CORETAN TERBARU NADH

Semua nak bahagia

Kalau semua nak bahagia siapa nak derita? Tak ada kan? Selalu orangg akan kata, dalam novel bolehlah. Bahagia selalu. Happy ending. Pada hakikatnya hidup tak indah manapun. Ada jugak drama yang bahagia je dari awal sampai akhir. Nanti orang kata, ada ke kehidupan macam tu? Macam tak logik je kan?

Orang mana yang tak nak bahagia dalam hidup? Kenapa kena bandingkan dunia realiti dengan novel atau drama? Memanglah drama kena indah je penamatnya. Kalau tak penonton mesti menyampah. Terus boikot pembuat cerita tu. Maki berbakul-bakul.

Kalau orang taba kenapa kena bahagia je dalam cerpen aku? Jawapan aku mudah. Aku mahukan kebahagiaan. Semua orang berhak dapat kebahagiaan dia. Walaupun hidup tak selalunya indah. Tapi tak selamanya langit itu akan mendung. Jadi, bila lagi kita nak mengimpikan kehidupan yang lebih baik kalau bukan dalam cerita rekaan?

Cerpen, drama, novel dan sebagainya ialah hiburan. Hiburan untuk hati. Kalau cerpen pun sedih memanjang tak ke sedih hati kita? Jangan kata itu angan-angan yang takkan jadi realiti. Allah tu maha Adil. Pasti ada terselit kebahagiaan untuk kita. Cuma datang bila dan apakah ia kita takkan tahu. Mungkin selepas kita mati. Semuanya Allah tentukan. Jadi jangan asyik merungut kenapa cerpen macam fairy tales je. Dari angan-angan mungkin akan jadi kenyataan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

13 comments:

fRaMe+LenSeS said...

fairy tales ye? kita kan pencoret kisah kita sendiri. nak berbahagia, kita kenalah jadi yang terbaik. sambil berusaha bersama si dia untuk kebaikan bersama. ;)

tak mustahil aih. ALLAH dah cakap, kau kejar akhirat, dunia akan mengejarmu. iaitu lah dia kebaikan hidup didunia dan juga kebahagiaan.

Anda buat, anda dapat. weeee~~ :D

ishiko said...

betul tu, setuju sangat.

Sis AI said...

Tolonglah jgn buat pengakhiran sadis sis.. Stuju ckp sis. Bg sy, boleh je bnda ni jdi dlm real life. Klu duka2 smua tu, asam garam khidupan...

Kira Sakura said...

betul la.. akak sendiri tak suka baca novel yg ada watak jahat.. klu blh nak yg sweet2 bahagia2 jer sepanjang jalan cerita tue.. hihihi

Dayang Deno said...

tak salah kan angan-angan mcm deno berangan nak ke neverland!! hehe.. mmg semua orang nak bahagia termasuk deno... :)

Unknown said...

bahagia tu kan nikmat dari tuhan.sape tak nak kan..

p/s poyo kan entri terbaru aku. bhahahaa

Kira Kekuri said...

hihi, klo ble nak bhagia ja wlaupun susah nak d gapai..

Unknown said...

setuju...
novel la salah satu cara untuk kita melihat kebahagian..:)

reenapple said...

bahagia sukar diatur di alam realiti.. =(

aamalinaazman said...

saya
aimie amalina azman

ingin mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan

buat iffah afeefah muhammad arif

:))

Nong Andy said...

realiti meletihkan..
jadi biarkan aku tersenyum di fantasi penulisan :D

Woofer Storm said...

derita itu pelengkap bahgia.

#dua2 perlu sayang^^

CikUna said...

Hidup Tidak selalunya indah...
Langit Tak Selalu Cerah..
Suram malam tak berbintang..
Itulah Lukisan Alam..

** hehe tetiba nak ternyanyi lagu nasyid nie..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers