ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Debaran makin terasa. Kini tinggal satu hari saja lagi untuk
Anith berasa muda dengan gelaran Cik. Selepas ini, dia bakal menjadi puan.
Semestinya menjadi isteri kepada lelaki yang benar-benar dia cintai. Ridhuan. Itukah
kekasih pertama dan terakhir. Dia masih ingat kali pertama mereka bertentang
mata. Jantung bagai dilanda ombak tsunami.
“Ops sorry…” Lelaki itu menundukkan wajah dan mencapai
cermin matanya yang jatuh ke lantai. Prap. Kakinya sendiri terpijak lalu
berderai. Ridhuan duduk lama. Itulah cermin mata milik dia satu-satunya. Anith
jadi tak keruan. Segera dia mencangkung juga.
“Maaf wak…” Anith segera mengutip serpihan kaca cermin mata
lelaki di hadapannya. Kelihatan Ridhuan masih kaku.
“Awak… sorry saya tak sengaja terlanggar awak tadi… tolong
jangan diam je…” Anith mulai rasa peluh dingin menitis malu.
“Tak ada apa…’ Segera Ridhuan bangun tanpa mempedulikan
cermin berderai itu.
‘Kejap…” Serta merta tangan Anith berpaut di lengan lelaki
itu. Bukan niatnya melampaui batasan. Namun dia perlu bertanggungjawab. Dia sedari
kecil diajar untuk berbuat begitu. Walaupun mamanya telah tiada, papa juga
turut mengatakan hal sama.
“Cik…” Anith melepaskan pegangan. Ridhuan memandang cuma.
Dia masih meneliti pemakaian Anith. Cantik. Beg berjenama. Jaket labuh limited
edition. Pantas hatinya tersenyum.
“A n i t h. Saya Anith. Sebutannya Anis. Awak?” Ridhuan
tersenyum sinis. Perempuan ni belum apa-apa dah masuk jerat, hatinya berdesis.
“Ridhuan. Apa Anit?” Sengaja dia buat begitu.
“Bukan. Anis. Ejaan je Anith…”
“Oh whatever. Ada apa-apa lagi?” Anith tergamam. Lantas
lelaki itu bergerak pergi saat Anith tak terkata apa. Ridhuan tahu perempuan
kaya itu akan panggilnya semula. Dia pasti.
“Ada!”
Anith tersenyum mengingatkan kisah dulu. Kelakar pertemuannya
dengan Ridhuan. Dia rasa itulah cinta pandang pertama. Yang sering orang
pertikaikan. Dia bukan cintakan luaran Ridhuan. Namun, perilakunya. Tapi peristiwa
Ridhuan lemas dicumbui perempuan lain benar-benar merobek hati Anith. Dia sengaja
diamkan. Dia tahu Ridhuan curang. Dia tahu segalanya. Tapi dia tutup mata
kerana cinta mendalam buat Ridhuan.
“Anith, kenapa berdiri di beranda? Tak sejuk ke?” Papa
menyapa. Dia tersenyum cuma.
“Papa, Anith suka duduk luar. Sejuk je udara malam. Papa nak
join?” Kelihatan lelaki tua itu tersenyum lantas bergerak ke depan.
“Anith… papa ada hal nak bincangkan…” Anith senyum lagi. Dia
bahagia saat ini.
“Apa dia papa?” Papanya duduk.
“Anith betul nak kahwin dengan Ridhuan?” Rambut Anith diusap
perlahan. Hati tuanya berasa tak enak. Sejak Ridhuan menjejakkan kaki bersama
rombongan untuk mengikat tali pertunangan.
“Apa pula papa ni? Anith bahagia sangat tau. Kalau boleh
Anith nak cepatkan masa supaya Abang An jadi milik Anith cepat-cepat…” Senyuman
kali ini lebih lebar dan penuh makna.
“Kalau betul Anith bahagia, papa tak dapat nak halang. Tapi ingat,
make sure hati Anith bahagia. Papa sayang anak papa ni sangat-sangat. Papa tak
mahu orang gunakan, lukakan hati anak papa…” Anith peluk papa kuat.
“Papa jangan risau. Anith janji akan bahagia…” Senyuman itu
terukir lagi. Namun, papanya tak nampak. Ridhuan juga tidak tahu apa makna
sebalik senyuman Anith itu.
“Papa keluar dulu. Jangan tidur lewat sangat ye pengantin…”
Ujar papa dan beredar. Hanya Anith masih di situ. Tak sedikitpun mata
dilelapkan. Dia teruja menanti saat Ridhuan melangkah ke banglo mewah ini
sebagai suami. Saat itu, segala keperitan dan kesengsaraannya akan musnah. Hatinya
tak pernah berubah. Kerana yang ada cumalah dendam membara. Hidup Ridhuan akan
dihancurkan. Itulah niatnya. Hanya dia saja yang tahu. Patung kecil ditikam
laju-laju hingga hancur dan dia puas!
#Cukup. Mohon jangan ada yang minta sambungan. Aku dah meremang bulu roma mengarang. Haha
13 comments:
aku nak mohon sambung lagi.haha.. sebab dua2 ada dendam untuk dibalas.
p/s ada typo la.hehe
dendam tak bertali ?
aku tgh pk if ko x sambung cane nak ending ?
sbb aku rase ptt sambung..
tp part thrillerrr...
rase nong terrer bab bunoh-bunoh ni..hahahha
owh. masing2 ada rancangan tersendiri..
next...hehehe
apa haling tu akak pelangi? kihkih.
akak taknak try hantar cerita2 akak ni kat pblisher ke?
dendam akan memusnahkan kedua-dua pihak . . . bila dendam sudah dilunaskan, . . . syaitanlah yg seronok, sbb kejayaan mereka memperdaya keturunan Adam dan Hawa. . . . . . . .
best la baca cerpen ni..
harap ada sambungan lagi ^^
slm..nak minta tlg sikit blh? jom support pjaz dlm contest anjuran denaihati..hanya klik G+ di bwh entri contest, TQ so much ^^
http://www.cikpjaz.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html
berbakat la awak . :) trskn menulis .
laa takyah kahwin pon boleh balas dendam =.=' gunakan wang upah org pukul si ridhuan pon boleh. sogok semua syarikat supaya xyah ambih si ridhuan bkerja..etc...nk juga kahwin lps tu balas dendam @_@..mcm kemenangan tu milik ridhuan jer nnt.sigh
kopi. dia saja je tu nak kasi Riduan gumbira kononnya dah menang.. tapi... ahahaha macam-macam dlm kotak kelapa aku ni bayangkan apa yg Anith akan buat kat riduan tu hehe..
Zaitul.. bunuh2 tu Syah paling terror lah. Aku serik dah ekekekekeke...
wah..hebat rupanya kak iffah kita ni..impressed :)
minta sambung lagi.. heee. ke nak aku yang sambung? Ekekeke...
mohon sambung. nak baca ridhuan tue kena tikam-tikam mcm tue kihkihkih
err.. aku ingat anith tu kawin sebab betul sayang kat ridhuan tu.. rupe nye.. ish ish.. creepy kemain tapi kne sambung gak weh!
Post a Comment