CORETAN TERBARU NADH

Pilih kasih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Aku bengang. Isu ni tak pernah lupus. Sakit hati tahu tak? Korang mesti pernah mengalaminya. Aku rasa tertekan dengan situasi ni. Aku tahulah aku tak popular, tak cantik, tak baik, tak disayangi beliau dan tak penting pun bagi beliau. Tapi beliau sememangnya tak patut pilih kasih. Geramnya!

Siapa datang masa beliau sakit? Siapa teman beliau ketika beliau kesusahan? Siapa teman beliau ketika kesedihan? Siapa teman beliau sewaktu beliau tiada kawan? Siapa teman beliau beli barang? Siapa yang ada sentiasa dengan beliau? Siapa yang buat bunyi bodoh supaya beliau ketawa? Siapa yang buat macam-macam untuk beliau? 

Siapa??? Hingga kini beliau menidakkan kehadiran aku. Hingga kini beliau memilih kasih. Beliau tak terasa pun akan kehilangan aku. Aku sedar aku tak boleh merungut. Aku bukan nak mengungkit. Tapi beliau kejam. Asyik pilih si dia. Sedangkan aku hanyalah sampah di mata beliau. Walaupun aku ada di sisi selalu. Kenapa aku jadi sekadar di pinggiran? Aku mahu jadi yang penting untuk beliau. 

Oh aku rupanya handset yang sangat cikai. Hanya menanti masa untuk mati tak terkubur. Hanya kuburku di sampah kelak. Luahan hati sebuah handset!


Post by,
Miss Ran 

3 comments:

Farhan Zulhusmi said...

hehehe...
ok baru nak amek feel..
rupanya kisah cinta sebuah hanset...hehehe

Unknown said...

nset aku mesti salu pikir cam tu kan

Unknown said...

@farhan sabo je farhan..sbnarnye nk luahan hati..tpi tknk la..ubah jd cerita

@jiji agakla..sian enset tu kan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers