ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lariannya makin menjauh. Sakit kaki tidak dipedulikan. Yang dia
tahu kini dia perlu ke majlis kenduri kahwin temannya itu. Kain baju kurung diangkat
sedikit bagi memudahkan larian. Wedgesnya sudah tidak begitu selesa di kaki
tidak juga dipedulikan. Yang dia tahu, dia perlu sampai.
“Teksi!!!” Tangan melambai deras. Kereta bernama teksi
terhenti jauh sedikit. Pantas saja dia masuk ke dalam.
“Pakcik, Bandar Tun Hussein please…” Ujarnya Farisya
termengah-mengah.
“Awak kenapa?” Cermin pandang belakang jelas menunjukkan
wajah Farisya. Namun, tiada sebarang jawapan dari mulut si gadis. Pakcik teksi
hanya memandu sepi.
“Terima kasih. Jasamu dikenang,” Pintu di tutup. Sebaik saja
teksi berlalu dia membetulkan semula kainnya yang sudah renyuk. Malang sungguh
nasibnya. Tadi masa berjalan di kawasan perumahan dia nampak anjing dari
kejauhan. Traumanya terhadap anjing belum pernah lupus. Pantas saja kakinya
lari.
“Farisyaaa…” Dia berpaling. Aliff tersenyum memandangnya. Di
sebelah Aliff ada pula Hernani. Ah dia benci gadis itu. Gadis yang merampas
cinta Aliff. Dengan sekali lafaz, Aliff dan isterinya mencipta jurang maha
besar dengan Farisya.
“Hai suami orang…” Farisya sedaya upaya menelan kelatnya air
liur. Dia bersalaman dengan Hernani secara terpaksa. Mana mungkin dia mahu
berbaik dengan perempuan perampas.
“Farisya, selamat awak datang. Saya tertunggu-tunggu dari
tadi tau,” Aduan Aliff makin menambah bara di hati isteri. Farisya senyum cuma.
Layanan Aliff masih sama. Masih seperti bujang dahulu. Layanan itulah
membuatkan cinta mekar di hati tanpa dia sedar. Layanan itulah membuatkan dia
hanyut dengan angan sendiri. Akhirnya, cinta yang dia damba ternyata sia-sia. Aliff
bukan untuknya.
“Farisya… awak menung apa lagi? Jom saya teman awak makan…”
Lagi sekali hati dirobek pilu. Ketika ini Hernani tidak lagi kelihatan.
“Aliff… saya boleh makan sendiri. Boleh tak awak jangan
layan saya baik macam ni. Saya penat… Isteri awak pun mesti tak suka… Minta
diri…” Aliff ditinggalkan terpinga-pinga. Saat itu jugalah air matanya tumpah. Niat
dihatinya takkan bertemu lagi jejaka itu buat selamanya.
#Rentetan dari entry Cinta...sila kau pergi...
#Mohon jangan muntah wahai pemilik nama di atas. Kistot dibuat kerana aku mudah dipujuk rayu. Akak propa, ni untuk akak. Moga akak temu jodoh dengan orang yang benar-benar cintakan akak. *muntah pelangi.
#Mohon jangan muntah wahai pemilik nama di atas. Kistot dibuat kerana aku mudah dipujuk rayu. Akak propa, ni untuk akak. Moga akak temu jodoh dengan orang yang benar-benar cintakan akak. *muntah pelangi.
15 comments:
Kadang2 orang lelaki bukannya tidak sedar, tapi mereka tamak. Perempuan pun sama, cuma kurang sikit sebab masih ada segan dan silu. So, bila jumpa dengan lelaki tamak nie, jangan 'beri' apa2 lagi agar dia dapat didik hatinya yang tamak dengan kekecewaan kerana gagal untuk meraih.
Ceh... apa laa akak merepek nie kan. Dah habis exam awak ke?
Lelaki yang selalu bagi layanan yg baik kat perempuan ni memang selalu tersalah sangka. Heee. ohon jangan dilayan ibarat zaman bujang lagi.
#tumpang marah kat Aliff.. ehehe
~Reenapple~
ACTUALLY LELAKI OR PEREMPUAN harus sedar akan tggjwb dan komitmen yg mrk ada.. jgn beri ruang pd diri sendiri utk org lain masuk dan sebaliknya.. masing2 kena sedar.
oh..oh..... bangganya....hahahaha.... akhirnya aliff jd milik aq...yes...yes...hahahaa
entry ni buat aku baca semula entry yg sebelumnya..zzzz
memang best la cerita ni... kistot... boleh saya tanya tak? kistot ni rekaan awak sendiri atau memang panggilan dia kistot?
pilih jalan yang lurus sebenarnya
lebih mudah berbanding jalan yang
lintang pukang, tapi nafsu manusia ni
tak boleh nak jangka. moga kita terpelihara ~
ipa ko jan marah aku aku baca tajuk jew... (paham2 lew aku kan rajin membaca) ni pun mcm lipas kudung menyinggah sini... aku tenahg marathon bw ni dah 2 hari malas nak berjalan2 :P
aku rasa ini patut jadi novel ekekekeke.. aku berbeza dgn si pari-pari putih.. rasa macam tak cukup aja.. baca sikit dah habis la pula hehehehe...
*aku online kejap2 aja hehe.. bz katakan hehe..
-Nong Andy-
Kistot tu apa? nama orang ke?huhu
Tak boleh nk buat apa dah. mereka sudah berkahwin. terima walaupuan pahit.. memakan masa untuk hilangkan rasa pedih tersebut
kistot = KISah konTOT . . . . . . . . . kurang memahami kistot ini, . . . . sbb hati tengah keras macam besi sekarang ni, kot :)
Kenapa dia menagis?punya cinta utk lelaki aka suami Org tu? Alala,kesiannye isteri lelaki tu mkn hati
T_T
kalau hati awk sudah ada pd orang lain, sila bagitau.. *utk dia*
ermmm hati bukan kita yg pegang hatinya sebab tue kena pndai jaga kata dan kelakuan takut nt org salah anggap kan huuu
macam tu je ending die? baru nak feel dah habis.. ish ish.. aliff tu macam pelik je.. dah kawin tapi ajak orang lain makan depan isteri die? memang saje decalre war.. huu
Post a Comment