"Kenapa sedih je mesti dengar lagu sedih berbanding mendekatkan diri dengan Allah. Terutamanya PEREMPUAN?"
Disebabkan aku juga seorang perempuan. Dan soalan ni ditujukan untuk aku. Biarlah aku cuba menjawab. Biasanya hati perempuan lebih sensitif berbanding lelaki. Ada je lelaki sensitif tapi majoritinya perempuan kan? Jadi bila sensitif, emosi akan cepat berubah. Cepat terasa. Cepat terkesan berbanding jiwa yang kental.
Bila sedih, biasanya orang perempuan(tak semua) akan layan jiwa yang sedih. Bila emosi menguasai diri. Macam tulah jadinya. Frust bercinta menangis sepanjang hari. Tak makan tak minum. Konon protes. Lagu pun lagu sedih.
Lagu sedih ni membantu kita bertambah sedih. Seronok bila sedih layan lagu sedih. Dia rasa lagu ni kena dengan jiwa dia. Dia rasa lagu ni sama macam kisah dia. Dia rasa seakan lagu tu faham perasaan dia. Itu yang susahnya.
Emosi sedih dan lagu sedih macam seiringan. Masa nilah jiwa kosong. Bila jiwa kosong, lebih mudah terpengaruh dengan hal negatif. Orang macam ni lebih cenderung buat perkara luar jangkaan. Sebab tu mereka tak memilih al-Quran sebagai peneman. Iman pun tak kuat nak hadapi masalah ni. Oleh sebab itulah mereka lebih cenderung dengan melayan sedih, mendengar lagu sedih dan berkemungkinan ingin membunuh diri erk! Minta dijauhkan kan?
Published with Blogger-droid v1.7.4
22 comments:
Aah kn. Tetiba nk bsdh kan. Nk wat cmna.
ai selalu jek dengar lagu sedih. terus rasa macam ai ada dalam lagu tu..
adakah ni maknannya jiwa ai kosong? hurmmmm
tak pernah pulak dengar lagu kalau sedih, nangis je!
jauh jauh
bila sedih dengarlah lagu2 nasyid tentang cinta ilahi, . . . membantu tenangkan hati, . . . .
contohnya macam :
Patah hati ~ kumpulan Saujana
Patah hati,
jangan terdampar sepi,
jangan tersungkur mati,
bukankah Tuhan ciptakan malam,
untuk beradu menanti siang,
bukankah Tuhan titipkan hujan,
akhiri musibah kemarau panjang, . . . . . .
tak ingat ingat sikit je, hehe :D
assalamualaikum iffah....mama akan sedih bila dengar lagu raya nyanyian s.jibeng sbb ada memori yg blaku membuat hati lg sedih bila dengar lagu tu...
jiwa mama mmg sensitif bila bab cite2 sedih pasti air mata akan mengalir...:)
sedih kalo lagu tu ada kenangan
kalo x,x layan sgt
hehehe
aku tak pernah sedih..kah3
pompoan suka layan emosi. asal tak over takpe la. yg penting jgn lupa kembali pd Allah utk mengadu
mengadu pada ALLAH bila bersedih...
sedih akan lagi sedih kalau dengar lagu sedih..wuuuu
cakap pasal perempuan yg sensetif dan mudah tersentuh dan mudah rasa sedih. Itu normal. memang tak semua.. tapi ramai
diantaranya--->Akulah tu! hehe
Tgk korean drama- nangis
tgk hindustan- nangis
tgk Twilight- nangis lagi!!
hahaha.. tu baru tgk. Rasa sendiri? Ya Tuhan! tabahkan hatiku!
* Rindu dgn Cikgu Iffah yg dah kian BZ :(
aku lagi suka layan lagu rock bila sedih..=)
kalau sedang sedih, kite buat la bnde yg paling kite suke, tgk cite2 yg lawak boleh hilang kan sedih jugak
bykn selawat n istifar smbil urut dada time sedih...
insyaallah tenang
kaklimah kalo sedey xdgr lagu..tp p dpur..ahaha :P
Sometime sebenarnya lagu jgk boleh membuatkan kita ingat kat Allah. Mcm Ammar kalau dgr lagu sedih je pasti teringat kat seseorang atau pada-Nya.
ketika sedih kita lupa yang kita ada Allah untuk mengadu, kita sering menjadikan lagu sebagai teman untuk layan kesedihan dalam diri
lagi rase syhdu klu trdgr alunan yasin :(
kalau sedih p shopping okay x??
heee~~~
^^
lagu sedih...? emm... jarang dengar lagu sedih.. kalau deno sedih pun akan dengar lagu hepi2 supaya mood sedih hilang.. hehehh ^^
Eza tak suka dengar lagu sedih. ehem. lebih tepat lagi. Jarang dengar lagu. Heee.
menangislah sbb itu akan puaskan hati kita.. betul tue dekatkan diri dengan Allah, mana yg masa diuji jer baru ingt Tuhan terasa diri hipokrit xpe lah.. mana tau itu permulaan untuk dia lebih dekat dgn Yang Maha Pencipta.. :)
Post a Comment