CORETAN TERBARU NADH

Luahkan itu perlu kadangkala

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ada dua adik lelaki. Mungkin ramai tak tahu. Mereka blogger. Kembar pulak. Eloklah dapat akak yang penyayang macam aku. Tak adalah, cuma aku nak cakap, dedua suka simpan rahsia. Bila macam tu, si kakak yang terlebih risau. Aku tahu, dua-dua tak nak orang risau tentang masalah diorang. Tapi aku risau jugak sebab tak terluah buat hati parah.

Itu aku nasihatkan kat diorang. Jangan simpan banyak sangat. Hati padat. Lemas. Penat. Tak berdaya. Diorang ni ego memasing. Konon tak nak susahkan orang. Aku rasa buat macam ni lagi susahkan hati orang. Aku pun risau memanjang. Entah apa dia fikir. Apa masalahnya sebenarnya?

Sebab tu aku kata luahkan itu perlu kadangkala. Kadang rasa stress terbeban, kita kongsi dengan orang kita percaya. Tapi ingat, ada jugak yang kawan makan kawan. Bahaya. Hati-hati takut terlebih luahkan nanti mati. Jadi buat apapun kena berpada-pada. Ingat, luahkan itu perlu pada orang yang tepat, dengan masa yang sesuai dan jangan terlalu menyingkap rahsia diri yang mengaibkan. Sekian.

22 comments:

ezy.fia said...

saye pon suke pndam..
tp luahkan jgk kdg2 bile dh xterdaya nk pndam..
haha

Aziela said...

Wah, adik kembar? Blogger? Bestnyaa.

kay_are said...

setuju.. kadang kadang kne luahkan gak dekat kengkawan sorang dua kalau ade masalah.. at least beban tu dapat dikongsikan.. tapi macam ko cakap gak, kne pastikan kawan tu betul2 kawan dulu r..

aku taktau lak ko ade adik kembar blogger.. @.@

Ooh Deo said...

iffah seorang kakak yg penyayang.. ^_^

misz aisya said...

setuju. meluahkan tu boleh kurangkan beban dekat hati. kita akan lebih cool n relaks, so that we can settle the problem profesionally. :)

MalizaMah said...

kalau ada byk sgt masalah. leeza nangis di malam hari sepuas-puasnya. esok dh ok.

ewanthology said...

cuba baca blog diaorg, mana la tahu diaorg luah masalah dalam blog ke..

Unknown said...

aku baru taw adik ko kembar.

reenapple said...

err.. kau adda adik lelaki? ehem ehem ehem.. ehehe

#aku setuju dengan kau. Meluahkan itu perlu. Tapi mungkin merahsiakan juga perlu.. =)

Unknown said...

sebenarnya kebnykkan lelaki mmg suka pendam... sy pun suka pendam perasaan... sukar nak percaya pd org lain... huhu...

p/s : dah lama tak singgah sini... kali ni singgah blog dah lain rupanya...

Unknown said...

aku pun ada adik kembar... tp, pempuan lah... anything cerita mmg aku tak cerita kat diorg... aku simpan sesorg...

Anonymous said...

lelaki memang suka simpan stress sorang2. tapi nnt tak tertanggung pandai la diorang bagi tau...

standard kot...

aku HaniAsyira said...

dorang ni luahkan sesama sendiri tuh

Aien Not Alien said...

luahkan berpada-pada supaya tak sesakkan dada. :D

Anonymous said...

TU la slh luah almt malang menimpa diri ..bestnya ad adik kmbr...Awt x letk link blognya skli..hehee.

Dayang Deno said...

pernah juga pendam perasaan.. dan bila diluah kan.. sampai menangis-nangis.. tapi bila dah diluah rasa lega sangat.... :)

نورعيم said...

untungla ade kakak penyayang ni kan.

Orkid Edyliyne said...

baiklah... ^^

Encik H said...

aku rasa tu kira 1 keadaan tipikal utk org lelaki tau..sebab normally, lelaki memang agak susah nak bercerita apa masalah dia kat org..aku pun sama macam adik kau jugak la, kebiasaannya aku lebih memilih utk pendam sorang2..kalau aku susah, aku xnak org tau aku susah..aku xnak susahkan org dgn masalah2 aku..so biar aku settlekan sendiri..camtu la lebih kurang..hehehe

and kadang2, org lelaki segan nak cerita masalah dia..cerita masalah tu, umpama menunjukkan kelemahan diri sendiri..sebab biasanya org lelaki xnak dianggap lemah..err, panjang pulak komen ni..:D

Kira Sakura said...

betol tue memang kadang memang kena luahkan pada org yg dipercayai. walaupun org tue takdapat tlg ape. tap rasa sakit kat hati blh ilang insyaAllah

Dayang Deno said...

deno tag ifa :)

Aimacomel said...

walaupun meluahkan tu belum tentu dpt selesaikan masalah, sekurang2nya kita rasa bebanan yg tersimpan kat benak tu berkurangan.. meluahkan tu perlu, tp biarlah kena pd tempat dan tika nya..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers