madu.
“Tak ada apa. Tiba-tiba
teringat cerita dulu,” Suamiku Qhalif senyum memandang aku. Dia tahu apa yang
aku fikirkan. Aku tahu dia sangat memahami. Allah turunkan ujian besar buat
aku. Dialah lelaki yang menjadi tunggak utama cerita aku jika ceritaku ialah
novel. Dialah penyelamat aku. Aku hargai segala yang dia lakukan untuk aku.
“Dah sayang. Kita
lambat pulak nanti,” Ujarnya. Bahu aku terasa disentuh. Pantas saja aku
menghadiahkan senyuman manis buatnya. Aku mendongak sedikit merenung wajahnya.
“Abang, sebenarnya kita
tak pergi pun tak apa. Susahkan je nak kena jalan jauh macam ni,” Aku mulakan
bicara. Bukan apa, kedah jauh. Jauh dari tempat kami. Muar, Johor. Selatan ke
Utara pula.
“Hish ada pulak kata
macam tu Lia. Dengar sini, kita kena pergi. Inikan honeymoon kita,” Sengihan
nakal buat aku tersipu. Sempat lagi menyakatku.
“Tapi jauh. Kita boleh
pergi yang dekat je kan?” Aku cuba memujuk. Bukan apa, aku benar-benar pelik
kenapa sampai ke Kedah suaminya ajak. Bukan ke Pulau Langkawi masalahnya.
“Kenapa kedah? Lia okey
je dekat-dekat sini je,” Soalku lagi. Qhalif tersenyum. Senyumannya memang
menawan.
Banglo umpama sangkar emas bagiku |
Masih aku ingati, senyuman inilah membuatkan aku selamat dari si suami
durjana. Aku dipaksa kahwin dengan lelaki tak guna. Anak orang kaya. Tapi
papanya saja yang kaya. Bukan dia. Aku terseksa di banglo mewah itu. Lelaki
bergelar suami meneguk air syaitan. Keluar masuk dengan perempuan liar sesuka
hati. Aku tak mampu bertahan lagi.
Pada masa tu aku mula
terasa ingin membunuh diri agar segala penderitaan lenyap dari sisi. Inilah
nasib aku. Selamat dari mulut harimau, terus dingap buaya. Tragis bukan kisah
hidup aku? Tapi berkat semangat dan senyuman yang Qhalif lemparkan aku
terpanggil untuk memulakan hidup kembali. Suami tak guna telah pun aku
tinggalkan dengan meminta fasakh. Qhalif uruskan semua. Aku sangat berterima
kasih kepadanya.
Xxxxx
Aku dan Qhalif sampai juga ke sini |
“Malia, abang tahu
tempat ni sangat bermakna buat Lia. Sebab tu abang cuba juga dapatkan cuti. Dan
inilah tempat berbulan madu kita. Arwah atuk Lia mesti seronok kat atas sana,”
Qhalif senyum. Aku tahu dia bangga dapat membahagiakan isterinya walau sedikit
cuma. Aku tahu niatnya. Yang penting aku benar-benar terharu. Lengannya aku
paut. Kepala dilentokkan. Sawah padi terbentang indah. Rumah tinggalan atuk
masih utuh di tengah. Betapa rindunya aku dengan kasih sayang. Hanya atuk yang
memberi aku makna kasih sayang sepanjang aku meningkat usia.
“Abang terima kasih,”
Aku senyum. Air mata mengalir tanpa aku paksa.
“Hei, kenapa sayang ni?”
Qhalif pantas menyapu air mataku. Aku senyum nipis. Bahagia dan terharu.
Akhirnya, semalam yang mendinginkan diri telah lari jauh dariku. Yang ada
hanyalah kehangatan kasih sayang seorang suami. Aku bersyukur itu.
“Abang tahulah abang ni
baik, romantik, manis macam gula-gula. Tapi janganlah buat abang bangga,”
Qhalif ketawa. Aku menyiku laju. Tak habis-habis dengan perasan.
“Abang mana ada manis.
Tengok semut tak ada pun dekat dengan abang?” Aku pula cuba menyakatnya.
“Eh apa pulak tak ada semut Lia sayang. Ini sebelah abang ni. Semut besar punya,” Suamiku buat dengan
gaya sekali. Menunjukkan betapa besarnya ‘semut’ itu. Aku menjegilkan mata.
Akhirnya, aku yang terkena semula.
“Ala sayang. Awakkan
semut abang. Di mana ada gula di situ ada semut. Di mana ada Abdul Qhalif yang
gagah perkasa di situlah ada si manja yang comel, Auni Malia,” Aku ketawa
senang. Dia juga. Suka sangat perasan dan suka sangat memuji aku. Tapi aku suka
akan pujian itu. Makin bertambah sayangku padanya. Hangatnya cinta kami telah
berjaya mencairkan dinginnya kasih ayah dan mak aku satu tika dulu. Mana
mereka? Aku pun tak tahu. Sejak mereka humbankan aku dalam neraka dunia, aku
telah lama putus hubungan dengan dia. Kakakku, Maria juga.
“Lia…” Qhalif memanggilku.
“Iya abang,” Aku
memandangnya di sebelahku. Dia sengih. Pasti ada yang dia fikirkan.
“Apa dia?” Aku mula tak
sabar.
“Sayang abang tak?” Aku
termalu sendiri. Aku angguk perlahan. Dia memasamkan mukanya.
“Jawablah dengan suara
yang merdu. Sayang abang tak?” Aku sengih. Lalu menyebut tiga kata. I LOVE YOU!
“Kalau sayang,
lepaskanlah tangan abang. Kesian abang tak boleh nak bergerak ambil barang
kita. Berapa lama lagi kita nak jadi pak pacak kat sini sayangku Lia?” Aku
mendengus perlahan. Terkena lagi. Pantas tangannya aku lepaskan. Dia berlari ke
kereta. Aku mengejar suamiku laju. Seperti mana aku mengejar kehangatan cinta
dalam hidupku. Kejarlah cintamu sebelum terlambat.
Nota Iffah:
1. Tamat sudah. Ini cerita lama diberi nafas baru dan tajuk baru. Mula-mula memang lama aku tulis. Sampai ringtone tu je. Sejak umur 21 aku tulis. Cubaan membuat cerita yang penuh ranjau berduri tapi macam tak layak lagi je jadi novelis macam Naniey TJ tu kan? Haha.
2. Korang apa komen karya kali ni? Ada peningkatan ke sebaliknya?
3. Perasan tak aku guna gambar? Ala-ala Reenapple bukan? Yang penting Mimie mesti tengah jeles baca cerpen aku.
4. Bila lagi korang semua yang membaca blog aku dan Warnakaseh nak join Pesta Cerpen? 31 Mei 2012 makin dekat. Cepat hantar karya di sini.
14 comments:
amboih ending dia. nak kejar2 jugak la camni. :P
Oh sweet nyehh ending...
Nk agi nk agi...nk agi cerpen cmni!!
Ngeh3...
(^_^')
pnjam tajuk jap,
nk wt cerpen jugak la...
''semalam yg hangat''
ceh...dan2 je keluar nme aq.... sy xlah sehebat mane... awk blogger HOT.... saya pe de.... iskiskisk... kte kn sme2 msih bljr menulis...:P . hukhukhuk...
well.... cm slalu sy komen... sy suka sbb da keseimbngn dialog dan penerangan... ayt pon da pnjg n puitis... good job.... one day, jom la bt novel....
Naniey : Iffah bleh. iffah bleh. nadh sebagai jirangg support ja la. ehehhe
ayat nak manis je dia ni..mencik~
w.s.c
aku terpaksa bersabar dengan berukbandku.. aku teruja sekali nak baca . bila habis baca.. susah pula nak komen. hais.. hanggin betul aku jadinya hehe..
okeh komen aku?
citer ni memang 'pedih' tapi juga sweet.. ala tu kan signature die.. hehehe..
tang semut-semut besar tu muhahahaha.. sweet gila. paling sweet ialah Abd Qalif yang gagah perkasa muahahaha.. tergelak sendiri di buatnya.
citer ni sepatutnya jadi novel. sebab byk sgt yg di 'short'kan bila ia jadi cerpen..
*Iffah.. aku memang jeles, tahap dewa ni jelesnya hehehe.. lagi satu. aku nak DUSH..DUSH..Dush BapaK si Malia tu.
Simple & catchy..best! =)
auwwwwwwww lepas diuji pasti Allah hadirkan kemanisan kan.. akak suka.. baca smbil senyum2..hihihihihi
wewit.. sweetnye dia.. finally bahagia juge.. ermm. nak berangan kejap.. dush2..
gaya bahasa lebih lembut dan mendayu..ade ketegasan dalam kelembutan..kehkehkeh..
nice gaya bahasa yang ni..thumbs up!
aku speechless membacanya.. =)
realiti kehidupan bukan?? heheheh. Akusuka ini.. dan seperti biasa, kau buat ending sweet.. hehhe. Dan aku perasan cara kau karang nampak lain. berbeza dari sebelum ini.. nice.. =)
aduh... kali ini cepren kamu lebih matang dan sedikit terguris. mujur endingnya bagus... aku gembira walaupun hanya dalam cerpen ending dia bagus....
ps: dah boleh jadi novelis ni... ganti norhayati berahim...
fuhh..
ingatkan suami pilihan keluarga tu yg best..
rupanya tak..
haihh..
ehmmm.. cerita ni nampak matang sikit.. hiii~
ni kalau di detailkan lagi mesti best! lagi lagi kalau part mcm mana qhalif slamatkan malia.
menarik,jalan cta yg menarik ^^
Post a Comment