CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Keranamu BLOG

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Papan kekunci netbook kesayangan sentiasa berbunyi. Mana taknya rutin hariannya hanyalah di depan netbook putih itu. Segalanya ditaip dan diabadikan di dalam alam maya. Siapa tak kenal wujudnya dunia blogging. Hampir setiap masa dia ingin menjengah melihat blognya.

Minatnya bukan kepalang. Dia begitu suka dengan dunia blogging. Walaupun telah ramai mengatakan dunia blogging hanya sandiwara semata. Setiap bait kata yang ditaip adalah dusta. Tapi dia tak peduli omongan luar itu. Baginya setiap orang ada keinginan dan minat masing-masing.

“Amboi aku panggil tak dengar. Ingatkan tidur tadi,” Zakiah menegur dari belakang Raudah.
“Kau ada panggil eh? Ni aku tengah update entry. Kau kenapa datang ni?” Dia mula menekan papan kekunci laju. Malas pula dia melayan kawannya bertandang. Bukan apa, mereka seperti adik beradik. Tak perlu nak ditatang dimanja. Masing-masing sudah terbiasa dengan layanan ala kadar.
“Yelah aku datang pun tak boleh. Tahulah ada boyfriend,” Nada rajuknya buat hati Raudah ketawa.
“Awat kau nak sentap ni? Lagi satu mana BF aku?” Makin pelik dia dengan perangai sahabat baiknya.
“Tu kat depan mata tu. Blog kesayangan. Patutlah tak ada pakwe. Sibuk menghadap netbook je. Lepas tu pakai spek. Konon buat kerjalah tu,” Raudah ketawa. Ditekannya butang Publish Post.
“Kau ni tak mengutuk aku sehari tak boleh ke? Lagipun bukan sehari aku terjebak dengan dunia blog ni. Lama dah. Kau kenal aku macam mana kan?”

Zakiah hanya tersenyum. Bukan dia tak kenal dengan Raudah. Sejak tamat SPM dulu dia dah berblog. Malah pernah juga Raudah mengajaknya memasuki dunia blogging. Namun, ditolak bulat-bulat. Dia bukannya suka menghadap komputer lama-lama. Sakit kepala dibuatnya. Pujukan sahabatnya gagal. Tapi jauh disudut hatinya mengagumi kecekalan Raudah setia pada blognya.

“Dah jom makan. Aku lapar tahu tak?” Suara Raudah memecah sepi.
“Jom, ingat tak lapar tadi menghadap buah hatilah katakan,” Keduanya ketawa girang. Tudung dicapai dan pintu dikatup. Mereka menuju ke kedai makan berdekatan saja. Sedap lagi murah harganya.

Xxxxx

“Makan?” Pelayan muda mendekati mereka. Cantik matanya. Raudah kelu tiba-tiba. Renungan itu membuatkan hati berdebar tak semena-mena.
“Nak makan apa cik?” Dikuatkan suara. Raudah jadi kalut. Segera Zakiah yang menyampuk.
“Menu ada? Kawan saya tak tahu nak order apa,” Pelayan itu mengangguk lalu pergi. Raudah malu sendiri.
“Kau kenapa?” Raudah hanya tersenyum. Debar hatinya masih belum terhenti tatkala melihat kelibat jejaka itu kembali. Menu ditilik sebentar cuma. Tak sanggup dia bertahan lama. Panahan mata lelaki itu membuat dia tak senang duduk. Segera dia memesan makanan.
“Kau okey ke?” Raudah mengangguk laju. 

Enggan hatinya berkongsi dengan Zakiah. Cukuplah dia yang tahu. Lelaki itu benar-benar mengganggu malamnya. Dia tak keruan. Adakah rasa ini luar biasa? Adakah semuanya gara-gara cinta pandang pertama yang selalu orang sebutkan? Dia gundah!

Xxxxx

Siapa gerangan wahai jejaka
Buat aku gelisah sentiasa
Ingin aku tanyakan nama
Segan juga ingin bertanya

Lama sudah dirimu ada
Hati terdetik ingin bersua
Rindu menjengah ada saja
Bikin hati meronta-ronta

Panahan mata yang menggoda
Buat aku tertawan seketika
Ingin ku kata cinta padanya
Malu kuturut luah tiada

Pantun dikarang bagi meluah rasa. Raudah sangat segan bertemu lelaki yang telah memanah jiwanya. Blog tempat dia meluah setiap rasa. Segan jikalau dia ketahuan. Zakiah pun belum tahu kebenaran itu. Malah kadang kala dia sendiri pergi makan di kedai itu. Sengaja melepas rindu. Sedar tak sedar sebulan telah berlalu. lelaki itu masih di situ. Masih bergelar pelayan setia. Raudah tidak menunjukkan rasa minatnya. 

Ego mengatasi segalanya. Malu paling utama. Dia makan dan pergi. Itulah rutinnya. Setiap rasa dicoretkan melalui blog peribadinya, hanya itu yang dia mampu lakukan hingga saat ini. Dia malu bergelar perigi cari timba. Lelaki itu masih seperti biasa. Dia bimbang dia pula yang akan malu jika ditolak mentah-mentah. Dia malu sangat.

Xxxxx

Ketukan pintu bertalu-talu. Zakiah mungkin. Segera Raudah membuka pintu.
“Kenapa ni? Kau dari mana?” Zakiah kepenatan. Dia duduk bersila di depan Raudah.
“Guess what?” Raudah malas berteka-teki. Dia duduk kembali ke depan netbooknya.
“Eh kau nak tahu tak ni? Tadi aku lalu kedai makan tu. Mamat yang macho tu dah tak kerja kat sana dah. Lepas ni tak dapatlah kita nak cuci mata. Macho beb. Kau ingat tak mamat tu?” Zakiah bersungguh. Tanpa dia sedar hati Raudah remuk. Lepas ni takkan dia berpeluang bertemu muka dengan lelaki itu. Dia dilanda kecewa. Raut wajahnya berubah serta merta.
“Kau sedih kan lelaki tu tak ada? Samalah aku. Punyalah macho, tapi sayang. Aku jenguk kedai tu tadi. Tapi memang Pak Abas kata dia dah berhenti. Dia kerja part time je. Aku tak nak tanya lebih-lebih. Kang Pak Abas kata aku minah kepoh,” Bebelan Zakiah bagaikan angin lalu.

Raudah kecewa. Kecewa dan menyesal bergabung rasa. Dia menyesal kerana tak diluah rasa sebelum lelaki itu pergi. Kini cinta pandang pertamanya terkubur begitu saja. Hilang tanpa belas. Hatinya menangis sendiri.

Xxxxx

Malam tanpanya di sisi. Aku sunyi sebenarnya bila tak nampak kelibat dia lagi. Mungkin dia tak merasai apa yang aku rasakan. Sungguh aku rindukan senyumannya. Ingin sekali aku berjumpanya dan berterus-terang bahawa hati ini telah terpikat padanya. Ingin sekali aku luahkan bahawa kahwinilah aku. Aku ingin kamu menjadi iman kepada aku dan anak-anakku kelak. Aku kepingin sekali=(

Luahan rasa terus dicoretkan dalam blognya. Lama sudah lelaki itu menghilang. Ada juga ibunya mengatakan ingin menjodohkan Raudah. Namun, hatinya berat untuk menerima pinangan. Ya, hatinya masih bersama sang jejaka yang punyai mata yang memukau.

“Hah buat apa tu?” Zakiah menyibuk.
“Bloglah apa lagi. Kau kenapa?”
“Aku lapar. Jom pergi makan,” Raudah tersenyum kelat. Dia tak selera nak makan. Lagi-lagi makan di kedai itu. Kedai penuh sejarah.
“Jomlah. Lama dah kita tak makan kat situ tau. Jomlah Raudah!” Rengekan Zakiah membuatkan dia rimas.
“Yelah, tapi kejap je okey. Aku malas nak lepak lama-lama,”
“Kenapa? Kot iya sayang blog, takkan makan pun tak mahu,” 

Zakiah masih tak mengerti hati sahabatnya yang dilanda badai rindu. Ingin saja dia akui dia jatuh cinta. Namun, dia malu. Dia tahu Zakiah tak suka membaca blognya. Sebab itu Raudah berani luah rasa di situ. Blog itu bagaikan diari terbuka. Sesiapa yang berminat boleh membacanya. Tiada sekatan atau paksaan.

Xxxxx

“Hah kamu berdua nak makan apa?” Pak Abas sentiasa ceria menegur.
“Mee goreng dan teh tarik. Kau?” Zakiah laju memesan. Raudah masih berkira-kira.
“Samalah Pak Abas. Sunyi hari ni?”
“Aah pelanggan tak ramai. Sejak Mirzad tak ada, makin hilang pelanggan pak cik,” Raudah sentap. Memang dia datang sebelum ni hanya ingin melihat lelaki itu. Mirzad namanya.
“Mirzad ke mana Pak Abas?”
“Dia dapat offer kerja kat KL. Tu yang tak ada tu. Mirzad budak baik,” Pak Abas pergi menghantar pesan. Raudah tersenyum. Tahulah dia lelaki itu ke mana.
“Kau kenapa senyum sendiri ni?”
“Tak ada apa. Aku teringat blog aku je,” Raudah segera memandang lain. Malas pula dia berborak dengan Zakiah. Bimbang rahsianya terbongkar. Hatinya mengukir nama Mirzad sentiasa.
10 minit selepas itu Pak Abas datang membawa makanan mereka. Lantas Pak Abas menarik kerusi. Ingin berbual gayanya. Keduanya tidak kisah. Lebih baik ramai barulah seronok makan.
“Kamu berdua bila nak habis belajar?” Pak Abas memulakan sesi temubual gayanya.
“Kami insyaallah hujung tahun ni,” Senyum meleret.
“Dah ada buah hati?” Pak Abas bertanya lagi. raudah mula segan apabila di tanya soal ini.
“Kenapa pakcik? Nak carikan kami jodoh ke?” Zakiah giat ketawa.
“Aah. Ada orang bertanyakan kamu. Kalau kamu dah berpunya tak adalah pakcik nak rekemenkan,”
“Ops yeke? Siapalah tu? Saya dah bertunang pakcik. Hah Si Raudah ni single. Eloklah tu pakcik,” Raudah sudah malu.
“Iya? Eloklah tu. Nanti pakcik bagitau kat dia. Rumah Raudah kat mana? Senang dia nak meminang,” 

Pak Abas ketawa senang. Raudah mula tak senang duduk. Namun dia diamkan saja. Zakiah yang melebih. Entah siapa yang mahukan dia. Dia bukan peramah seperti Zakiah. Senyum bila perlu saja. Hati mula gementar.

Xxxxx

“Saat hati dah mula mengikat janji, abang dah nekad hanya sayang di hati,” Mirzad tersenyum memandang isterinya, Raudah.
“Cinta kita terpatri dalam diam menjadi. Hanya abang yang saya nanti dari dulu hingga kini,” Tangan mereka bertaut menjadi satu.
“Hati diduga amukan rasa, abang hilang sayang merana,” Mirzad pula berkata. Jiwang kadang kala tak salah. Lebih-lebih lagi dengan yang halal baginya. Keduanya sama suka.
“Abang ke sana tanpa berita, saya meracau menanti cerita,”
“Abang hilang baru nak teraba-raba depan mata tak pula nak cara?” Keduanya ketawa.
“Dahlah abang. Penat saya melayan. Kang sampai esok kita tak makan,” Raudah melepaskan tangan suaminya, Mirzad.

Pinangan Pak Abas ditolak. Bukan dia ego tapi hatinya ada pada Mirzad seorang. Teringat satu hari dia membuka ruangan komen. Alangkah terkejutnya Raudah, melihat Mirzad komen di situ. Bermulalah bibit perkenalan dan berakhir ke gerbang perkahwinan.

Mirzad tahu isi hati Raudah hanya melalui blog. Itupun setelah pinangannya melalui Pak Abas ditolak. Menurut abah angkatnya, Raudah sudah berpunya. Dia kecewa namun berkat usahanya meminta link blog milik Raudah dari Zakiah baharulah dia tahu yang hati Raudah miliknya.

“Abang, tolong ambilkan saya serai.” Raudah melaung dari dapur.
“Ya patik menurut perintah, tuanku,” 

Mirzad keluar dengan senyuman. Cinta pandang pertama isterinya membuahkan cinta sampai ke syurga. Dia mengharapkan kebahagiaan milik mereka berdua. Hanya kerana blog, dua hati manusia bisa bersatu. Hanya kerana blog, dia memahami rasa hati isterinya. Hanya kerana blog, bahagia milik mereka berdua kini.

Nota Iffah: Entah apa-apa aku merapu. Lantaklah. Lepas gian je ni. Nak buat proposal tak jugak gerak. Kini aku bercermin mata kembali. Adakah akan berkereta juga? Tarikh kehilangan kedua benda ni sama rupanya =)

13 comments:

Sunah Sakura said...

rajinnya i baca sampai habis... :D

nice pilihan nama... ;)

fRaMe+LenSeS said...

Kerana belog ye bercinta. Perghhhhhh untunglahhhhh

ijA said...

wahh dunia maya pun leh bercinta kann..

Gen2Merah said...

wahhh, syiok je baca sampai abis... romantiknya kisah ni.. untunglah jadi Mirzad.. dapat isteri yang selama ni berkenaan kat dia... Nice story..

Rozuan Ismail said...

apakah aku pon ada secret admirer.kih kih.sape taw kan

FasiHaH SupiaN said...

keranamu blog, proposal tak siap lagi ye kak iffah.hehehehehehe

reenapple said...

okey... kau buat aku angan3 la.. hehehe

cik Kartun said...

kenal isi hati melalui blog?? untun2..
pas nie nk bakal suami CK kenal CK mcm tu jugak boley?? hehehe

kiera'sakura said...

wahhh suwitnye,,,

ada jer yg bercinta dari alam maya... ;)

lieynanilaz said...

best!!...

aDisH.sHidA said...

erm.....best...suka...

erm harap2 mcm tu la....


eh eh iffah dah pakai spek erk...

Nong Andy said...

oh.. pakai cermin mata yek? he....

blog sungguh buat gian hehehe..

tulisan dlm blog boleh buat kita senyum, menangis dan tertawa..

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

semalaman zuan tak online..hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers