CORETAN TERBARU NADH

Nak buat antologi cerpenlah!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey, sebenarnya aku teruja nak kongsikan berita gembira dengan korang. Masih lagi aku rahsiakan benda ni. Sebab takut tak jadi. Bukan pasal antologi cerpen. Haha pasal pengganti Maria. Lama aku pujuk family aku untuk benarkan aku drive semula. 

Diorang risau aku fobia. Aku punya tangan pun tak baik sepenuhnya lagi. Memang agak merisaukan di situ. Macam manalah tangan ni nak masak, nak bawak kereta, nak buat macam-macam. Bila aku kata OKU ibu marah. Sebab dia kata aku bukan OKU. tapi aku dah rasa macam OKU ni. Tangan dominan pulak kan?

Makan pun still pakai sudu. Serius rindu nak makan guna tangan kanan. Hari tu boleh pulak terkuis nasi guna tangan kanan. Dah 20 tahun terbiasa makan pakai tangan kanan kan. Apalagi aku cuba jugak kaut nasi tu. Malangnya misi gagal. basuh tangan dan makan pakai sudu. Sadis?

Berita gembiranya aku nak beli kereta. Tu je. Mungkin kena korek duit simpanan mana-mana untuk down payment. Mahal jugak kereta sekarang kan? Haha diri sendiri tak berduit ada hati nak kereta. Tapi serius, susah tak ada kereta. Untuk tahun ni ayah aku bayarkan dulu, dah kerja nanti sendiri tanggunglah. Memang mencabar okey.

Sebab tulah aku rasa nak terbitkan Antologi Cerpen. Agak-agak ada banyak tak duitnya? Haha kadang kita kena fikir jauh. Takkan nak harap duit ibu ayah lagi kan? Jadi kalau betul ada peluang aku bukukan cerpen-cerpen aku, korang jangan lupa beli. Support duit beli kereta hehe. Semoga Allah permudahkan kerja aku. Amin.

15 comments:

cik Kartun said...

insyallah.. semoga impian utk memiliki buku sendiri tercapai.. amin! :D

Hafizin Jamil said...

nanti aku bagi duit skit..buat bayar kete ko..ahaha

shiema sufian said...

Shiema beli, insyaAllah. Wow, seronoknya nak beli kereta bru. boleh la bawa shiema jalan jalan (:

Rozuan Ismail said...

huhu.nanti nak tumpang.huhu

Bidadari Syurga said...

dah buat buku tag akak. akak nak beli satu... kalau boleh tebalpun takpa. kamu dah layak buat novel n buat koleksi... sidebar kamu byk dah karya bermutu.... hahahahaha... semoga berjaya. setiap kejayaan bermula dengan impian.

Bella said...

InsyaAllah... Semoga dimurahkan rezeki... lepas ni bila dah boleh drive tu kena lebih berhati-hati ya...

Rara Nasiha said...

Slow-slow dulu, lama-lama mesti siap buku tu. :)

Naniey TJ said...

baguslah macam tu.... belajar drpd pengalaman... b'hati2 memndu... kdg2 kita slalu fikir tu takdir...tp prnh x fikir knp takdir tu t'jadi pd kita... msti ad sbb... fikir2kn....

Eera Shera said...

bestnya kalo dpt terbit buku sendiri..gud luck iffah..jgn lupa bg diskaun :p

✽ ⓔ ⓔ ⓘ ⓨ ⓢ ⓢ ✽ said...

wah... is tingin nak jadi photographer... uhuk2

Diana @ bilakukatacinta said...

akak pon teringin nak jadi penulis...tp rajin nak menulis tu tak pernah mai. nak hapdet belog yg sikit nipun malas..

aimie amalina said...

awww
x saboo nak naik cek PEPEL
heee

opah selalu sapot kak ngah :))

Nong Andy said...

tajuk menarik. iSinya tertarik. hehehe..

best la dapat beli keta :)

* aku booking satu k! hehehe..

Cik Pulau said...

ai pun da bercita-cita nak beli kete ni.. tapi bawaknya taktau.. hahahaa

deno said...

insyaallah deno doaakan impian ifa tercapai! amin! :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers