CORETAN TERBARU NADH

Jika itu pilihannya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak, aku biasa je. Mana ada popular.

Kau salah orang kot. Siapalah aku dibandingkan dengan blogger lain?

Aku bukannya popular. Orang tak kenal pun siapa aku.

Selalu orang kata begini. Selalunya orang yang berkata sedemikian orang yang dikenali dan agak popular. Macam aku, walaupun hanya berapa kerat je kenal aku. Aku lebih suka memilih untuk mengaku tidak popular. Memang tak popular pun kan? Aku tak mengaku sebab aku tak nak bangga diri.

Tapi bila orang lain kata benda sama yang aku kata. Buat aku rasa tertipu. Menyampah. Rasa terherdik pun ada. Sedangkan orang tu lagi popular dari aku. Lagi hebat dari aku. Macam-macam lebihnya dia bandingkan dengan aku. Setelah refleks diri balik, aku pun sama macam dia.

Memilih untuk merendah diri. Tak berniat pun buat orang menyampah. Penafian tu lebih kepada cara untuk aku serta dia tak sombong, angkuh dan bangga diri. Cuma nasihat aku pada diri sendiri dan yang lain, jangan terlalu merendah diri sampaikan orang menyampah dengan kita. Buat macam biasa. Jadi diri sendiri lebih mudah. Tak payah pening kepala fikir =)

Ps: Entry ni umum. Tak ada kaitan dengan sesiapa. Sebab rata-rata yang aku kenal mesti memilih untuk rendah diri. Termasuklah jiran aku yang petakmalu tu. Selalu mengaku diri tak popular padahal??? Geram je aku haha.

12 comments:

.........cP~ said...

Salam.. Memang pun, kadang rada, ek eleh, tak popular apa pulak dia ni..
Tak fikir pulak dia nak elak riak..hmm.. Saya lagi la tak popular..hehe

aimie amalina said...

oklah,
oklah
opah popular
hahahahahahahahahahaha :p

Izz Faizah said...

sye tak popular...kihkihkih..:)

Cik Pulau said...

hurmm.. semalam da komen panjang2. yg penting layan vdeo matluthfi.. hahhaa

sea_lavender said...

kdg2 kte leh jadi riak..
jadi biarlah besederhana dgn ucapan Alhamdulillah..namun merasa rendah diri dgn apa yg d puji dan d banggakn.. kte kena ingt hanya Allah utk layak segalanya..

FasiHaH SupiaN said...

kak ifah memang popular :)

Lea Isnawi said...

saya lagiiii la tak fofular

lieynanilaz said...

saya pun tak popular..

Nong Andy said...

hehehe.. ya btul. lagikan sesetengah org x tau mcm mana nak tunjuk reaksi.

cth :
" cantik la kau ni.. badan langsing"

bila kena puji mcm tu depan2? er.. mcm mana nak buat? malu ada segan pun ada kan.. ini contoh jer.

tapi x dinafikan kalau menidakkan secara berlebihan tu memang akan menimbulkan rasa menyampah. aku pernah terbaca dlm blog seseorang, best pula bunyinya.. ayat ni memang klise la..

" benda2 baik yg aku kongsi ni dtg dari tuhan, yg buruk pula dtg dr saya.."

canti la ayat tu sebenarnya. Sebab idea2 yg kita tulis ni pun sebenarnya anugerah tuhan..

* Best isu ni hehehe.. ko femes tapi tetap merendah diri n kau sentiasa terbuka menerima kritikan dan pujian, n paling best ko x ego minta maaf--> bukan bodek tau! aku seronok kenal dgn ko :) sori. dah terpanjang..

reenapple said...

betul3... aku setuju. kadang merendah diri itu lagi bagus.. lantaklah orang nk kata apa.. yang penting kita tak suka dianggap sebegitu.. =)

mas saari said...

akak pun tak popular...hehehee

kiera'sakura said...

x popular jugak, tp ramai kawan yg baik2.. errrr blh ke jwb cenggitu? hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers