CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Andai dia bukan milikku lagi

Assalamualaikum dan salam Sejahtera buat semua pembaca. 
La tahzan pada hari ini menceritakan suatu lagi kisah duka dalam kehidupan. Andai dia bukan milikku lagi. Siapakah dia?. Suami? Sahabat? Teman? Adik? Kakak? Kekasih? Tunang? Atau sesiapa saja yang anda rasakan istimewa dalam kehidupan anda. Dia tempat anda mencurahkan rasa kasih dan sayang. Tapi andai dia bukan milik anda lagi? Bagaimana rasanya? Sedih? Kecewa? Pernah suatu ketika saya juga merasai kehilangannya. Tidak terucap rasanya sedih di hati. Namun adakah dengan kesedihan itu dia akan kembali? Ya, sekiranya Allah menetapkan begitu dan Tidak, jika Allah tidak mengizinkannya. La tahzan buat semua pembaca.

Belajarlah untuk *Redha *menerima ketentuan tuhan. Saya ingin memetik kata-kata daripada Puan Suzana seorang peguam syariah. Dia mengatakan redha itu adalah sabar dan mencari jalan keluar. Setiap masalah, setiap kesedihan pasti ada pengakhirannya. Jangan kita berputus asa. Rebah di tengah jalan. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Carilah jalan keluar yang terbaik untuk kita keluar dari belenggu. Keluar dari rasa sedih yang berpanjangan. Untuk apa kita tangiskan untuk apa kita serabutkan minda. Bukankah takdir kita tuhan telah tentukan sejak azali lagi.*

** Cintailah diri kita sendiri* dahulu sebelum kita belajar mencintai orang lain. Kenali dan fahami dahulu diri sendiri sebelum kita cuba memahami orang lain. Allah menciptakan manusia sebagai insan yang paling sempurna. Di manakah kesempurnaannya? Jawapannya adalah pada akal. Andai dia bukan milikku lagi, cuba anda muhasabah diri anda sendiri. Kenapa? Mengapa? Allah memberi anda ujian sebegitu? Adakah dia ingin hadirkan pelangi untuk anda setelah hujan reda? Sama-sama kita renungi.

Bila saya menulis coretan ini, ia adalah serpihan perjalanan hidup saya selama 2 dekad di dunia ini. perit kehilangan seseorang yang kita sayang. Namun mahu atau tidak terpaksa saya harungi kerana perjalanan hidup saya tetap berterusan hingga tiba satu titik perhentian. Lalu, andai dia bukan milikku lagi, tidak mengapalah. Kerana saya percaya pada tuhan yang saya sembah. *Allah*. Dia lebih mengetahui perancanganNya. Jadi segala harapan dan impian saya sandarkan pada Dia yang Maha pengasih lagi maha penyayang. Hari ini saya bangkit dari rasa sakit dan rasa sedih kerana saya bukannya manusia yang lemah mengharungi ujian malahan ujian itu menguatkan diri saya, keazaman saya, semangat saya. Lantas , andai dia bukan milikku lagi, aku rela dia pergi dari sisi…..

Akhir kalam saya sudahi dengan firman Allah dalam *Surah Al-Baqarah ayat 107* yang bermaksud "Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah?. Dan tiada bagimu selain Allah, seorang pelindung mahupun seorang penolong.""
" Sama-sama kita renungkan. Moga beroleh manafaat.

LA TAHZAN kali ini ialah coretan penulis kedua :-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

7 comments:

Why Farouk said...

saya sangat suka entry ni.. betul tu.. lebih baik belajar utk menyayangi diri sendiri dulu.. beri yg terbaik utk diri sendiri,utk allah.. sebelum kita mengharapkan yg terbaik dr org lain.. wluapapun,allah akan sentiasa bersama org2 yg sabar.. la tahzan... :')

Nong Andy said...

oh.. penulis kedua yang misteri itu :)

gud job :)

Cik Pulau said...

ai redha je.. sebab ai tahu lepas ni akan dtg yang lebih baik lg..

lamanya tak singgah sini yu..
baru je online ni.. huu~

Woofer Storm said...

kalau dia bukan jodoh ku,aku redha ya tuhan...

syakey said...

bersangka baik pada Allah, apa yang Allah ambil itu, mesti Allah nak gantikan dengan yang lebih baik. cuma mungkin kta akan hadapi kesukaran dan dugaan dahulu sebelum menerima yang perkara yang lebih baik tu.

Allah dah aturkan semua dengan cara yang terbaik untuk kita.

zatiey said...

thanks atas peringatan bersama ni..:)

kiera'sakura said...

jika bukan dia pasti ada yg lebih baik darinya kan....

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers