ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Adli tu ke mana Masz?" Tanya Bos besar aka papa Adli Hairuddin. Masz tersenyum. 'Ni mesti kes tak beritahu papanya dulu. Main lesap je'
"Er dia tak maklumkan yang dia ambil cuti 5 hari?" Masz tanya kembali.
"Tak pun. Ke mana pulak budak ni nak pergi?" Datuk Ridzwan soal sendiri. Dia pening melihat kelakuan anaknya. Main ikut suka hati nak datang. Kejap-kejap hilang. Suruh kahwin tak nak pula. Datuk Ridzwan beredar.
"Kesian Datuk. Ada anak pun asyik hilang je," Masz mengeluh bagi pihak. Masz sebagai setiausaha pun pening. Mana taknya, asyik menghilang je. Sukar nak hubungi. Ni dalam masa 5 hari mesti telefon campak longkang.
xxxxx
"Hai Hanan," Sengihan melebar. Terkejut beruk Hanan melihat jejaka di sebelah. 'Tak mungkin!'
"Er buat apa kat sini?" Hanan pelik.
"Nak balik kampunglah," Jawab lelaki itu selamba. Hanan memandang sekilas kerusi bas. 'Punyalah banyak kosong. Takkan kerusi ni kerusi dia?' Hanan terfikir.
"Kenapa? Pelik ke? Kampung kita kan sama?" Soal lelaki itu lagi. Kini Hanan mulai rimas. Tak betah dia duduk berjam lamanya bersama lelaki yang pernah menggetarkan hatinya dulu.
"Nan, awak nampak tak selesa. Rilekslah. Kita kan kawan sekampung. Lupa?" Sengih lagi. Hanan senyum tapi tak ikhlas. Malas layan. Hatinya berdegup kencang.
"Er tak adalah. Awak bising. Saya mengantuk ni," Lantas Hanan menutup mata. Menghilangkan debaran di jiwa. Lelaki di sebelah tak rasa ke apa yang dia rasa?
"Hanan, temanlah saya borak. Kesian saya," Hanan pura-pura tidur. Matanya pejam rapat. Lelaki itu menghala kad wangi ke arah hidung Hanan. Hanan mulai tak selesa.
"Apanya awak ni?" Dia buka mata dan sekali lagi terkejut. "Kad kahwin siapa?" Hanan meneguk air liur. Lumat hatinya melihat nama yang terpapar. Zulfadli dan Quratun Aini.
"Aini?" Hanan terkeluar sepatah saja.
"Yup, Aini. Dia seorang yang berjaya mengetuk pintu lalu membuat si jejaka membuka pintu hati lalu memberikan ruang untuknya," Puitis sungguh. 'Bertuah si dia' Hanan tahan sebak di dada.
"Kenapa baru nak bagi?" Hanan tanya. Cuba menutup rasa yang gelojak di jiwanya. Hati mana tak sakit? Cintanya memang hanya bertepuk sebelah tangan sejak zaman persekolahan dulu. Zulfadli, lelaki yang disebelahnya kini merupakan tunangan orang. Tak wajar mereka duduk bersama. Apa kata tunangnya nanti.
"Hanan kenapa awak tak wish pun? Zulfadli pelik. Dia ingat Hanan akan melonjak gembira. Tapi sebaliknya sahabatnya membisu. Hanan beku. Tiba-tiba.
"Eh Hanan, buat apa duduk depan ni?" Lelaki lain muncul. Lain pula perwatakannya. Hanan terperanjat. Seorang lagi. Mahu pengsan di situ sekarang juga. Zulfadli pelik. Siapakah jejaka tampan bergaya ni?
"By the way, I'm Adli Hairuddin. You can call me Adli. This is Hanan, my fiance," Laju dia mempekenalkan. 'Bos macam dah curi dengar je.' Bisik Hanan. Ada penyelamat!
"Oh, Nan. Awak tak bagitahupun awak dah ada tunang. Bila nak makan nasi minyak?" Tanya Zulfadli sambil berjabat tangan dengan Adli. Adli tersenyum. Hanan masih membisu.
"Hujung tahun ni ikut perancangan. Dengar kabar Encik Zul pun nak kahwin, ya?" Adli pura-pura bergembira.
"Aah hujung tahun ni. Kebetulan terserempak dengan Hanan kat dalam bas ni. Encik Adli orang mana?"
"Kampung Kepong. Sama dengan Hanan," Sengih lagi. Zulfadli terkejut.
"Sama? Kenapa tak pernah bersua sebelum ni?" Zulfadli seakan tak percaya.
"Oh sebab Tok saya je tinggal sana. Maklumlah semua anak cucu dah ada keluarga sendiri," Adli terangkan sedikit. Hanan bangun tiba-tiba.
"Abang, jom duduk seat belakang tu," Main watak juga. Bos nampak terkejut.
"Er lupa pulak. Tunang awak mestilah nak duduk sama kan?" Zulfadli menyembunyikan rasa hati. Pelik. 'Takkan wanita ini berubah hati? Bukan dulu dia pernah meluah rasa pada aku?' Zulfadli bangun memberi laluan.
"Tak apalah, encik Adli dan Hanan duduk di sini. Biar saya berpindah. Takkan nak duduk sama ye tak?" Kedua jejaka gelak.
PS: Bersambung! Klik sini untuk part 1. Dia buat hal lagi. Klik sini. Memang nak entry balas ke kak?
Post by,
Miss Ran
3 comments:
best la...
xsbr nl tnggu part 3..
wah..... hebat MR sekarang....I tgk dalam masa 1 hari dah dapat 10 follower.hebat2....
ini btl2 sentap ni..... aish... nsb baik ada bos.... hukhukhuk... xpe xdpt anan, klu xdpt zul, adli pon yg ok gk..bos lg....
Post a Comment