ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam
makin larut. Matanya belum rasa mahu lena. Entah kenapa hati seakan berbicara
sendiri. Bagai ada sesuatu yang menghalang dirinya dari merebahkan kepala ke
bantal empuk. Lantas jari jemari rancak menaip sesuatu di komputer. Bosan gara-gara
kesunyian malam.
Ting!
Ridhuan:
Assalamualaikum awak. Maaf ganggu malam begini. Saya ada hal nak bincang. Mohon
awak jangan marah saya melulu. Baca dulu.
Anith:
Nak apa?
Dia
begitu malas melayan bekas teman lelakinya itu. Cukuplah hati yang dipermainkan
tanpa belas. Sakitnya masih terasa. Hati ini belum pulih dari kelukaan yang
mendalam. Benarlah orang kata, luka di hati sukar untuk sembuh.
Ting!
Ridhuan:
Saya nak mohon maaf atas semua kesalahan yang telah saya buat. Saya mengaku
saya salah. Saya meninggalkan awak tanpa sebarang sebab munasabah semasa kita
sudahpun merancang untuk bertunang. Saya hidup tak lama. Jadi saya nak awak
maafkan saya. Maafkan saya sebelum ajal menjemput….
Anith
terdiam. Mata mula berkaca. Hati masih berbelah bagi. Adakah benar? Atau lelaki
itu Cuma menyusun kata untuk tarik perhatiannya sahaja. Sedang hati berlawan
dengan minda.
Ting!
Ridhuan:
Saya tahu awak susah nak maafkan saya. Tapi ini je permintaan terakhir saya. Selamat
malam, Aa…
Anith
sekali lagi terpana. Hanya Ridhuan saja yang panggil dirinya Aa. Nama manja
katanya. Anith diam. Seribu kali otaknya memikirkan kata-kata bekas teman
lelakinya. Entah mengapa kata makian makin terlarut ke dalam. Jatuh terbenam. Yang
ada cumalah rasa simpati.
Namun,
disebalik semua rasa yang Anith rasai kini. Ada senyuman terukir di wajah
seorang lelaki. Lelaki yang bernama Ridhuan. Dia tahu Anith akan memaafkan dia
dan kembalinya semula. Kisah kecurangannya pasti lenyap. Yang ada cumalah kisah
si pencinta yang bakal mati.
“Anith,
kau memang perempuan bodoh..." Dia menghembus asap rokok ke luar jendela. Rambut terjuntai lambat-lambat dia tolak ke atas semula. Senyum.
"Dan kebodohan kau itu yang aku mahukan…” Ketawa
mengilai memenuhi segenap ruang. Dan itulah permulaan cinta palsu kali kedua
buat Anith anak orang kaya. Semua mendekatinya cumalah kerana duit. Duit umpama
magnet yang menarik segala mata yang memandang. Hilai tawa masih belum
terhenti. Ridhuan ketawa lagi dan lagi. Dia puas!
#Hadiah untuk korang yang tertunggu-tunggu cerpen. Macam pendek je kan? Oh ya, ada orang kata hati perempuan senang berubah. Betulkah?
14 comments:
kejamnya lelaki tu.. siot je
kesian Anith :(
Bukan sesenang rasa boleh berubah,
tapi bila dia tega untuk berubah,
jangan pernah harap dia goyah; susah :D
tolong sambung... dan nak request yg ridhuan tu dapat balasan yg setimpal nantinya.. bior dia kena kanser betul2 ke.. emo aku baca ekekekek (kalau smpai emo tu memang berkesanlah cerpen tu ye dak?)
tahniah la anith sbb dperbodohkan mcm tu jer =.='
hati lelaki lagi cepat berubah kot.huhu.. terasa ingin ada sambungannya je.hoho
hati perempuan memang mudah berubah . tak boleh di pujuk rayu .mesti layu .
mudah tersentuh , mudah bersimpati , kalu asyik fikirkan hal yang sama , pening , tension , last2 kalah .
tu yang jadi kes macam2 sekarang .
mudahan2 kita dijauh dari semua ni >_<
xda sambungan? huhu alaa buat la sambungan
berubah? erm.. xjuga
aku benci dgn uni aku itu jew aku nak komen... bertabah aku komen semalam hilang mencik mencik =..=
itulah kelemahan perempuan.
sakit tapi masih nak teruskan perhubungan. :(
gila .. mamat tuh jahat..tapi die tak tau jaat jugak si aa tuh..
what u gv , u get back kot..karma :)
baru dapat baca.. heee. Huuu. Anith tak percaya kan? AKu harap riduan tu terima balasan.. heee.
#nak p baca part 2 lak..
sepak ridhuan tue lelaju. pastu tolak jatuh banggunan
pas bace yang ni, memang nampak ridhuan tu pun hampeh. so masing masing ade matlamat yang sendiri.. sape menang sape kalah? ko kne sambung weh camni..
Post a Comment