CORETAN TERBARU NADH

Hidup jadi penumpang

Semua pernah rasa jadi penumpangkan? Bila kita wujud dalam perut mak lagi kita dah menumpang. Lepas lahir menumpang dengan kasih sayang mereka. Yelah masa tu tak reti apa lagi. Makan bersuap. Kencing pun orang basuhkan. Sampailah belajar merangkak dan berjalan.

Dah pandai berjalan, baru nak berlatih tak pakai lampin. Baru belajar hidup di kaki sendiri. Itupun duit belanja semua mak kasi. Sampai ke universiti pun menumpang dengan belas kasihan orang. Menumpang biasiswa, elaun atau pinjaman.

Segalanya kita buat terpaksa bergantung dengan orang lain. Sampaikan pergi ke fakulti ke mana-mana terpaksa tumpang dengan orang. Hidup sebagai penumpang memang peritkan. Rasa tak berguna sebab terlalu harapkan bantuan orang.

Sampai masa kita rasa nak bangkit berdikari. Tapi masa itu lama lagi nak tiba. Bila dah berdikari, kereta sendiri. Dapat merasa duit sendiri mulalah rindu masa zaman menumpang dulu. Tapi hina sangatke hidup sebagai penumpang? Sekarang pun kita masih lagi menumpang di bumi Allah. Ingat selamanya kita hanya penumpang.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Nyamuk Terbang said...

ya kita hnya penumpang di bumi yg hnya pnjaman smntra

shiema sufian said...

Ya kita sememangnya sentiasa menumpang. menumpang kasih. menumpang tinggal di bumi Allah. dan berbaktilah kepada sesiapa yang memberi tumpangan kepada kita itu (:

cik Kartun said...

kerana DIA kita bernafas.. :)

sea_lavender said...

hidup ini sgalanya krna Allah yg berikan..kata syukur Alhamdulillah sematkan dalam diri kte..^_^ moga kehidupan kte drahmati-Nya selalu..
Insya-Allah...

Naniey TJ said...

Hina manusia bila tidak tahu bersyukur..... Allah menjadikan manusia dengan kasih dan sayang... kerana itu manusia hdp dengan b'kasih sayang.... penumpang adalah satu perkataan yg luar biasa bila kte menerima diri dan keadaan kita dgn rasa syukur....hidup dlm keadaan b'ksih n syg itulh sebenar penumpng.
p/s : hidup ini adalah ksih syg dr Allah....

Nong Andy said...

Tumpang kat bumi tuhan.. yea.. kita mesti ingat itu.

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

umpama tumbuhan refflesia.. :)

aimie amalina said...

apabila kita menumpang
kita akan sedar kita lemah
dan kita perlukan tuhan
perlukan org disekeliling kita
utk sapot kita


adoii.
smbung entri kak ngah plak aku kat sini
hahahahhaha :p

.........cP~ said...

Salam..sekarang pun menumpang rumah abang..

mas saari said...

betul tu... kita ni hanya penumpang sementara di dunia Allah!

kiera'sakura said...

selamanya kita hanya penumpang.. betul tue.. dan bila dah menumpang seharusnya pandai bawak diri cara menumpang kan...

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers