CORETAN TERBARU NADH

Pantun diam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kuala Lumpur bandarnya maju
Tempat orang muda dan mudi
Sungguh sedih rasa hatiku
Melihat kau gembira kini

Indahnya negeri Serambi Mekah
Sawah padi ada di sana
Rasa hati nak lepaskan marah
Diam buat hati merana

Lama sudah tidak ke muara
Menangkap ikan buat pekasam
Kenapa hati enggan bersuara
Jari digigit perasaan dipendam

Pergi Melaka beli belacan
Beli pulut dan nasi kepal
Rasa hati perlu diluahkan
Jika tidak akan menyesal

10 comments:

afiq said...

ha3.. pantun berbisik

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

menghayati pantun diam di pagi hari~

Cik Sara said...

nice~

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

berpantun pantun sahabat kita ni..hehe

senyumSOYA said...

dalam maksud ni.. hehehhe~

lieynanilaz said...

ini pantun sesi lepas geram ke..hehe.

sea_lavender said...

pantun luahan hati la tu~~

Gen2Merah said...

pantun terbaik.... (",)

kiera'sakura said...

jika suka katakan suka
takut nanti jiwamu merana
jika sayang katakan sayang
bimbang nanti peluangmu melayang

-pantun diolah kembali- ;)

Nong Andy said...

Diam-diam ubi berisi
Jangan simpan buah kepayang
diam-diam hati terisi
dalam diam tersimpan sayang

*teringin memantunkan diri juga ahaha..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers