CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: A man among men Part 1

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Langkahnya mati di situ. Ditenung wajah lelaki bersuara garau dalam. Geram pula hatinya mendengar kata-kata sindiran yang terpacul dari mulut sang jejaka bernama Aiman Ridza.

“Say it again!” Getaran suaranya menampakkan kemarahan meluap. Aiman ketawa sinis.
“Aku darah melayu. Aku tak faham satu apa pun kau cakap wahai minah miskin kain,” Elma Nabila mendengus.
“Kau jangan buat-buat bengap. Orang tak sekolah pun fahamlah. Miskin kain kau kata? Kau tahu apa makna miskin? Kau tahu yang miskin tu sebenarnya kau. Buang masa aku layan kau. Baik kau blah dari sini,” 

Jelingan maut diberikan. Sedikitpun tidak menggusarkan hati Aiman. Malah menjengkelkan. Kata-kata Nabila baginya melampau. Dia tahu dia bukan doktor bukan juga jurutera. Cukup dengan Ijazah seni kulinari. Dia tahu letaknya nilai ilmu bagi perempuan itu. Apalah ada pada kerjaya tukang masak. Hatinya terguris. Namun, dia diamkan saja. Pandangan orang ramai menyesakkan dada. Ingin saja dia menampar mulut cabul milik wanita bertubuh sederhana tinggi.

‘Aiman sabar Aiman. Dia sengaja cari pasal dengan kau,’ Aiman bermonolog sendiri. Nabila menanti respon Aiman dengan harapan Aiman akan bengang dan pergi dari situ.
“Kau apasal tak blah lagi?”
“Ada aku kata aku nak pergi? Sekarang ni kedai makan ni bukan bapak kau punya. Jadi jangan nak suka-suka halau orang. Ingat aku tak ada duit ke apa?” Aiman membalas dengan tenang. Suara perlahan saja. Enggan dia malukan diri lagi. Amarah Nabila memuncak lalu dia sendiri pergi dari kedai makan itu.

Xxxxx

Malam terasa panjang sekali. Perbincangan  orang tua benar-benar menyesakkan dadanya. Nabila ingin membantah namun apalah dayanya. Dia merupakan anak tunggal kepada keluarga Datuk Syahreza dan Datin Maimun. Tak mudah untuk dia menolak permintaan orang tua. ‘Blind date’ seterusnya berjalan seperti yang dijadualkan.

Dia perlu jumpa dengan semua lelaki yang diaturkan keluarganya. Nabila hanya akan dapat menjadi pewaris tunggal sekiranya dia berjaya menemukan lelaki idaman dan berkahwin tahun ini juga. Nafasnya sesak mengenangkan nasib dirinya. Siapa kata orang kaya semestinya bahagia?

“Bella, dengar tak apa papa cakap ni?” Suara Datuk Syahreza mula memetir. Dia angguk lemah. Enggan menerima tapi terpaksa juga merelakan.
“Baiklah. Esok date kamu anak kawan papa. Dia baru balik dari Saudi Arabia. Chef terkemuka. Harap jodoh kamu dengan dialah. Senang papa nak buat bisnes kat Arab sana,” Ketawanya senang.

Setiap kata papa Nabila adalah muktamad. Tiada bantahan boleh dibuat. Tiada penolakan bisa diluahkan. Hanya anggukan atau jawapan positif yang mahu Datuk Syahreza terima. Datin Maimun membatu di sisi tak mampu menghalang lagi.

“Bella maafkan mama. Papa buat semua ni untuk Bella juga. Mama pasti Bella akan jumpa juga lelaki yang sempurna sebagai suami,” Air mata Datin Maimun bergenang.
“Mama, semua untuk Bella? Mama nampak ke mana baiknya untuk Bella? Mama nampak ke betapa bahagianya Bella bila dipaksa jumpa entah lelaki mana yang papa aturkan. Mama seronok dengan permainan aturan papa ni? Mama kejam!”

Nabila kecewa. Seperti selalu dia tersepit. Terdesak dan terpaksa menurut segala percaturan papanya. Di hatinya sungguh mendahagakan kasih ayah yang tak bertepi. Namun, sudah takdir mendapat lelaki bengis dan ditaktor seperti papanya. Hatinya masih mengharap seseorang akan datang menyelamatkan dia dari belenggu boneka ciptaan papa sendiri.
Bersambung...

Nota Iffah: Cerpen ni aku publishkan kat warnakaseh.blogspot.com dulu. Kan aku salah seorang penulis kat sana. Jadi menjawab soalan Puan Nong Andy kita, memang tak pernah baca. Ni baru publish ni.

7 comments:

Nong Andy said...

okeh.. kalau gitu. bila sambungannya hehehe...

*pagi2 baca cerpen sebagai sarapan pagi hehehe..

Panglima Muda said...

macam filem

Rozuan Ismail said...

nabila seorang yang angkuh dan moden tetapi still mendengar cakap ibu dan bapa dia =)

kiera'sakura said...

betul la tue, kaya x bermakna bahagia...

*klu akak anta cerpen Nota cinta yg kau tinggalkan kt warna kaseh blh x?

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hmm menulis kat 2 blog ek? cool! :)

reenapple said...

ohoooo... cepat sambung cepat sambung.. heee

Bidadari Syurga said...

adoi... baru ep. 1 dah buat aku tertunggu... aku rasakan dia mesti kahwin dengan aiman. weeeeeeeeeeeeeeee....

ps: aku nak usha 2 plak

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers