Apa kehendak? Kehendak ni sebenarnya mengikut nafsu je. Kalau kita nak makan burger contohnya. Lepas tu mak dah siap masak pun. Cuma kita je gedik nak mengidam makan burger jual tepi jalan jugak. Itu lebih kepada kehendak.
Keperluan macam rumah, pakaian, makanan. Kalau kita tak ada semua tu hidup kita susah. Serba tak kena. Kalau tak ada rumah nak tinggal kat mana kan? Tapi kalau duit sikit tapi nak beli rumah banglo yang gah memang tu bukan keperluan dah. Tu jadi kehendak. Dah tu tak sedar diri kan. Biar papa asalkan bergaya konon.
Masalahnya sekarang, bagi aku kereta adalah keperluan. Bukan lagi kehendak. Bukan sebab semua pakai kereta aku pun nak kereta. Semua ada kereta atas nama sendiri aku pun nak jugak. Ni kes keperluan mendesak. Aku memerlukan kereta untuk ke sana sini. Kalau yang belum tahu aku biasa guna kereta. Setahun mungkin. Cuma dah tinggal rangka sekarang.
Bila dah terbiasa ada kereta sendiri. Aku jadi cacat tanpa kereta. Nak pergi mana-mana susah. Kena berkorban banyak benda. Kereta secara tiba-tiba menjadi keperluan. Aku selalu dengar pengangkutan awam kan ada? Dulu ye, sebab kereta nak beli tak mampu. Sekarang kereta pun macam beli baju dah. Jangan bandingkan zaman sekarang dengan dulu. Lain sama sekali. Paling menyampah orang sibuk bandingkan zaman dulu. Kami hidup zaman kini, jadi fahami jiwa dan situasi orang zaman kini. Kehendak boleh juga berubah jadi keperluan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
16 comments:
yg penting diri kita sendiri tau mana yg perlu dan tidak.
menjadi selfish tue adakalanya diperlukan :)
Uiih.. Saya ni pulak, orang dah sibuk suruh ambik lesen dan beli kereta. Diorang cakap susah tak ada kenderaan sendiri. tapi, saya belum berduit ma.. Tada duit mana boleh amik lesen. malu dah kot pakai duit mak. heheh.
Kalau dah rasa mampu, beli je la..dapat tak 1st hand pon okay kalau pand
Oops* kalau pandai cari
kena pandai tentukan kehendak dan keperluan...
simpati dengan keadaan kereta iffah..bagi saya pun kereta satu keperluan..
kumpul duit la..buat beli kereta
betul betul betul, even zuan yang masih blaja ni pun perlukn kereta.. not demanding, but making life easy :)
kehendak itu berbeza2 ikut kemampuan.
p/s tahniah tersenarai untuk bulan februari
setuju... kalau dulu memang lah kereta diibaratkan sebagai kehendak.. namun kini dengan perubahan dunia yang sentiasa bergerak pantas, keereta kini berubah menjadi kehendak yang perlu ada untuk kita....
salam iffah.pada pendapat akak jika mampu beli dan amat perlukan kereta ia mmg jd keperluan.nak2 anak dara.lbh selamat jika berkereta sendiri berbanding kenderaan awam yg rata2 pendatang asing penumpangnya.
akak setuju dengan iffah! zaman sekarang kereta memang dah jadi keperluan..
assalamualaikum iffah...semuanya penting tapi haruslah berpada2 dan moga iffah akan mendpt kereta yg baru ye...:)
ai pun rasa kereta keperluan skang ni.. tapi ai tak mampu lagi.. huhu
Salam..
keperluan & kehendak...manusia slalu letak kehendak bwh keperluan. t'pulang pd sejauh mana kehendak tu mampu dicontrol oleh keperluan.
http://typingerrorsukahatiaku.blogspot.com/
keperluan kne tgk kemampuan jgak....
bersabarlah.... nanti da mampu bli...
bt smentara b'tahanlah dhulu
btol tu..jgn bandingkan zaman sekarang dgn dulu.
tak sama.
tolong la faham sesapa yg still bandingkan sekarang dgn dulu..
=.="
bila keluar shoping selalu jugak konfiu yg mne khendak & keprluan :D
Post a Comment