CORETAN TERBARU NADH

Kita tolong orang orang tolong kita balik?

Yeke macam tu? Yakin ke orang akan tolong? Tapi aku tak peduli. Itu prinsip asas hidup aku. Tolong tak harapkan balasan. Tolong dengan niat memudahkan orang. Tolong bukan hendakkan gelaran. Tolong hanya memberi kepuasan.

Kadang orang kata kita terlalu baik menolong, sampai jasa kita tak pun orang ingati. Biarkan. Kalau dia tak ingat dia punya pasal. Yang penting kita tolong orang. Itu yang utama. Allah akan hadirkan juga insan yang akan tolong kita semula.

Saat kita lemah tak berdaya. Mintalah tolong dari Allah jangan sombong. Allah pasti akan menolong. Cuma, pertolongannya kita takkan tahu dalam situasi atau bentuk apa. Ikhlas kan diri menolong orang.

Pedulikan kata orang "Kau beria nak tolong dia kenapa? Bukan dia nak hargaipun," sebab pahala kita tetap bertambah walau dia tak mahu menolong kita semula. Betulkan niat menolong. Bukan hanya reti cakap di angin lalu tapi bila perbuatan? Non hado!
Published with Blogger-droid v1.7.4

14 comments:

Unknown said...

kita tolong orang, ikhlaskan hati tidak mengharapkan balasan, nati Allah akan hantaq orang pulak tolong kita if kita dalam kesusahan, walau bukan orang yang kita tolong tadi menolong kembali, orang lain akan datang tolong... ( berapa banyak perkataan tolong daa.... hehe )

lieynanilaz said...

tolong orang biarlah ikhlas tanpa mengharapkan balasan..baru beroleh keredhaan.

Unknown said...

bagus tu, tolong je.. jangan peduli apa kata orng.. yg pntig hati ikhlas kan :)

reenapple said...

yaaa.. aku setuju. Menolong tanpa mengharapkan balasan even bilamasa giliran kita untuk meminta tolong, tiada sesiapa yang available untuk menolong. Tapi ALLAH saja yang sudi menolong. =)

Anonymous said...

Just believe in Karma. kalau niat kita baik, Insyallah :)

Nong Andy said...

:)

Iklas kunci utama. Bila kita tolong org hati kita gembira(Aku rasa begitu) bila masalah orang selesai, kita turut lega.. tolong org tu ganjarannya pahala. Kan best dapat pahala? :)

Cik Pulau said...

balasan Allah yg lagi penting,...

najwa nano said...

karma=what goes around comes around.apa yang kau buat kau akan dapat balik sama juga macam tolong orang.biar orang yang kita benci ke hape ke asalkan kita tetap tolong dia insyaallah tuhan bantu suatu hari nanti :)

Woofer Storm said...

cuba tolong mereka selagi terdaya.. namun jangan terseksa diri pula..

#Slmt mlm miss ran..

Shiema Sufian said...

Tolong dengan niat LIllahi Taala (:

Dayang Deno said...

kalau nak tolong biarlah ikhals dan bukan mengharapkan balasan.. buat ikhlas kerana allah lebih baik :)

Kira Sakura said...

ye betol tue.. dulu akak selalu harapkan balasan , bkn balasan apa pun,, balasan dihargai sama mcm yg kak shida ckap smlm..

tp akak rasa sakit sgt bila sahabat baik yg berkawan bertahun2 lupa besday akak yg sekali setaun tue.. lpas jer saat tue akak ubah mind set akak.. ajar diri menghargai tp x mintak dihargai. membantu x diharap dibantu...

Sis AI said...

Stuju sgt2 sis! Sy pun pgang prinsip yg sma. Tolong org, buat org gmbira, sy pun akn gmbira. Bg sy, nk hrapkn blasan.. Tak. Hnya hrapkn kredhaan. Itu shaja. Niat kna btul bila nk tlong org..

maszull said...

assalamualaikum iffah...menolong itu biarlah seikhlas hati kita..:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers