CORETAN TERBARU NADH

Aku sayang dia tapi dia tak sayang

Baru ku sedari
Cintaku bertepuk sebelah tangan
Kau buat remuk
Seluruh hatikuuuuu...

Okey kali ni aku nak membicarakan tentang cinta. Aku pernah sayang seseorang. Tipulah tak pernah. Tapi sampai satu masa dia tinggalkan aku tanpa kata. Diam diam hilang tanpa berita. Sampai sekarang aku tertanya-tanya kenapa dia buat begitu. Stress memikirkan cinta tak berbalas ni kan?

Samalah macam sahabat aku sorang ni. Cinta tak berbalas. Mesti korang akan kata "Teruknya orang tu, tu tak balas cinta dia," Aku tahu. Ia memang kejam. Ya, melukakan hati yang sayangkan kita. Tapi cuba kita lihat sudut lain pula. Kalau orang tu terima atas dasar simpati. Korang rasa kejam tak?

Sebab tu aku selalu kata. Biar kejam sekarang jangan kejam akan datang. Lagi parah lukanya. Perempuan sekali terluka selamanya tetap diingat parutnya. Lelaki aku tak tahulah. Tapi serius, cinta bertepuk sebelah tangan memang sakit. Tapi sakitnya sekejap cuma. Kalau cinta atas dasar simpati lama nak kasi sembuh weh.

Kesimpulan, cinta tak boleh dipaksa. Buat lah macam mana pun. Kecualilah memang dia jodoh korang. Insyaallah berkat kesabaran menunggu akan ada hasilnya. Tapi jangan berharap sangat. Cinta tak kejam. Cuma cinta kadang kala tersasar ke orang yang salah. Tunggulah sampai cinta yang benar muncul okey. Akhir kata dari aku, cinta tak seharusnya memiliki. Cukuplah doakan kebahagiaan dari kejauhan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

11 comments:

Kira Kekuri said...

betul, sangat sakit dan sangat berparut. cinta atas dasar simpati lagi kejam. kalau da jodoh , jodoh la, paksa2x tak best. huhuhu

Nong Andy said...

"cinta tak boleh dipaksa. Buat lah macam mana pun"

ini buat aku teringat lagu - sorry seem to be the hardest words.

diana amin said...

hoho setuju sngt. mmg xboley dipaksa. let it be...

tapi mcm mne yg suka main tarik2 tali neh. huh penat lah. haha kdg2 kita rasa mcm xsure plak dye neh suka kita ke x.

Cik Asma BLuppy said...

sekarang sy da serik nk bercinta.. tnggu pilihan mak je.:)

syafiqakarim said...

betul.memang tak bole di paksa.
hmm.chill.

Sunah Sakura said...

ku di kejauhan~ mendoakan~ agar kau bahagia tiada lagi duka~

aimie amalina said...

~ when somebody keep knock u into their heart, it will be hurt to release it, but , it show u, how u make to fall in love in this life..

hidup itu suatu proses pembelajaran, begitu juga bercinta..jadikan cinta itu suatu ilmu, supaya kekal mekar hingga ke hujung hari =))

happy eim said...

cinta tak b'balas..
sedih. tapi, trima la.
life must go on...^^

Aien Alien said...

cinta biar ikhlas bukan atas simpati, nanti nak ditinggalkan terasa belas walau dalam hati hanya sayang bukan cinta....dah makan hati~

kiera'sakura said...

tak ada sape yg cinta dia diterima sebab simpati kan...

akak mendoakan untuk iffah :)

CikUna said...

Berparut yang mungkin akan berdarah kembali... memang boleh sembuh tapi susah...

** Hurm.. ye Una doakan Dia sentiasa bahagia & di dalam lindungan serta rahmat dariNYA.. Amin..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers