ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jagalah diri. Jagalah beg. Jagalah harta sendiri.
Peragut tak kenal mangsa.
Pantang lepa dia tala.
Lagi-lagi kalau disua.
Hati-hati semua.
Bimbang kita nangis merana.
Perempuan selalu leka.
Barang banyak bawak merata.
Bagai ingin kasi derma.
Buat peragut di luar sana.
Beg besar nampak kaya.
Penuh isi entah apa-apa.
Jalan sana sini alpa.
Terus kena ragut tak terkata.
Ketiga-tiga sangat berkait rapat. Kakak aku dua kali kena ragut. Satu kat pasar malam sebab sibuk dukung anak. Satu lagi kat perumahan sendiri. Sibuk hantar anak nursery, tapi tak kunci pintu kereta. Semua barang habis. Mujur kereta tak angkat sekali. Mohon jangan cuai wahai manusia. Peragut ada di mana-mana.
11 comments:
kawan aku baru lepas kena ragut.
aku pernah kena songlap je la. tak pernah kena ragut. kamera aku dalam poket depan kena ambil.
bagi aku ada 2 kemungkinan, orang ambil barang kita :
1. orang yang peragut rasa tak mampu melawan
2. orang yang leka
ape-ape pun, cuba kurangkan barang waktu berjalan kaki kan.
kes ragut di mana-mana..
alhamdulilah setakat ni belum pernah kena.. jauh palis!
kakak leeza pun pernah kena ragut. bawa beg besar. peragut ingat byk duit ker apa kot. padahal dlm beg tu semua buku2 budak sek. hp n beg duit dlm poket. hmmmmm
nasib2.
as salam
moga dijauhkan dari peragut-peragut ni:)
akak selalu mrah klu kengkawan tinggal beg atas meja makan kat gerai2. seriau lagi pun kwn sendiri kena ragut mcm tue la
SEMOGA KITA DIJAUHKAN DARI PERGUT-PERAGUT KEJAM...
kalau boleh duit letak dlm kocek jee .. ic, lesen semua tuh letak dlm sarung kad.. elak hilang bnd2 pnting ...
Betul..orang sekarang semua nak kaya cepat dengan kerja yang senang sampai lupa halal haram..
baik.. aku ingat tu.
kena sentiasa beringat. kebanyakan kaum hawa yang jadi mangsa.
sekarang ni dekat mane mane tempat pun tak selamat dah.. peragut makin bijak + berani.. kita sendiri kena berhati hati.. hmm
Post a Comment