CORETAN TERBARU NADH

Kepuasan memasak


Semua pakat buat entry pasal masak. Jadi aku pun nak sambung jugak. Memandangkan aku ada post status pasal hal yang sama. Agak-agak korang apa perasaan tukang masak bila tengok pelanggan makan tak habis? Sedih kan? Mesti dia rasa masakan dia tak cukup bagus untuk memenuhi citarasa pelanggan. Itu makanan berbayar.

Kalau kita sebagai suri rumah. Yang kerjanya masak untuk keluarga? Kalau tak habis, apa perasaan si tukang masak di rumah? Sedih? Ya, macam tu jugak aku. Bila malas memasak, orang suruh aku masak. Bila aku masak, tak ada pula yang nak habiskan makanan. Seolah masakan aku tu tak diperlukan. Bila dah jadi macam tu mulalah rasa malas kembali.

Ya aku tahu hati kenalah ikhlas. Tapi kepuasan memasak tu makin pudar. Penghargaan kadang kala perlu. Disebabkan aku mengejar kepuasan, jadi aku rajin masak hari ni. Menunya ialah ikan bawal masak tiga rasa dengan sambal goreng jawa. Resepi bantai je. Aku pun main campak je. Tapi rasanya bolehlah ditelan.

Disebabkan dua sahabat maya. Sunah dan Kak Ipar aku sibuk menulis entry pasal memasak. Aku pun terajin nak buat entry ni. Insyaallah kalau kita ikhlas memasak, pahala akan dapat kat kita. Kalau korang tahu, aku dah dapat tahu senjata seorang isteri. Siapa nak teka apakah senjata itu? Jeng jeng jeng!
Published with Blogger-droid v1.7.4

23 comments:

laskar pelangi said...

wahhhh blog dah nampak kelainan:)

seriusssss best kalau dapat masak:)
kepuasan tu penting:)
tgk2 adk2 or fmly kita makan pun habis..rasa seronok makin menular~hehe

kiera'sakura said...

wahhhh akak lapar dari tadi cite pasal makanan..hukhukhuk..

sbb tue akak klu nk buat something yg lain akak tgu blek kg.. kt kg ramai yg nk tlg makan, klu x pun akak yg paksa suh diorg makan jugak.. hahahaha

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

orang makan habus apa yang kita masak... kita dah kenyang kepuasan . xmakanpun xpa dah... (^___^)

Sunah Sakura said...

cantiknya ikan bawal tu..hahaha~

ape senjata isteri? cepat gitau!

shiema sufian said...

senjata seorang Isteri ialah dengan memasak kan ? menitisnya peluh seorang isteri memasak untuk suami dan anak anaknya, Allah akan buat satu lorong untuk menghalangnye dr api neraka (:

aDisH.sHidA said...

senjata seorang isteri adalah air tangan masa memasak...masa kita basuh beras pun dah boleh kan...hehe..tatau la betul ke x...

dah lama teringin nak makan masakan dapur seri iman nie....

betul masa masak tu kena ikhlas..insyaAllah

aimie amalina said...

meh2
pos sini meh
owg sini x ckup mkn ni
hehehehehe

fRaMe+LenSeS said...

apa dia senjata tu? senang kalau gtau nadh nak sediakan penampan. kang senang nak lawan. ahahahahahha :P

Nong Andy said...

rasianya?

periuk dan kuali.. hehehe


yang melayang ketika gaduh :p

hehehe.. gurau je

Gen2Merah said...

betul betul.. mak salu pesan sama kami adik beradik.. kalau makan makanan yang di masak oleh orang, walaupun tak sedap macam mana pun kena habiskan juga.. sebab masakan itu sensitif.. kerana masakan tak d makan abis org boleh berkecil hati...

p/s: senjata pempuan tu rasanya 'air mata' kot... ehehehe... ada hadiah kan teka teki macam ni,, ehehe

mas saari said...

memasak ni kena ikhlas barulah dapat kepuasan...

Rozuan Ismail said...

pergh,terliurnya aku nengok ko masak.sedap aih

maszull said...

assalamualaikum iffah..memasak dgn ikhlas hasilnya semua masakan itu akan terasa kesedapan n keenakkannya dan yg memasaknya pasti terasa kepuasannya...moga sentiasa rajin memasak yer...:)

ahsfantasy24 said...

Wah3.. dah boleh isi borang kawin ni,
hehe ikan tu nampak lazat ^^

Afiq Yassin said...

terliur afiq tgk ikang tu..
nak sikit leh x?? hu3

najwa nano said...

ada satu lagi tabiat orang dalam rumah..time masak sikit makan banyak time masak banyak makan sikit,pastu tak habis..serius sakit hati..

reenapple said...

ok... aku dahlah lapar.. huhuhu.

macam best je. sila pos ke sini.. hehehh

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hehehe nanti leh soh masak :D

Eera Shera said...

kita masak2 penat2, tgk org makan sampai menjilat siku..peh terharu!

Cik Pulau said...

ai tak pernah masukkan pasal makanan kat blog ai kan.. hahaha

AriF FaZDiLaH said...

masak...herm...best...!!

AriF FaZDiLaH said...

best..

deno said...

deno terer goreng telur je... uhuk3...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers