CORETAN TERBARU NADH

Sekadar berkongsi

Aku sedar yang aku jua insan lemah. Yang bukan sempurna apatah lagi di mata orang lain. Tapi aku ada sesuatu yang harus kongsikan kepada anda semua. Aku tahu mungkin ada yang akan berkata di belakangku. Tapi aku tetap harus berkonsi kepada kalian. Saudara-saudara seagamaku.

Tutup aurat?

Aku sedar aku bukan sempurna untuk berkongsi tentang isu ini. Jelas aku hanya bertudung tapi tak labuh. Kadang-kadang jarang. Ada pula baju agak menampakkan susuk tubuh. Bukan baju balut nangka ya. Hanya saiznya kecil sesuai dengan tubuhku.

Tapi apabila aku melihat artikel itu, aku terdetik. Bila masanya akan ku ubah penampilanku. Adakaha aku tunggu hari kiamat? Adakah aku tunggu hidayah muncul? Adik beradikku seorang demi seorang menutup aurat mereka dengan sempurna. Tapi aku? Masih lalai dengan segala perkara yang lagha. Aku sedar aku tak layak berkata-kata tentang aurat. 

Ada yang kata baik tak payah pakai tudung kalau nak berlengan pendek, pakai legging. Aku jua begitu dahulu. Selalu berkata begitu. Mulut lepas merencanakan kisah orang kat sahabat-sahabatku. Aku bukan nak sokong yang bertudung tapi tak memenuhi syarat menutup aurat mengikut agama kita iaitu agama ISLAM. Tapi bagi aku, jika perempuan itu sudah mengenakan tudung walaupun pendek, nampak dada, cerut kat leher sampai nampak bentuk leher. Tapi mereka dah mengenakan tudung. Dah menutup salah satu aurat iaitu rambut. Sedar tak kita yang rambut yang kita biarkan bebas tanpa tudung akan dibakar ke semasa di neraka! (Betulkan kalau aku salah dan tambahkan jika mahu) 

Subhanallah! Aku jua takut dengan api neraka. Aku tak tahan dengan panas di dunia ini. Apatah lagi di akhirat kelak? Mampukah kita memandang keluarga, kawan kita dan saudara seislam kita dibakar di sana kelak? Mampukah kita menyelamatkan diri kita dengan bekalan yang tak cukup ini? Bekalan yang tak menjaminkan kita akan selama-lamanya di syurga.

Buat yang tak bertudung, cubalah buka pintu hati anda. Selami jiwa ISLAM itu, pastilah kau akan temui hidayah. Hidayah bukan boleh turun dari langit. Tunggu hidayah sampai bila? Sampai kiamat? Sedar tak kita yang kita adalah mahkluk akhir zaman. Tanda-tanda kiamat sudah banyak kelihatan. Tapi kita masih lalai. Masih melakukan dosa berulang kali.

Cukuplah dengan aurat. Belum lagi cukur bulu kening, kata-kata nista, berpacaran, berzina dan lain-lain. Jangan berani buat tapi takut nak menanggungnya. Kamu pengecut! Sedarlah umat Nabi Muhammad S.A.W. termasuk aku. Muhasabah diri. Bukan nak tunjuk lagak tapi ingin berkongsi rasa. Aku jua sepertimu. Masih banyak cela yang harus aku baiki. Marilah sama-sama menyebarkan dan berdakwah. Semoga kita juga akan terbuka hati untuk ke arah yang lebih baik!

Boleh juga melihat artikel berkaitan tudung labuh di artikel tudung labuh


Post by,
Miss Ran




No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers