CORETAN TERBARU NADH

Sentap? Jom muhasabah


Assalamualaikum. Asyik main terjah blog. Tak pandai nak bagi salam. Teruk owner blog ni. Hari ini aku tetiba terpanggil untuk berkongsi cerita. Aku bukan alim ulama. Tapi aku hanya insan biasa yang beragama Islam. Jadi, isu ini agak sensitif dan mungkin ada yang akan terkena tempiasnya. Aku nak kongsi pendapat. Macam biasa kalau salah sila betulkan aku. Nak tambahpun boleh.

PISAU CUKUR

Apa itu pisau cukur?
Aku tengok kamus online kejap. Lambatlah. TAK BAYAR BILL ke? Ya ALLAH punyalah lama, sampai aku buat entry baru lagi. Haish lambat DBP ni.
Kamus pelajar edisi keempat:::perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki.
Isu ni memang tak pernah luput. Siap ada drama lagi. Sebenarnya banyak lagi drama yang mengisahkan kehidupan si PISAU CUKUR. Nak-nak Filem 2010 PISAU CUKUR yang dibintangi dua insan yang memang handal berlakon. I salute you! klik link ni~~~ http://www.budiey.com/drama-kebun-getah-tok-ayah-lakonan-fizz-fairuz/

Kadangkala kita terlepas pandang isu ini sebab ramai dah jenuh dengar topik sama saban hari. Pernah tak anda tengok wanita itu di depan mata? Aku ada kisah sebenar tapi tak perlulah aku sebut wanita itu. Aku tahu niatnya bukan mengikis tapi bak kata orang rezeki jangan ditolak. Tapi kalau sumber rezeki tak halal macam mana pulak?

Kisahnya begini:::
Wanita A sangat alim. Dia mempunyai asas agama yang mantap. Dia berpakaian menutup aurat. Tapi ada satu yang membuatkan aku terfikir. Kenapa wanita ini sanggup menebalkan muka meminta-minta dari seorang lelaki yang dia anggap sahabat. Ya, sahabat. Tapi lain pula dengan lelaki itu, dia menganggap wanita A adalah calon terbaik untuknya jika dia mahu beristeri. 

Kewangan yang mantap membuatkan dia berangan ingin menikahi wanita itu. Malangnya wanita A mengambil kesempatan atas kebaikan yang ditaburkan oleh lelaki itu. Keakraban mereka jelas terpancar. Semua orang tahu tentang mereka. Lelaki itu sekampus dengan wanita A. Hubungan mereka bukan sehari dua. Tapi sayang, wanita A telah mengikis harta lelaki itu yang merupakan anak orang kaya. Mungkin wanita itu tak sedar perlakuannya. Tapi mengertilah mata-mata yang memandang dan telinga yang mendengar takkan pernah menipu. 

Setiap keinginannya lelaki itu penuhi. Biarpun mahal. Takkan kita nak panggil hadiah atau pemberian IKHLAS? Kalau dalam setahun dah berpuluh-puluh barang yang diberi percuma. Dia menjadi wanita si pisau cukur tanpa dia sedari. kenapa? Bukankah lelaki itu dengan rela memberi. Lelaki memberi jika wanita meminta. Wanita sudah terlalu lalai kerna ditaburi dengan bergunung emas. Siapa menolak rezeki?

Tapi kalau kita dah jatuh ke tahap meminta-minta walaupun dengan kekasih, tak ke itu dinamakan wanita pengikis harta? Memang nafsu wanita ada 9 sebab itu banyak barang yang diingini apatah lagi bukan dari wang sakunya. Tapi sampai bila kita mahu mengikis wang lelaki itu dan akhirnya mengatakan bahawa saya tak layak untuk awak. Mungkin saya bukan wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Dan putus sahabat, putus kasih, putus tunang. 

Kita sama-samalah renungkan entry ini. Adakah kita juga terlibat sama dalam hal ini secara langsung atau tidak? Kita berubah. Kita boleh berubah. Sama-sama muhasabah, adakah kita juga seorang pisau cukur yang berjaya?

Akhir kalam,
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”
Wallahualam



Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers