CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Dia sahabat kamu tapi...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
La tahzan lambat pulak hari ni. Maaf aku terleka dengan proses pemindahan rumah. Pindah homestay yang agak mahal sewanya tapi sangat berbeza jaraknya dengan rumah lama. Harap duit melayang hati pun puas. Okey masuk kisah persahabatan pula.

Kenapa aku tiba-tiba bercerita pasal persahabatan? Sebab Sunah pernah buat entry pasal sahabat. Adakah sahabat kamu untuk hari ni saja? Esok? Atau selamanya? Ada sahabat yang makin lama makin jauh dari kita. Tapi kenapa? Adakah kita yang salah? Diakah?

Tiga perkara yang aku nak tegaskan:

1. Muhasabah diri;
Kadang kita ni nampak kita terbaik. Tapi kita tak tahu dalam hati sahabat ada terguris dengan kata-kata dan perlakuan kita. Namun, kita sendiri bukan sempurna. Jadi haruslah bermuhasabah. Jika ada salahnya dari kita, apa salahnya kita mengalah. Turunkan ego dan minta maaf. Ego atau persahabatan lebih penting?

2. Terima perubahan;
Ada masa manusia berubah. Kita bukan tuan dan sahabat kita bukan hamba. Dia bukan semut yang selalu setia dengan gula. Dia hanya manusia biasa. Terima perubahan sikapnya. Jangan salahkan dia kerana ada masa manusia juga inginkan perubahan dan persekitaran yang baru.

3. Syukur;
Syukurlah anda masih mempunyai sahabat. Walau hubungan renggang macam mana pun. Dia tetap sahabat anda. Kalau dia marah sekalipun mungkin ada yang mengganggu rasa hatinya. Beri masa. Jangan terlalu mendesak kerana manusia sememangnya tak suka didesak. Syukur dia masih bergelar sahabat.

Kesimpulannya, jangan mudah bersedih hanya kerana krisis persahabatan. Kadang Allah beri ujian sekecil ini untuk melihat kesetiaan dan kesabaran kita dalam bersahabat. Mungkin kita pernah menyakiti hatinya. Mungkin dia tak selesa dengan kita. Mungkin dia perlukan sahabat yang baru tapi tak mungkin kita akan dilupakan kerana kita selamanya sahabat dia. Sekian.


20 comments:

Elly Jade said...

alhamdulillah akk dikurniakan sahabat2 yg baik termasukla iffah,sunah dll :)

Unknown said...

biaselah.bersahabat pon ada turun naiknya kan.

.........cP~ said...

Sedangkan lidah lagi tergigit...(baca ikut gaya p.ramlee nyanyi ye..)

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...seronoknya ada orang sambung entri..ehehehe

Unknown said...

thanks.. zuan prnah putus harapn pasal sahabat ni.. rasa empty, rasa bosan tnpa diorng..

D said...

jyeahhh.

pasti akan cuba try test apa yg sis bagi tuh.

tehe,

reenapple said...

sahabat itu yg sentiasa bersama kita susah dan senang.. =)

Anonymous said...

sahabat dtg dan pergi spt Bas RapidKL di bustop...

Hafizin Jamil said...

semut memang setia dengan gula..kah3

PUCCAnis said...

TERIMA KASIH..:)

Just Mini Love said...

hidup ini indah bersama sahabat2.. ;)

Ce'gu JAERA said...

sahabat sejati sehingga ke akhir nyawa.. sukar nak mencari sahabat yang betul2 sahabat kan.. huhu..

Cikgu Ma said...

dulu saya selalu tersisih kerana kawan2...rasa diperlukan bila dalam kesusahan...

Rawkzell said...

sahabat sejati, suka dan duka, nangis dan gelak. Bukan time kite senang je die ada , time kita susah dia takde .

Nong Andy said...

aku sedang berusaha jadi sahabat yg baik :)

tersalah kata terkasar bahasa. mohon di maafkan :)

*aku masih kering idea :(

~Sal Ismail~ said...

saling menerima & toleransi..InsyaAllah ukhuwah kekal berpanjangan..~ =)

Eera Shera said...

penah ade krisis ngn kwn..mmg sedih bila rse dikhianati..tp setakat ni tak penah pulak putus kwn

QasehSuci said...

Qaseh selalu setuju dgn apa yg iffah katakan...terima kasih ingatkan...

Dalila said...

Sahabat yg baik selalu bersama ketika susah dan senang..hehe..

Tapi nak tau sahabat tu sejati ke x..tgokla time kita susah siapa yg ade bersama kita?

Kira Sakura said...

bersahabat lah dengan memberi tanpa mengharap... prinsip akak :)

*tp kdang2 ada jugak la berharap satu dua menda, normal manusia :D

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers