Assalamualaikum
Aku kesakitan ketika ini. Nak taip pun susah. Menyesal pulak. Bukan apa tadi nurse tanya nak cucuk belah mana. Aku dengan selamber kata kanan. Hah kan dah kena. Bengkak melanda. Sakitnya. Biru-biru hijau lengan aku. Tapi tak apa aku dah boleh menderma darah untuk selamatkan orang. Sangat seronok. Tapi dalam diam takut. Mana taknya jarum besar. Bila cucuk tu tak tengok. Tapi rasa besi dalam lengan. Tangan pun kebas. Lama dah tak derma. Jadi takut menebal kembali. Hehe
Tempat aku tiap-tiap tahun ada kempen derma darah. Bagus kan? Tahun lepas tak dapat derma sebab hemoglobin tak cukup. Berat pun cukup-cukup 45kg. Sekarang kemain lagi. Hemoglobin patut 12.5 dan ke atas. Hemoglobin aku 14.6. Banyak tak? Sihat sangat kot duduk rumah lama-lama. Masak makanan sendiri. Sekarang kena bergerak banyak. Turun naik tangga. Makin sihat. ALHAMDULILLAH dapat derma walaupun 320gram je. Aku darah O, mereka B.
Kawan-kawan aku pun pergi. Ramai juga yang tak lepas. Tekanan darah rendahlah. Hemoglobin tak cukuplah. Kesian tengok. Beria nak derma. Sikap nilah kita nak kan? Nak cerita pasal kawan rapat aku ni.
Si LJ dan Si GEM. Lonjong memang sama je nasib dengan aku. Dua tahun lepas kami derma sama-sama. Tahun sebelum ni tak dapat sebab sama-sama hemoglobin tak cukup. Sekarang sama-sama boleh derma dengan kuantiti yang sama. Erm dia asyik ikut aku je kan. Suka aku lah tu! FYI hemoglobin Cik LJ ni 12.8.
Si Gem ni pulak punyalah fobia dengan jarum. Memang dari kenal tak pernah dia derma darah. Takut katanya. Aku yang dengan gembira dah habis derma tadi mengenakan dia. Di sebabkan dia dah temankan aku derma darah. Tolong snap pictures lagi. Aku janji temankan dia timbang berat. Lepas tu aku paksa isi borang. Siap tanda semua. Akupun ajak dia check hemoglobin dan kumpulan darah. Memang dia nak tapi takut. Jadi aku suruh beratur tempat Si LJ test darah tadi. Katanya langsung tak sakit. Sekali sakit gila. Terjerit sambil pukul lengan aku. Sengalnya budak.
Lepas dah lepas hemoglobin dia iaitu 13.2 kami pergi check tekanan darah. Bagus. Sihat gitu! Aku apa lagi rampas buku merah dia dan borang bagi kat seorang akak untuk bagi segala macam benda untuk derma. Dan akhirnya dia mengalah. Dia derma juga. Cuma awal-awal tu susah sikit sebab die sangat kepoh. Sampai nurse kenal dialah. Dia pun cucuk belah kanan sebab urat lebih timbul di situ. Akhirnya, sebanyak 450 gram telahpun disedekahkan walaupun paksa rela. Padahal suka dapat derma cuma takut. Mujur ada kami yang hebat ni. Atleast dia dah membantu orang yang memerlukan. Lagi satu slogan ini dah boleh dia tuturkan iaitu "kami dah derma dulu anda bila lagi????"
Kesimpulannya, korang janganlah takut derma darah. Tak sakit pun. Kalau kita sakit dicucuk jarum, orang lain lagi menderita dari kita. Lagi sakit sebab menanti darah yang tak ada untuk dia meneruskan hidup. Selagi hidup dan sihat dermalah darah. Anda mampu mengubahnya. Darah ALLAH bagi kat kita free je. Kita takkan nak berkira dengan sesama mahluk yang sama usul kejadian kan? MUHASABAH!
Post by,
Miss Ran
4 comments:
heheh.. lmer gak x derma darah... hehehe.. tp best kn dpt derma tuh.. aser puas hati jerk.. :)
O type mmg sgt2 diperlukan nieyh.. hehehe... my bllod type AB... :)
erm lame2 rasetakut skit hehe
aah puas sgt...o mmg ramai ada
but AB jarang ada
knp x cite simpton2 yg d alami oleh si Gem tu.....
p'bgi rasa ada....loya, pening n rse nk demam....
bt tq la tuk u'll coz cbe m'neutralkn fobia aq...walaupun msh fobia tp rse hebat dpt b'bkti pd yg m'merlukn..... ceh...ayt skema
hahaha cik gem ade blog kn
sendiri bikin la
hehe
tula aku nk dgr..anda hebat
aku hebat gak wakaka
goku je bapok
Post a Comment