CORETAN TERBARU NADH

Isu sensitif lagi!

IPOH: “Saya lebih rela memotong leher daripada menggunting rambut. Saya begitu sedih dan marah dengan kejadian ini kerana sepanjang hidup, saya tidak pernah mencabut walau sehelai pun rambut,” kata Basant Singh, 18.
Basant mendakwa menjadi mangsa khianat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunting rambutnya antara 50 hingga 60 sentimeter ketika tidur di asrama lelaki Kem PLKN Seri Impian, Sungai Bakap, Pulau Pinang, awal pagi Ahad lalu.

Ketika ditemui pada sidang media khas yang turut dihadiri ibu bapanya, Surinderpal Singh dan Swaran Kaur, masing-masing 46 tahun, di rumah ibadat Sikh Wadda Gurdwara Sahib, Jalan Gurdwara, dekat sini, semalam, Basant berkata, dia menyedari sebahagian rambutnya sepanjang lebih satu meter digunting ketika bangun tidur kira-kira jam 6.30 pagi. “Saya terkejut apabila mendapati rambut saya digunting. Perasaan ketika itu bercampur baur antara marah, sedih dan bingung.


“Perasaan sama dikongsi 10 lagi rakan pelatih yang ditempatkan sekali dengan saya di Dorm 5, Kem Sri Impian yang terdiri daripada enam Melayu, tiga Cina dan seorang India.

“Mereka turut kesal dan marah serta menyifatkannya dilakukan pihak atau individu tak bertanggungjawab yang menganggap itu bahan jenaka dan tak tahu kesan perbuatan itu terhadap diri saya,” katanya.


Beliau membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Bandar Baharu, Ipoh, pada petang hari kejadian.


“Komandan kem memberi cuti seminggu kepada saya dan beliau memaklumkan bapa perkara berkenaan biasa dilakukan remaja nakal.

“Saya perlu melaporkan diri semula di kem itu pada 23 Januari ini, tetapi saya enggan kembali selepas apa yang berlaku,” katanya.


Sementara itu, Surinderpal berkata, beliau mahu pihak berkuasa memandang serius kejadian itu dan mengambil tindakan sepatutnya terhadap individu atau pihak yang mencabuli hak keagamaan anaknya.

“Hari ini rambut yang kena potong, esok jika leher pula dipotong, siapa hendak bertanggungjawab? Saya tidak mahu menyalahkan atau menuding jari kepada sesiapa.


“Saya dan keluarga hanya mahu pelatih yang menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tanpa mengira bangsa dan agama bukan saja terjamin keselamatan diri, malah hak keagamaan mereka juga perlu dihormati,” katanya.


Surinderpal yang juga ‘Granthi’ (Paderi) di Wadda Gurdwara Sahib berkata, mengikut kepercayaan Sikh, lelaki dan wanita perlu menyimpan rambut di kepala, muka dan badan sehingga mati kerana rambut dianggap simbol pemberian Tuhan.


“Basant penganut Sikh yang taat dan begitu bangga mempertahankan tradisi Sikh terutama penampilan ‘kesadhari’ (menyimpan rambut serta memakai serban),” katanya.



ps:::Siapalah saja nak cari pasal ni? Tak tahu ke agama dan kepercayaan setiap rakyat adalah isu sensitif. Makin menjadi-jadi pulak. Jangan sampai peristiwa kaum muncul balik sudah. Serammmm. Sama-sama berdoa!




sumber: Hmetro

Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers