ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sakitnya hati bila melihat seorang yang kita sayang berpaling dan sayang orang lain bukan? Sakitnya hati bila kita tahu dia sayang orang lain tapi hati berdegil nak tengok dia dari jauh. Sakitnya hati bila tahu dia sedang bahagia tapi kita terseksa dengan kemesraan keduanya itu. Sakitnya!
Degil betulkan perasaan dan hati ni? Kita kata jangan suka. Dia tetap akan suka. Kita marah dia menangis. Kita paksa dia tetap berkeras. Cinta tak semestinya memilik mudah diungkapkan, tapi payah untuk hati menerima hakikat yang cinta itu sudah bukan tertulis untuk kita. Perit tahu?
Wahai hati, lepaskan cinta itu. Sesungguhnya cinta itu sakit untuk kamu. Cinta itu tak wajar sama sekali. Kenapa perlu melihat kebahagiaan mereka yang mampu meranapkan kegembiraan hati kamu? Lepaskan cinta itu. Tidak ada cinta sebegini yang membahagiakan. Usah mengharap pada yang tak sudi. Izinkan cinta itu pergi dan dengan itulah hati kamu bisa bangkit semula dan mengejar cinta yang lebih berhak untukmu.
Pergilah wahai cinta... bahagiakan mereka yang benar-benar layak untuk dicintai walau hati di sini tergores luka. Selamat tinggal cinta yang tak kesampaian...
12 comments:
betul tu... usah mengharap pada yang sudi.. pasti ada yang sudi di depan mata awak yang awak tak pernah tau dan nampak.. InsyaAllah satu hari nanti Allah akan bukakan jalan dan tunjukkan siapa orangnya itu..
sakit hati tapi kita brharap suatu hari nanti org akan sayang kita lebih dari kita sayang orang..
Sedih kan.. tapi terima kenyataan dia bukan milik kita. hanya diam dan terus diam. Dia tak tahu apa-apa.
hakikatnya kita memang menyayanginya. dan berharap dia akan balik kepada kita. Itu perasaan kita kan..
panjang juga komen hana, Sory Hana pun ter'emo' sekali sejak 3 4 hari lepas dengan pengomen di atas. Kenapa dia berada di atas..Agak2 dia baca tak.huhu
sekarang dah ok :) senyum sikit...:)
hmmm,, sama lah tengah sakit hati..
zaman tak matang dlu.. ade je rase macam tu.. tapi sekarang ni bile pikir balik, dah memang bukan jodoh nak buat cane kan.. hmm..
banyak gile entri jiwang.. bile nak kawin? =P
sedih nii.. huhu. sedih baca status crush nak kwen.. huhukk..
Tersalah cinta la ni
tak tahu apesal tetiba je aku sebak baca ni.. wuuu. (U_U)
#Baik.. aku cuba lepaskan. =)
assalamualaikum iffah...biarkan la die berlalu pergi akan ada yg baru bakal mengganti...;)
lets go utk kebahagiaan kita kemudian hari. yeahhh....
melepaskan mgkin lbh happy.
ohoo..tapi dalam entry ni, xde nama Farisya dgn Aliff..hehehe
ko ni iffah.. buat aku rasa nak menulis aja hehehe...
malas login
-Nong Andy-
kadang kita memang tersalah pilih cinta sebab nanti bila kita dah dapat cinta yg sebenar kita tau mcm mana erti menghargai :)
Post a Comment