ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kasih seorang anak takkan bisa disamakan dengan kasih
seorang ibu. Namun, ada juga si anak yang terseksa jiwanya kerana kasih ibu tak
sampai padanya. Ibu seharusnya menjadi pelindung. Tapi apakan daya, ibunya tak
menyayanginya seperti anak yang lain.
Usah bersedih wahai si anak. Sesungguhnya ini ujian yang
Allah ciptakan untuk kamu dalam kehidupan ini. Kadang kita selalu fikir kita
paling malang dalam dunia. Sedangkan ramai lagi yang terseksa jiwanya. Kisah mak
ayah bercerai, mak bawa lelaki asing masuk rumah, pakwe mak meraba si anak. Si anak
dijadikan pelacur. Macam-macam lagi.
Apabila duit mengatasi segalanya. Anak juga jadi mangsa. Kita
harus tahu yang tak semua mak begitu. Memang wujud sebenarnya mak yang
sebegitu. Apa yang kita perlu buat sebagai anak? Mahu jadi anak derhaka? Tentu tidak
bukan. Jadi sayangi emak kita walau buruk manapun perangai dia, dia tetap mak
kita sampai bila-bila.
Soal derhaka atau tidak bergantung pada situasi. Jika emak
menyuruh sesuatu yang bertentangan dengan agama patutlah kita melawan. Takkan nak
jadi pak turut? Tetap ada garis panduan dalam kehidupan. La tahzan buat si
anak. Doakanlah semoga mak kamu kembali ke pangkal jalan dan jangan sesekali
membencinya kerna tanpa dia takkan lahir kamu ke dunia.
Nota Iffah: Terima kasih pada yang wish birthday tu. =)
Nota Iffah: Terima kasih pada yang wish birthday tu. =)
15 comments:
sedih bila handle kes remaja skrg ni yg slalu menyalahkan mak bapak bila dorg buat hal..
Emak tetap emak. Berdoa supaya hidayah sampai kepada dia je.
saya bersyukur dapat mama yang sangat menyayangi diri..:')
tapi sukar nak mencari ibu yang tak sayang anak. kerana itu lumrah seorang ibu. walaubagaimanapun jika nak dibandingkan dengan wanita dahulu dan wanita zaman sekarng sensitivity keibuan itu makin merudum ditahap bahaya. Dan sifat kebapaan juga hampir luput. Manusia semakin hanyut ditelan nafsu yang ditakhtakan.
tersangat suka n3 ni- maklumlah aku kan dah jadi ibu. Ibu juga manusia biasa- macam aku ni la! byk kekurangannya. byk kelemahannya. nak jadi yg terbaik buat anak tapi ntah lah.. nafsu n kehendak sendiri kadangkala di lebihkan!
*Nasib baru anak 1, bila anak ramai kelak? bolehkah ku bersikap adil?
emak kena disayangi dan dihormati walau jahat setara mana mak.. =)
yaa, kita hanya ada seorang ibu kandung d dunia ini.. sayangilah ia selagi hayat masih di kandung badan.. bimbing emak ke jalan yang betul jika tersasar...
selamat hari jadi lagi sekali buat cikgu Iffah (",)
just nice =)
bila nafsu naik mencanak
seburuk-beruk mak,kita perlu doakan mereka
semoga anak akak jadi anak yang soleh dan solehah..
hope semua dapat kasih sayang mak ayah
dan hope kita bakal jadi mak yg sayangkan anak
dan hope kita sayang mak kita ketat ketat T__T
doa tanpa henti..pasti satu masa nnt doa didengari~
kalau sesuatu benda yang bertentangan dengan agama, Eza akan membantah dengan cara baik :)
then, dorang akan faham:) Alhamdulillah.
akak pernah berdepan dgn situasi ank membenci mak nie...
bila kita sentuh pasal sikap die yg salah, cnfirm die melenting...
Post a Comment