ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku diam. Aku diam
bila orang pijak aku. Aku diam bila aku dibuli. Aku diam dan terus diam. Sampaikan
aku jadi diam bila segalanya berlaku kerana diamnya aku. Sungguh aku menyesal
kerana aku diam. Aku rela dipersalahkan atas diamnya aku. Hingga mengacau
bilaukan keadaan dua keluarga besar. Hanya kerana diam.
“Sekarang kau
nak buat apa beb?” Aku diam memikir.
“Serius aku
tak faham kau. Dari kecik sampai besar kau asyik diam. Kau tak berani nak
luahkan apa kau rasa. Aku geram okey. Jangan sampai nasi jadi bubur baru kau
nak bersuara,” Fazila bingitkan telingaku.
Aku senyum. Itulah masalah aku
selama ini. Terlalu diam. Sampai ramai yang tak menyukaiku. Aku redha.
“Kau ni kan
Wa, memang suka buat orang marah kan. Aku cakap dengan kau ni. Lelaki tu dah
paksa-paksa aku suruh cakap dengan kau. Aku dah tak larat nak jadi orang
tengah, kalau macam nilah respon kau. Aku ingatkan bila ada masalah besar macam
ni kau akan bersuara. Ini tak, masih degil nak diam macam dulu. Kau ingat tak
kisah Faiz masa kita Form 3 dulu?”
Mana mungkin
aku tak ingat. Aku sukakan Faiz. Suka sangat. Dia selalu membantu aku
menyelesaikan masalah matematik. Aku akui aku lemah matematik. Dia jugalah
perangsang motivasi aku untuk belajar. Betapa aku rindukan Faiz kala ini. Namun,
segalanya berubah.
“Diam lagi.
sebab kau diam macam nilah Faiz larikan diri dari kau. Dia ingat kau
mempergunakan dia sebab kau nak kenakan Maira. Bila Maira tuduh kau macam tu,
kau diam. Sekarang Faiz langsung tak nak jumpa kau lagi. kau seronok?” Asakan
demi asakan aku terima.
Fazilla satu-satunya kawan yang setia dengan aku. Walaupun
aku banyak diam. Tapi dia tetap bersama aku susah dan senang. Aku akui aku
memang berat mulut. Aku tak pernah nak mengaku kat dia yang aku sayangkan dia. Terima
kasih jadi sahabat aku. Aku tak pernah luahkan. Aku harap dia tahu.
“Wawa
pleaselah. Aku merayu. Kau jangan biarkan kau dipersalahkan lagi. aku tak
sanggup tengok kawan aku derita sepanjang hayat…” Ayatnya terhenti.
Apa yang
aku lihat di depan mata ialah seorang perempuan menangis. Ya, dia menangis
kerana aku. Aku mulai berasa bersalah. Lantas aku memeluknya erat tanpa
sebarang kata. Dalam hati
saja aku mampu berbisik ‘Terima kasih sahabat!’
Xxxxx
“Aku nak nikah
esok. Kau datang kan?”
Aku telefon Fazila. Lama kami tak berhubung sejak kisah
hari tu. Fazila marah sebab aku tetap teruskan niat untuk diam dan tak
membantah. Perkahwinan ditentukan keluarga. Aku pasrah. Walaupun lelaki itu
jelas tak mahukan aku. Dia dan aku lain. Kami dari dunia berbeza. Namun,
kudratku tak kuat melawan permintaan orang tua yang banyak berjasa. Aku hanya
anak angkat. Aku nak balas jasa mereka membesarkan aku. Tanpa prejudis tentang
keturunanku. Aku hanya diam jika itu mampu membalas jasa mereka kerana
membiarkan aku menghirup udara hingga ke usia 24 tahun ini.
“Aku pergi,”
Fazila buat aku serba salah. Ya memang aku tak reti mendengar nasihatnya. Sejak
kami mula berkawan lagi.
“Ila maaf. Aku
bukan tak nak dengar nasihat kau. Cuma aku…aku…”
“Aku faham. Aku
faham Wa. Lepas ni kau nak jadi isteri orang. Kau jaga diri. Ada apa-apa
masalah jangan lupa mengadu aku. Kau jangan diam je. Bakal suami kau tu macam
singa. Aku pun takut,” Aku tersenyum. Aku kenal lelaki itu macam mana.
“Baik. Kau
datang awal. Boleh kau tengok sebelum dan selepas aku makeup. Bila lagi nak
tengok aku cantik kan?” Aku ketawa. Dia juga.
Segalanya dah ditakdirkan. Aku akan
kahwin. Fazila juga telahpun kahwin. 3 bulan yang lalu. Aku nampak dia bahagia.
Aku juga berharap akukan bahagia.
Xxxxx
Pagi itu aku
terlewat bangun. Bukan apa, aku sibuk layan cerita korea. The Greatest Love. Ketukan
bilik bertalu-talu buat aku tersentak. Rupanya lelaki yang bergelar suami ada
hajat.
“Nak apa?” Aku
buka pintu.
“Buatkan air. Sarapan
pun tak ada ni,” Dia berlalu. Aku pelik. Kenapa mukanya semacam. Aku pun ke
bilik air. Ingin membersih diri terlebih dahulu. Langkah aku mati melihat
cermin.
“Aaaaaaa!”
Terjerit aku.
Baju jarang yang aku pakai benar-benar membuatkan aku malu. Akibat
mamai tadi aku main buka je pintu. Selalunya aku akan pastikan rupa dan pakaian
aku dalam kondisi yang memuaskan. Aku malu. Malu berdepan dengannya lagi. Namun,
semua tu takkan jadi. Dia dan aku kini sebumbung.
Xxxxx
Sarapan sudah
tersedia. Aku melihatnya leka di komputer. Ingin dipanggil malu masih terasa. Aku
diam berdiri di meja.
“Dah siap?”
Dia berpaling 10 minit kemudian. Naik lenguh kaki aku berdiri lama. Tulah sendiri
punya mulut berat sangat. Kan menyusahkan diri. Aku diam je tengok dia berjalan
menuju meja.
“Makanlah
sama,” Aku diam lagi. malu sebenarnya. Tapi dia buat macam tak ada apa jadi.
“Saya kata
duduk makan,” Tegas suaranya. Lantas aku terus duduk mencapai pinggannya. Aku sendukkan
nasi untuknya. Pesan Mak sentiasa aku ingat. Jaga suami. Layan suami.
“Terima kasih
Wawa,” Aku berpaling ke arahnya.
“Kenapa?” Dia
pula pandang aku.
“Wawa, kenapa
panggil saya Wawa?” Aku mengatur ayat perlahan.
Jarang aku duduk semeja
dengannya. Apatah lagi berborak. Dia dan aku buat kerja masing-masing. Kami jarang
berkomunikasi. Wajah bengisnya membuatkan aku takut nak bersuara.
“Sebab nama
awak Wawa. Saya pun tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Nurizwana Alisya.
Panjang sangat nama awak tu,” Dia terus mengunyah.
“Panggil Wana
je. Ila sorang je panggil saya Wawa,” Aku takut sebenarnya. Terus aku diam
makan masakan sendiri.
“Tak kira. Saya
nak panggil Wawa. Nampak sesuai dengan awak. Oh ya, semalam kenapa gelak?” Aku
geram. Dia sengaja mengenakan aku. Wawa panggilan istimewa hanya untuk Fazila.
“Gelak?” Aku
musykil.
“Yalah saya
dengar dari bawah Wawa gelak sorang-sorang. Ingat kena rasuk ke apa,”
“Ish
mulutttttt…” Aku diam. Bila masa aku gelak?
“Takut ke? Tapi
serius saya nak buat kerja pun tak boleh. Dengar awak gelak macam tu sekali
buat saya fikir lain. Manalah tahu kan,” Hakimi mengekek ketawa. Bagi aku ianya
tak lucu pun. Scary adalah.
“Tak kelakar
okey. Semalam saya tengok cerita je. Dah kelakar, saya gelaklah,” Aku menguis nasi. Hilang
selera mendengar kata-kata Hakimi, suamiku.
“Penakut jugak
awak ni. Wawa, makanlah. Lain kali jangan gelak macam tu. Mujur saya lelaki. Saya
bukan penakut,” Ketawa lagi.
“Bencilah,”
Perlahan saja aku tuturkan.
“Benci saya?”
Aku tersedak.
“Nak minum air
ni,” Dia pula cemas. Aku diam. Aku minum perlahan. Sakit tekak dibuatnya.
“Nak air lagi?”
Hakimi menunjukkan wataknya yang lain. Dalam diam aku mulai suka cara layanannya.
Xxxxx
Aku nampak
Hakimi. Berdua dengan Maira. Ya Maira yang berjaya menjauhkan aku dari Faiz
cinta monyetku. Hati mula merasakan sesuatu. Maira sama macam dulu. Yang bezanya
rambut dilepaskan. Warna rambutnya pun bukan lagi hitam.
“Wawa,” Hakimi
memanggil. Aku tersentak. Baru berura nak melarikan diri dari pandangan mereka.
Aku diam berpaling. Senyuman diberikan.
“Maira,
kenalkan ni isteri saya. Nurizwana Alisya,” Hakimi tersenyum bahagia. Maira berubah
wajah. Aku tahu dia bencikan aku. Mungkin dia tak sangka yang Hakimi orang kaya
boleh menikahi aku si sebatang kara.
“Oh Wana. Long
time no see,” Sangat plastik wajahnya semasa kami berpelukan. Aku tahu Maira
tak sukaakan aku. Tapi aku masih diam. Senyum saja. Malas nak perbesarkan isu
lama.
“So you kenal
wife I?” Hakimi senyum. Maira angguk.
“Aah kami
sekolah sama dulu. Mana pulak tak kenal. Classmate lagi. Takkan Wana tak
cerita?” Maira sengaja. Aku tahu.
“Oh Wawa
pendiam orangnya. Lagipun cerita lama takkan semua nak beritahu,” Aku berterima
kasih kepada Hakimi kerana ada untuk aku. Aku diam kerana tak kuat.
“Aah ye tak ye
jugak. Oh ya Wana, kau kenal kan dengan Faiz? Dia dah kahwin tau,” Maira sengaja
menambah bara. Aku senyum dan angguk. Hakimi berubah wajah.
“Ya? Dengan
siapa?” Aku mengharapkan isteri Faiz bukanlah Maira. Aku bencikan dia. Kerana
dia Faiz menjauh. Sampaikan kahwin pun tak berjemput. Aku terasa hati.
“Guess what?
Dengan I lah. Sorry kami tak ingat alamat you, Wana. Rugi you tak pergi. Ramai yang
datang tau. Faiz akhirnya milik I,” Kata-katanya sunggu menjengkelkan. Akhirnya,
harapan musnah dan hancur berkecai. Aku kecewa.
“Oh tahniah,
semoga bahagia,” Aku lemah. Hakimi juga mengucapkan tahniah. Kami beredar. Mujur
Hakimi pantas bertindak.
Xxxxx
“Wawa ada hati
dengan Faiz?” Soalan pertama terpacul. Aku diam. Aku tahu semua ni akan jadi.
“Dulu ye,” Aku
menjawab tenang.
“Sekarang?”
Hakimi seakan mendesak. Aku pandang wajahnya sebentar.
“Kenapa nak
tahu? Dia pun dah kahwin,” Aku nampak perubahan wajahnya. Bengis. Ya wajah
semasa awal perkenalan kami.
“Sebab saya
perlu tahu Wawa. Tell me awak ada hati lagi tak kat suami Maira tu?” Suaranya menengking.
Aku takut. Aku diam saja.
“Jawablah
Nurizwana Alisya!!!” Bergema suaranya. Bahu aku dipegang. Aku mengumpul kudrat
yang ada.
“Sekarang suka
jugak….” Aku tergagap. Hakimi terduduk. Wajahnya jelas kecewa.
“Tapi sebagai
sahabat. Sebab saya tak mampu nak menyukai dua orang serentak,” Aku bersuara. Akhirnya
aku bersuara,
“Siapa orang
bertuah tu?” Tanya Hakimi lemah.
“Suami saya,”
Aku terus melarikan diri ke bilik. Malu mula menyerbu.
“Wawa tunggu…”
Hakimi berlari mendapatkan aku. Diam-diam dia juga menyukai aku. Kecewa aku
telah pergi. Diam kadangkala membuahkan hasil yang membahagiakan. Terasa bahagia
di dalam pelukan yang tersayang. Siapa sangka diam boleh membuahkan cinta. Diam
boleh mengubah takdir yang menggembirakan. Diam juga menyenangkan jiwa. Diam juga
terapi jiwa. Diam-diam aku juga jatuh cinta padanya. I love you, Hakimi!
Nota Iffah: Buah tangan untuk korang yang tak putus-putus datang. Mungkin agak klise. Tapi seperti biasa, aku nak terapkan perkataan 'diam' Harap korang mendapat sesuatu semasa membacanya.
9 comments:
:)
habiskan setiap patah dengan bersemangat. Aku suka.. aku suka diam si wawa. aku suka bengis si Hakimi.. aku suka cerita ni.
tak kisah klise hehehe.. yang pnting ada uniknya :)
" siapa org bertuah tu?"
"suami saya"
Manis macam gula-gula pelangi :)
*Rindu kat air tangan Iffah terubat :)
Diam membuahkan bahagia..diam bisa merubah pembengis jd pencinta
Diam, tak perlu kata apa apa ;)
keseluruhan cerita u da byk berkembang... dah bertambh2 baik... u da pndai bermain ngn ayat dan dialog... god job... i suka... romantik n menarik.... lps ni bleh la u cuba cerpen pnjg plk... beransur2 tulis novel... hukhukhuk
ye ada kalanya terlalu banyak yang diperrkatakan hanya memburukkan keadaan...
cerpen sukaaaaaaaa :D
wah...suka citer nie.
tapi jgn diam sgt..^^
ai pun nak diam jugakla bila dah jumpa dengan "someone" nt.. hahahaha.. :P
Nice one.. Bdiam tu ada gunanya... Tp jhn diam yg melampau2 lah kan. Hehe
hana pndiam orangnya.hehe
Post a Comment