ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Papan kekunci netbook kesayangan
sentiasa berbunyi. Mana taknya rutin hariannya hanyalah di depan netbook putih
itu. Segalanya ditaip dan diabadikan di dalam alam maya. Siapa tak kenal
wujudnya dunia blogging. Hampir setiap masa dia ingin menjengah melihat
blognya.
Minatnya bukan kepalang. Dia begitu
suka dengan dunia blogging. Walaupun telah ramai mengatakan dunia blogging
hanya sandiwara semata. Setiap bait kata yang ditaip adalah dusta. Tapi dia tak
peduli omongan luar itu. Baginya setiap orang ada keinginan dan minat
masing-masing.
“Amboi aku panggil tak dengar. Ingatkan
tidur tadi,” Zakiah menegur dari belakang Raudah.
“Kau ada panggil eh? Ni aku tengah
update entry. Kau kenapa datang ni?” Dia mula menekan papan kekunci laju. Malas
pula dia melayan kawannya bertandang. Bukan apa, mereka seperti adik beradik. Tak
perlu nak ditatang dimanja. Masing-masing sudah terbiasa dengan layanan ala
kadar.
“Yelah aku datang pun tak boleh. Tahulah
ada boyfriend,” Nada rajuknya buat hati Raudah ketawa.
“Awat kau nak sentap ni? Lagi satu
mana BF aku?” Makin pelik dia dengan perangai sahabat baiknya.
“Tu kat depan mata tu. Blog kesayangan.
Patutlah tak ada pakwe. Sibuk menghadap netbook je. Lepas tu pakai spek. Konon buat
kerjalah tu,” Raudah ketawa. Ditekannya butang Publish Post.
“Kau ni tak mengutuk aku sehari tak
boleh ke? Lagipun bukan sehari aku terjebak dengan dunia blog ni. Lama dah. Kau
kenal aku macam mana kan?”
Zakiah hanya tersenyum. Bukan dia tak
kenal dengan Raudah. Sejak tamat SPM dulu dia dah berblog. Malah pernah juga Raudah
mengajaknya memasuki dunia blogging. Namun, ditolak bulat-bulat. Dia bukannya
suka menghadap komputer lama-lama. Sakit kepala dibuatnya. Pujukan sahabatnya
gagal. Tapi jauh disudut hatinya mengagumi kecekalan Raudah setia pada blognya.
“Dah jom makan. Aku lapar tahu tak?”
Suara Raudah memecah sepi.
“Jom, ingat tak lapar tadi menghadap
buah hatilah katakan,” Keduanya ketawa girang. Tudung dicapai dan pintu
dikatup. Mereka menuju ke kedai makan berdekatan saja. Sedap lagi murah
harganya.
Xxxxx
“Makan?” Pelayan muda mendekati
mereka. Cantik matanya. Raudah kelu tiba-tiba. Renungan itu membuatkan hati
berdebar tak semena-mena.
“Nak makan apa cik?” Dikuatkan suara.
Raudah jadi kalut. Segera Zakiah yang menyampuk.
“Menu ada? Kawan saya tak tahu nak
order apa,” Pelayan itu mengangguk lalu pergi. Raudah malu sendiri.
“Kau kenapa?” Raudah hanya tersenyum.
Debar hatinya masih belum terhenti tatkala melihat kelibat jejaka itu kembali. Menu
ditilik sebentar cuma. Tak sanggup dia bertahan lama. Panahan mata lelaki itu
membuat dia tak senang duduk. Segera dia memesan makanan.
“Kau okey ke?” Raudah mengangguk
laju.
Enggan hatinya berkongsi dengan Zakiah. Cukuplah dia yang tahu. Lelaki itu benar-benar mengganggu malamnya. Dia tak keruan. Adakah rasa ini luar biasa?
Adakah semuanya gara-gara cinta pandang pertama yang selalu orang sebutkan? Dia
gundah!
Xxxxx
Siapa gerangan wahai jejaka
Buat aku gelisah sentiasa
Ingin aku tanyakan nama
Segan juga ingin bertanya
Lama sudah dirimu ada
Hati terdetik ingin bersua
Rindu menjengah ada saja
Bikin hati meronta-ronta
Panahan mata yang menggoda
Buat aku tertawan seketika
Ingin ku kata cinta padanya
Malu kuturut luah tiada
Pantun dikarang bagi meluah rasa.
Raudah sangat segan bertemu lelaki yang telah memanah jiwanya. Blog tempat dia
meluah setiap rasa. Segan jikalau dia ketahuan. Zakiah pun belum tahu kebenaran
itu. Malah kadang kala dia sendiri pergi makan di kedai itu. Sengaja melepas
rindu. Sedar tak sedar sebulan telah berlalu. lelaki itu masih di situ. Masih bergelar
pelayan setia. Raudah tidak menunjukkan rasa minatnya.
Ego mengatasi segalanya.
Malu paling utama. Dia makan dan pergi. Itulah rutinnya. Setiap rasa dicoretkan
melalui blog peribadinya, hanya itu yang dia mampu lakukan hingga saat ini. Dia
malu bergelar perigi cari timba. Lelaki itu masih seperti biasa. Dia bimbang
dia pula yang akan malu jika ditolak mentah-mentah. Dia malu sangat.
Xxxxx
Ketukan pintu bertalu-talu. Zakiah mungkin.
Segera Raudah membuka pintu.
“Kenapa ni? Kau dari mana?” Zakiah
kepenatan. Dia duduk bersila di depan Raudah.
“Guess what?” Raudah malas
berteka-teki. Dia duduk kembali ke depan netbooknya.
“Eh kau nak tahu tak ni? Tadi aku
lalu kedai makan tu. Mamat yang macho tu dah tak kerja kat sana dah. Lepas ni
tak dapatlah kita nak cuci mata. Macho beb. Kau ingat tak mamat tu?” Zakiah
bersungguh. Tanpa dia sedar hati Raudah remuk. Lepas ni takkan dia berpeluang
bertemu muka dengan lelaki itu. Dia dilanda kecewa. Raut wajahnya berubah serta
merta.
“Kau sedih kan lelaki tu tak ada?
Samalah aku. Punyalah macho, tapi sayang. Aku jenguk kedai tu tadi. Tapi memang
Pak Abas kata dia dah berhenti. Dia kerja part time je. Aku tak nak tanya
lebih-lebih. Kang Pak Abas kata aku minah kepoh,” Bebelan Zakiah bagaikan angin
lalu.
Raudah kecewa. Kecewa dan menyesal bergabung rasa. Dia menyesal kerana
tak diluah rasa sebelum lelaki itu pergi. Kini cinta pandang pertamanya
terkubur begitu saja. Hilang tanpa belas. Hatinya menangis sendiri.
Xxxxx
Malam tanpanya di sisi. Aku sunyi
sebenarnya bila tak nampak kelibat dia lagi. Mungkin dia tak merasai apa yang
aku rasakan. Sungguh aku rindukan senyumannya. Ingin sekali aku berjumpanya dan
berterus-terang bahawa hati ini telah terpikat padanya. Ingin sekali aku
luahkan bahawa kahwinilah aku. Aku ingin kamu menjadi iman kepada aku dan
anak-anakku kelak. Aku kepingin sekali=(
Luahan rasa terus dicoretkan dalam
blognya. Lama sudah lelaki itu menghilang. Ada juga ibunya mengatakan ingin
menjodohkan Raudah. Namun, hatinya berat untuk menerima pinangan. Ya, hatinya
masih bersama sang jejaka yang punyai mata yang memukau.
“Hah buat apa tu?” Zakiah menyibuk.
“Bloglah apa lagi. Kau kenapa?”
“Aku lapar. Jom pergi makan,” Raudah
tersenyum kelat. Dia tak selera nak makan. Lagi-lagi makan di kedai itu. Kedai penuh
sejarah.
“Jomlah. Lama dah kita tak makan kat
situ tau. Jomlah Raudah!” Rengekan Zakiah membuatkan dia rimas.
“Yelah, tapi kejap je okey. Aku malas
nak lepak lama-lama,”
“Kenapa? Kot iya sayang blog, takkan
makan pun tak mahu,”
Zakiah masih tak mengerti hati sahabatnya yang dilanda
badai rindu. Ingin saja dia akui dia jatuh cinta. Namun, dia malu. Dia tahu
Zakiah tak suka membaca blognya. Sebab itu Raudah berani luah rasa di situ. Blog
itu bagaikan diari terbuka. Sesiapa yang berminat boleh membacanya. Tiada sekatan
atau paksaan.
Xxxxx
“Hah kamu berdua nak makan apa?” Pak Abas
sentiasa ceria menegur.
“Mee goreng dan teh tarik. Kau?”
Zakiah laju memesan. Raudah masih berkira-kira.
“Samalah Pak Abas. Sunyi hari ni?”
“Aah pelanggan tak ramai. Sejak Mirzad
tak ada, makin hilang pelanggan pak cik,” Raudah sentap. Memang dia datang
sebelum ni hanya ingin melihat lelaki itu. Mirzad namanya.
“Mirzad ke mana Pak Abas?”
“Dia dapat offer kerja kat KL. Tu
yang tak ada tu. Mirzad budak baik,” Pak Abas pergi menghantar pesan. Raudah tersenyum.
Tahulah dia lelaki itu ke mana.
“Kau kenapa senyum sendiri ni?”
“Tak ada apa. Aku teringat blog aku
je,” Raudah segera memandang lain. Malas pula dia berborak dengan Zakiah. Bimbang
rahsianya terbongkar. Hatinya mengukir nama Mirzad sentiasa.
10 minit selepas itu Pak Abas datang
membawa makanan mereka. Lantas Pak Abas menarik kerusi. Ingin berbual gayanya. Keduanya
tidak kisah. Lebih baik ramai barulah seronok makan.
“Kamu berdua bila nak habis belajar?”
Pak Abas memulakan sesi temubual gayanya.
“Kami insyaallah hujung tahun ni,”
Senyum meleret.
“Dah ada buah hati?” Pak Abas
bertanya lagi. raudah mula segan apabila di tanya soal ini.
“Kenapa pakcik? Nak carikan kami
jodoh ke?” Zakiah giat ketawa.
“Aah. Ada orang bertanyakan kamu. Kalau
kamu dah berpunya tak adalah pakcik nak rekemenkan,”
“Ops yeke? Siapalah tu? Saya dah
bertunang pakcik. Hah Si Raudah ni single. Eloklah tu pakcik,” Raudah sudah
malu.
“Iya? Eloklah tu. Nanti pakcik
bagitau kat dia. Rumah Raudah kat mana? Senang dia nak meminang,”
Pak Abas
ketawa senang. Raudah mula tak senang duduk. Namun dia diamkan saja. Zakiah yang
melebih. Entah siapa yang mahukan dia. Dia bukan peramah seperti Zakiah. Senyum
bila perlu saja. Hati mula gementar.
Xxxxx
“Saat hati dah mula mengikat janji, abang dah nekad hanya sayang di hati,” Mirzad tersenyum memandang
isterinya, Raudah.
“Cinta kita terpatri dalam diam
menjadi. Hanya abang yang saya nanti dari dulu hingga kini,” Tangan mereka
bertaut menjadi satu.
“Hati diduga amukan rasa, abang
hilang sayang merana,” Mirzad pula berkata. Jiwang kadang kala tak salah. Lebih-lebih
lagi dengan yang halal baginya. Keduanya sama suka.
“Abang ke sana tanpa berita, saya
meracau menanti cerita,”
“Abang hilang baru nak teraba-raba
depan mata tak pula nak cara?” Keduanya ketawa.
“Dahlah abang. Penat saya melayan. Kang
sampai esok kita tak makan,” Raudah melepaskan tangan suaminya, Mirzad.
Pinangan Pak Abas ditolak. Bukan dia
ego tapi hatinya ada pada Mirzad seorang. Teringat satu hari dia membuka
ruangan komen. Alangkah terkejutnya Raudah, melihat Mirzad komen di situ. Bermulalah
bibit perkenalan dan berakhir ke gerbang perkahwinan.
Mirzad tahu isi hati Raudah hanya
melalui blog. Itupun setelah pinangannya melalui Pak Abas ditolak. Menurut abah
angkatnya, Raudah sudah berpunya. Dia kecewa namun berkat usahanya meminta link
blog milik Raudah dari Zakiah baharulah dia tahu yang hati Raudah miliknya.
“Abang, tolong ambilkan saya serai.”
Raudah melaung dari dapur.
“Ya patik menurut perintah, tuanku,”
Mirzad keluar dengan senyuman. Cinta pandang pertama isterinya membuahkan cinta
sampai ke syurga. Dia mengharapkan kebahagiaan milik mereka berdua. Hanya kerana
blog, dua hati manusia bisa bersatu. Hanya kerana blog, dia memahami rasa hati
isterinya. Hanya kerana blog, bahagia milik mereka berdua kini.
Nota Iffah: Entah apa-apa aku merapu. Lantaklah. Lepas gian je ni. Nak buat proposal tak jugak gerak. Kini aku bercermin mata kembali. Adakah akan berkereta juga? Tarikh kehilangan kedua benda ni sama rupanya =)
13 comments:
rajinnya i baca sampai habis... :D
nice pilihan nama... ;)
Kerana belog ye bercinta. Perghhhhhh untunglahhhhh
wahh dunia maya pun leh bercinta kann..
wahhh, syiok je baca sampai abis... romantiknya kisah ni.. untunglah jadi Mirzad.. dapat isteri yang selama ni berkenaan kat dia... Nice story..
apakah aku pon ada secret admirer.kih kih.sape taw kan
keranamu blog, proposal tak siap lagi ye kak iffah.hehehehehehe
okey... kau buat aku angan3 la.. hehehe
kenal isi hati melalui blog?? untun2..
pas nie nk bakal suami CK kenal CK mcm tu jugak boley?? hehehe
wahhh suwitnye,,,
ada jer yg bercinta dari alam maya... ;)
best!!...
erm.....best...suka...
erm harap2 mcm tu la....
eh eh iffah dah pakai spek erk...
oh.. pakai cermin mata yek? he....
blog sungguh buat gian hehehe..
tulisan dlm blog boleh buat kita senyum, menangis dan tertawa..
semalaman zuan tak online..hehe
Post a Comment