CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Cinta pergi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila cinta pergi semua terasa pahit kan? Entry ni khas untuk mereka yang mempunyai cinta tetapi cinta pergi buat selamanya. Cinta bukan semata untuk pasangan kekasih. Cinta kepada suami, cinta kepada anak, cinta sesama manusia. 

Sedihkan cinta kita dah tak ada?

Bila cinta kini tak lagi untukku...
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa...

Lagu sedih pun menemani kita. Tapi sampai bila kita nak bersedih? Ya orang kata hidup kena diteruskan. Yang meninggal biarlah pergi dengan tenang. Tapi orang pandai cakap. Tapi yang rasanya kita. Yang sedihnya kita. Aku paling tak suka orang kata sabarlah. Sabar. Sabar.

Kadang jadi muak. Kita bukan nak dengar ayat sama dari semua. Kita perlukan sokongan. Kita perlukan kekuatan yang disalurkan untuk jiwa yang kehilangan cinta. Cinta pergi tetiba membuatkan kita terasa kosongnya jiwa. Tapi nasihat aku, menangislah sepuas hati. Sampai masa hati dah sedia, barulah teruskan kehidupan.

Kadang kita paksa pun takkan jadi apa. Sebab sedih menyelubungi. Masa nilah masa terbaik dekatkan diri dengan Allah. Allah lebih sayangkan cinta kita. Kita secara perlahan perlu terima hakikat itu. Hati memang tak boleh dipaksa. Aku pun pernah kehilangan cinta. Alhamdulillah aku tak sesedih saat kehilangan cinta berbanding kini. Allah tetap akan hadirkan pelangi selepas hujan. Percayalah!

20 comments:

cintailmu89 said...

cinta ni kalau tak diletakkan di tempat yang sepatutnya dan selayaknya,
kebiasaan nya akan mendatangkan kehampaan..
pcayela.. =)

Unknown said...

Allah is always with us. ;)

Nazz@Purple said...

Ya..sy percaya..

Farhanhanif91 said...

bila putus cinta ramai yang suka dengar lagu2 putus cinta berbanding mendekatkan diri kepada Allah...terutama kaum wanita...kenapa ek? =)

*berdasarkan pemerhatian saya terhadap kawan2*

Naniey TJ said...

hamboi entry.......
cinta pergi???
i stju untuk menangis sepuas hati tapi i kurng stuju dengan mulakan hidup bila hati dh sedia....
i rasa kita kena paksa hati untuk teruskan kehidupan.... kalau nk tunggu sedia mngkin sbln, mngkin 2,3 thun, malah ada yg 10 thn b'lalu pun xsedia lagi, hdp dlm kemurungan mengenangkan org yg dah pergi terpulanglah pada jenis hati yang macam mana kita ada... . so, paksa hati untuk teruskan kehidupn dan yakinlah akan ada pertemuan lagi di alam lain, insyaallah... sntiasa doakan dia bahagia dan sntiasa dalam rhmat Allah di sana...

sesungguhnya Allah sedang menguji hambaNya yang mengaku beriman pada Nya....

Dia mengambil orang yang kita sayang, dan percayalah Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba2 Nya... Dia yang Maha Mengetahui....

p/s : aku tahu apa ko nk ckp lps bce komen aq.... BUATLAH ENTRY SENDIRI.... tp mmg ak suka komen ko pnye LA TAHZAN....hahahaha

Lea Isnawi said...

serik dh nak bercinta

huuu

maszull said...

assalamualaikum iffah...biarkanlah cinta yg dah berlalu itu jadikn ianya sebagai kenangan terindah dan hadapilah hari2 esok mu dengan cinta yang baru pengisi sepi mu...:)

Anonymous said...

yup =) betul2.. mnangis spuas hati smpai kering air mata & stand up move forward.. kejar pelangi =)

sy tgh BW sambil minum milo .. =) singgah2 ..~

.........cP~ said...

Manusia ni memang tak boleh dipisahkan dengan cinta kan? :)
Paling tak best cerita cinta dengan kekasih tak halal lah. Menakutkan sebab khuatir dengan diri sendiri.

mas saari said...

nak sentiasa dicintai dan mencintai terutamanya pada Maha Pencipta!

tamlegend said...

cinta itu dtg dan pergi...kdg dtg membawa hikmah...kdg dtg membawa sengsara...

Halimatun Sa'adiah said...

yea..kite kne kuat hadapi dugaan ditinggalkn org yg tak mhargai kte neh..oppss...terover emo..

msredcheesecake said...

Izinkan hati duka itu menangis, kemudian pujuk dia untuk bangun semula....

Nong Andy said...

percaya dlm hati.. org yg tinggalkan kita tu(yg dah xde) akan bersedih kalau tgk kita bersedih di dunia ni. jadi kita kena teruskan hidup. Cuma senyum n jalani hidup dgn baik sebab dgn itu 'mereka' yg ada di sana akan senyum lebar utk kita. Dan.. jgn lupa kirimkan 'cinta' buat mereka dgn doa-doa kita :)

EruzuLiyana said...

terlalu suka baca buku la tahzan, banyak yang diperolehi dari situ :')

Unknown said...

sedih itu lumrah...
sedih tu mengingatkan dimana silapnya kita dan baiknya aturanNya :)

Fasihah Supian said...

ada juga orang yang dah give up dengan cinta manusia...hmmm

KaK LimAh Si SupiR said...

dlu kaklimah menanges semahu2 ny bile cinta hati yg tersayang pergi..dan semua org ckp sabar..betol..muak rase ny tyme tuuu..mau dihambur tp xterdaya..hny mampu menanges..tp kini alhamdulillah..esakan tiada lg

Cik Pulau said...

kalau cinta tu pergi...
mungkin cinta tu bukan milik kita..
insyaAllah kan.. akan hadir cinta yang lebih baik untuk kita..
Tapi. CINTA ALLAH jugaklah yang hakiki...^^

Kira Sakura said...

mungkin Dia nak takdirkan kita dengan seseorang yg lebih baik..
kalau kwn2 akak kehilangan anak akak slalu ckp cm nie..

"mungkin kalau dia hidup die x sempurna sbb tue Allah ambik die sbb Allah tau kita x kuat nak hadapinya nanti dan sbb Allah lebih sayangkan dia...atau mungkin kita blm cukup bersedia untuk jadi ibu dan ayah yg terbaik"

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers