CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Mistiknya cinta

Pakaian indah berona peach lembut itu belum lagi dia tanggalkan. Letih kian terasa. Tudung dibuka perlahan. Panas! Majlis berjalan lancar. Itu yang buat dia lega. Soal hati dia lupakan seketika. Yang penting papa mamanya bahagia. Bahagia menerima menantu pilihan mereka. Tiada daya dia nak membantah. Cukuplah dengan kasih sayang dan perlindungan selama ini yang mereka lunaskan.

Zuhairah terhutang budi pastinya. Hanya kerana gelaran yang dipikul sejak kecil iaitu anak angkat. Ibu ayahnya entah ke mana. Asal usul tiada diketahui. Dia bersyukur atas segalanya. Baginya, perkahwinan ini hanya sebahagian pengorbanan jika dibandingkan dengan pengorbanan papa mamanya selama ini.

Pintu terkuak. Sedikit terkejut Zuhairah namun dia tak beriak langsung. Bukan pernah dia menegur lelaki itu. Dia takut dengan renungan tajam. Bisa luruh jantung setiap kali retina menangkap tajamnya mata memandangnya.

“Cepat sangat naik kenapa?” Suara itu kedengaran keras sekali.
“Penat. Kenapa ada orang cari ke?” Zuhairah terkebil-kebil menanti jawapan. Namun, sedikitpun lelaki bernama suami menjawab. Malah jelingan diberi sebagai balasan. Kecut perut dibuatnya.
“Kawan-kawan aku datang nak tengok kau. Tapi kau pulak tak ada. Cepat pakai tudung balik. Diorang tunggu,” Kata-kata itu sedikitpun tiada toleransi. Seperti hakim menjatuhkan hukuman. Kalau hitam katanya hitamlah ia. Zuhairah memakakembali tudungnya. Mujur tudung ekin saja. Mudah baginya mempersiapkan diri. Bimbang suaminya, Izzul naik angin pulak. Segera dia bangkit dan berlalu ke pintu.
“Nak ke mana tu?” Zuhairah terkejut lagi. pelik dengan sikap lelaki itu. Dia bertambah pelik suaminya memegang tangannya dan menuruni tangga bersama. Zuhairah terkedu. Namun, cepat-cepat dia sedar diri yang itu hanya lakonan semata-mata. Dia tahu hakikat itu. Ramai tetamu masih belum pulang. Izzul menarik tangan Zuhairah ke arah lelaki-lelaki yang agak muda sedang berkumpul di hujung khemah.

“Hai geng,” Izzul menegur rakan-rakannya.
“Hai, oh inilah bidadari yang berjaya tawan hati Izzul yang dulu pernah janji takkan kahwin sampai…” Izzul segera menepuk bahu Irsyad. Itu rahsianya. Tak perlu orang luar tahu. Yang lain sibuk bertanya tentang Zuhairah. Yang pastinya, dia tak tahu apapun tentang perempuan itu. Yang dia tahu, dia kahwin bukan kerelaan hatinya.
“Iz bertuah badanlah weh. Zuhairah tu nampak baik. Jaga dia elok-elok. In facts, kalau dia bukan bini kau aku nak rembat je,” Iqbal pula menyakatnya. Izzul memandang Zuhairah seketika. ‘Akan adakah perasaan istimewa buatnya?’ Hatinya berbisik sendiri.

Xxxxx

Malam dingin sekali. Inilah malam pertama mereka tanpa keluarga terdekat. Ya, Zuhairah dan Izzul sudah keluar dari kepompong keluarga. Rumah itu sebenarnya rumah milik ibu bapa Izzul. Namun, disebabkan Izzul tegas dengan keputusannya ingin hidup sendiri dengan Zuhairah ibu bapanya memberikan rumah itu sebagai hadiah. Zaki dan isterinya, Wahida terpaksa menurut kehendak Izzul disebabkan Izzul telahpun mendengar kata mereka iaitu mengahwini Zuhairah.

“Dah nak masuk tidur ke?” Zuhairah berpaling.
“Aah. Kenapa awak tanya?” Izzul kebosanan sebenarnya. Tapi dia tak tahu bagaimana nak memulakan perbualan. Seperti kaku.
“Kau buatkan air untuk aku dulu,”

Itu saja yang mampu difikirkan. Padahal perutnya tak mahupun air. Zuhairah segera ke dapur. Air dimasak terlebih dahulu. Tingkap dapurnya terbuka. Lantas dia menutup tingkap itu . Seram sejuk pula dia berlama di ruang dapurnya. Ingin saja di ke ruang tamu semula tapi dia janggal berada di samping suami sendiri. Berdua-duaan pulak tu.

Angin bayu menghembus tiba-tiba. Seakan hembusan misteri yang benar-benar dekat menyapa.
Hatinya mula berasa tak senang. Dia tak betah lagi duduk di dapur. Segera dia ke depan. Dengan harapan Izzul ada di situ. Namun, hatinya hampa. Suaminya tiada. Suara seakan terkunci. Dia takut tiba-tiba. Ke mana suaminya pergi. Tadi bukan main minta air bagai. Televisyen masih terpasang. Amukan Pocong sedang bersiaran. Lagilah membuatkan dia takut. Segera dia mencari remote control. Tapi gagal. Zuhairah berpeluh dingin. Dia terus menarik plug dengan tangan menggigil.

“Kriuuuuukkk,” Bunyi itu mengejutkan. Zuhairah menjerit sekuat hati.
“Arghhhhhhhhhhh!!!” Air mata mengalir laju. Dia takut. Dia takut sekali.
“Eh kau kenapa?” Kelam kabut Izzul jadinya. Dia hanya keluar seketika untuk menutup pagar. Bimbang akan keselamatan mereka berdua. Namun, Zuhairah pandai-pandai mahu menutup siaran ceritanya. Dia bertambah cuak bila isterinya hanya duduk dan menangis.
“Zuhairah kenapa ni?” Lembut sedikit nadanya. Segera Izzul memegang bahu isterinya. Zuhairah pucat sekali. Benar telahannya, wanita itu ketakutan.
“Awak…” Zuhairah memeluk erat. Debarannya jelas dirasai Izzul. Izzul tergamam. Tindakan Zuhairah terlalu drastik. Tak pernah dia begini. Hatinya membisikkan sesuatu. Malam itu Izzul setia menemani Zuhairah. Hingga hilang rasa takut isterinya. Sejak itu juga dia melupuskan panggilan aku dan kau. Yang ada hanya awak, saya.

Xxxxx

Rumah itu membuatkan mereka lebih rapat. Zuhairah suka akan perubahan suaminya. Namun, dia tetap tak senang bila bersendirian di rumah itu. Lebih-lebih lagi di malam hari. Ingin dia adukan kepada Izzul. Tapi dia malu. Takut Izzul mengetawakannya. Dia ingat lagi pagi setelah kejadian malam itu. Izzul ketawa berdekah-dekah. Seharian dia diketawakan. Dia bukan si penakut tapi dia benar-benar rasa aneh apabila berada di rumah itu.

“Saya nak minta sesuatu boleh,” Zuhairah memulakan ayat. Dia cuba memujuk Izzul. Mungkin perasaan dia je. Tapi dia tetap mahukan yang terbaik. Dia benar-benar tak nak kejadian malam itu berulang.
“Apa dia?” Izzul tak memandang langsung.
“Jom buat kenduri. Kita buat doa selamat. Tahlil ke apa ke?” Zuhairah memandang Izzul penuh berharap.
“Kenapa awak takut ye?” Ketawanya meletus. Teringat kisah itu. Zuhairah sungguh comel ketika itu. Seperti anak kecil yang mahukan si ibu mendakap tatkala mengalami mimpi yang menakutkan.
“Saya bukannya takut. Saya cuma…cuma…” Dia mati kata. Izzul mula menyengih. Sengihan itu sungguh menjengkelkan.
“Malulah tu nak mengaku. Awak tahu tak muka awak masa tu. Kelakar sangat. Saya tahan je gelak tau?” Izzul menyakatnya lagi. zuhairah bengang.
“Awak ni tak habis-habis sebut pasal tu. Saya serius ni. Lepas malam tu saya susah nak tidur. Kadang dihimpit. Kadang terjaga tengah malam. Saya risaulah,” Izzul memandang Zuhairah. Serius wajahnya.
“Kenapa awak tak cakap awal-awal?” Dia ingat perempuan itu hanya si penakut sebab cerita di TV3. Rupanya ada kisah di baliknya.
“Kalau saya bagi tahupun awak asyik gelak je. Bukan nak serius pun. Awak je rasa benda ni lawak,” Zuhairah berkecil hati sebenarnya. Mana taknya tiap kali Izzul teringat kisah itu, pasti dia dijadikan bahan ketawa.
“Oh sorry. Saya tak niatpun,” Izzul berasa bersalah. Zuhairah kecewa. Entah mengapa kata-kata maaf lelaki itu menusuk ke sabubari. Lantas dia menaiki tangga. Malas berbincang lagi. hasilnya tetap mengecewakan.

Xxxxx

Bunyi pintu dibuka. Zuhairah tidak segera berpaling. Dia tahu lelaki itu berusaha memujuknya. Bukan sengaja dia merajuk. Tapi hati kecilnya terasa. Kadang dia marah hatinya. Kenapa mudah sangat jatuh suka. Ya, suka pada suami sendiri. Sebab itulah, setiap ujaran dari mulut lelaki itu bermakna buatnya. Sebab itu jugalah dia mudah sangat terasa hati dengan lelaki itu. Dia kalah dengan emosi sendiri.

“Awak kalau awak nak pujuk saya. Baik lupakan je hasrat awak tu,” Zuhairah berkata perlahan. Namun, katanya tak berbalas. Tiadapun balasan dari Izzul. Hanya derap kaki kedengaran. Perlahan saja.
“Awak, jangan nak mengada. Siapa benarkan awak masuk bilik saya?” Zuhairah berpaling dan kelibat putih laju melintas di depannya. Jeritan kuat gara-gara terkejut. Semuanya kelam selepas itu. Zuhairah pengsan.

Xxxxx

Suasana bilik itu suram. Papa mama Zuhairah masih duduk di kerusi itu. Ibu ayah Izzul belum sampai lagi. Flight mereka tertunda. Zuhairah terbaring di situ. Semua diam tatkala memandang wajah pucat Zuhairah. Izzul kecewa dengan sikap endah tak endahnya sendiri. Malam itu malam kemuncak. Memang rumah itu ada penunggu. Mungkin lama dibiarkan kosong. Dia menyesal. Amat menyesal. Kini dia hanya mampu menyalahkan diri sendiri.

“Iz, dahlah tu. Jangan dikenang kisah lepas. Doakan je Zuhairah ni,” Sebak suara mama Zuhairah, Latifah.
“Tapi ma. Iz bersalah. Kalau bukan Iz tak jaga Zu anak mama elok-elok. Mesti dia tak macam ni sekarang,” Latifah tak mampu berkata-kata. Dia tak mahu menyalahkan Izzul. Orang kata nasi dah jadi bubur.
“Keluarga Zuhairah binti Zainal mana?” Lelaki berkot putih menyapa. Izzul segera mendapatkan doktor itu. Sejak semalam Zuhairah tak sedarkan diri. Dia bimbang sangat. Bimbang jika dia akan kehilangan Zuhairah yang disayangi.
“Oh, suami dia?” Doktor menyuruh Izzul masuk ke bilik. Mama dan papa Zuhairah hanya mampu memandang.
“Isteri awak cuma lemah semangat. Kejutan yang begitu memang akan menganggu kesihatan dia. Awak sebagai suami mesti menemaninya. Peka terhadap sekeliling. Jangan biarkan dia sendiri. Lebih-lebih lagi waktu malam. Jantung dia tak sama macam orang lain. Awak faham kan maksud saya?” Sebolehnya Doktor Zafrul memudahkan keluarga pesakit memahami situasi sebenar.
“Baik doktor. Terima kasih. Lega hati saya. Saya tak tahu nak buat apa lagi kalau saya hilang dia,” Izzul berkata perlahan. Doktor Zafrul menepuk bahu lelaki itu.
“Hargai isteri. Sayangi mereka. Jangan ambil ringan sebab dialah satu-satunya yang akan menjadi tulang belakang kita di waktu senang dan sukar. Ingat tu?” Nasihat itu sungguh berguna. Izzul mengangguk. Segera dia keluar mendapatkan Zuhairah. Lama sungguh si jantung hatinya tidur.

Xxxxx

“Sayang…” Zuhairah membuka mata.
“Hah? Saya kat mana?” Izzul senyum. Kenapalah dia tak perasan keindahan wajah Zuhairah selama ini.
“Kat rumah ayah saya. Awak lupa ke?” Zuhairah memandang sekeliling.
“Kenapa rumah ayah awak? Kitakan ada rumah kita?” Dia cuba bangun. Izzul menghalang.
“Awak kan baru bangun. Nak ke mana?” Izzul malas menjawab soalan itu. Setelah Zuhairah terlantar di hospital dua hari. Dia nekad pindah balik ke rumah ayahnya. Rumah itu tak sesuai untuk mereka.
“Tapi saya lenguh. Lama ke saya tidur wak?” Zuhairah bergerak perlahan. Izzul membantu mendudukkannya.
“Lama. Naik rindu saya nak dengar suara awak tu,” Dia berkata perlahan. Zuhairah dapat dengar dengan jelas. Dia memandang suaminya.
“Betul sayang. Maafkan saya sebab tak ambil berat pasal awak selama ni. Selalu buli awak. Suami yang tak prihatin langsung kan? Mesti awak tak suka kahwin dengan saya?” Izzul mengeluh sendiri. Dia mengakui salah sendiri.
“Apa sayang-sayang?” Zuhairah malu sebenarnya.
“Aik takkan panggil isteri sayang pun tak boleh. Kedekutlah sayang ni,” Izzul sengih.
“Apa pulak? Tak pernah-pernah panggil sayang. Jangan panggil lagi. Tak selesa saya,” Zuhairah menutup rasa sebenar.
“Tak nak. Mulai sekarang saya akan cuba sayang awak. Mungkin, dah sayang. Cara saya sayang orang memang macam ni,” Segera Zuhairah di tarik ke pelukannya. Mula Zuhairah terkedu. Lama kelamaannya dia membalas pelukan. Dia bersyukur kerana sempat merasai kemanisan bercinta selepas kahwin.
“Awak…” Zuhairah memanggil.
“Ya sayang,” Izzul melepaskan pelukan.
“Apa dia?” Zuhairah menunduk.
“Kenapa ni?” Air mata menitik di tangannya. Izzul memaksa isterinya mendongak.
“Saya sayang awak sebenarnya,” Malu dia nak mengaku. Tapi dia teruskan juga. Dia bahagia sangat.
“Ya, saya tahu tu,” Izzul senyum.
“Mana awak tahu?” Dia pelik.
“Lelaki macam saya ni mestilah semua sayang. Saya tahu mesti awak nak kata saya jangan perasan. Tapi itulah hakikatnya sayang,” Berdekah Izzul ketawa. Dia sengaja menyakat Zuhairah. Dia bimbang kehilangan wanita yang dikasihi.

Akhirnya, dia lega. Lega dengan kemelut yang melanda. Mungkin nampak sukar jalan cerita cinta mereka tapi siapa sangka gangguan syaitan bukan saja tak berjaya menyesatkan hamba Allah S.W.T. tapi menyatukan dua jiwa secara tak sengaja. Sudah tentulah syaitan menangis hiba dengan kegembiraan ini.

TAMAT
Nota Iffah: Maaf meleret pulak cerpen kali ni. Seperti biasa nama watak ambil nama anak murid saya. Zuhairah tu biasa saja. Cuma dia pendiam. Izzul bising tak padan dengan kecik. Sweet tapi seram seperti permintaan Reenapple. Nong Andy, aku rasa gagal je. Korang rasa berjaya ke? Aku rasa aku hilang fokus. Semuanya gara-gara seseorang. Maaf, kalau saya tak kejam sekarang saya takut akan datang saya bertambah kejam. T_T
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

Suhaili Sarif said...

sukaaalllllaaaa....
1st time bce cite cinta mistik..
sll momentik je...
serius akak suka...
sbb x sangka mistik pn leh jdi cite cinta...hehehe

zatiey said...

best....klau blh expand lagi dh boleh jd novel...tp ade typing error skit..normal lah tu kan...yg pntg best n len dr yg len..

reenapple said...

heheheh.. seram tak ada lah sangat... sweet je citer ni.. heheh. Dari awal aku baca sehinggalah part yg last.. huhuhu.

citer ni sweet.. tapi seram dia sikit je.kikkikiki. Tapi still aku cakap citer ni seram tapi sweet.. ngeh ngeh..=)

Nong Andy said...

Ada gak la seram tu kat.. dia sangka si suami yg buka pintu masuk bilik. bila nampak benda putih tu.. meremanglah juga.. tapi kalau 'tajamkan' sikit lagi seram part tu mesti lagi best (ckp senang la.. suh aku buat.. hehehe kantoi!)

Sweet jer kerekter si Izzul tu, suka melawak :)

lagi best, sebab kispen ni dah buat si Syaitan menagis dengan hiba ahahahaha.. !!

*aku terasa nak tulis citer seram lah bila baca cerpen manis + seram ni :)

kiera'sakura said...

padan muka kau syaitan... kihkihkih...

ayat yg "semua org sayang" tue pakcik tue selalu guna nk buli akak T_T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers